Nov 27, 2010

Disember, Membaca & Singapura

***


Assalammualaikum dan selamat berhujung minggu.


Macam biasa, saya bukan pandai bercerita. Menulis di sini untuk suka-suka. Kadang-kadang sengaja ditaip supaya sesetengah hal itu tidak hilang dalam ingatan saya, si pelupa.


Betul, saya kerap terlupa. Terlupa yang saya pernah melalui kejadian itu, terlupa pernah pergi ke suatu tempat ini, terlupa meletak barang di mana dan macam-macam keterlupaan lain. "Itu tandanya usia kau sudah lanjutlah, makcik."


Ehh... saya belum tua okey. Rupa macam remaja lagi tau. <---- Sedapkan hati sendiri, walhal bila usia sekarang didarab dua, layak dipanggil nenek. Ehemmmm.... Okey, kita guna perkataan matang. Lebih lega hati membaca perkataan 'matang' daripada 'tua' bukan?


Saya hampir pasti, cara saya membawa diri kelihatan tidak matang. Almaklum, saya kurus dan kecil, seringkali bila umur saya diberitahu, orang membulat mata atau merenung saya atas ke bawah berulang-ulang. Kadangkala, boleh anggap hal ini sebagai penghargaan tapi kadang-kadang juga boleh membuat saya terasa hati.


Takpe, takpe... Ini semua adalah selingan-selingan drama hidup saya yang panjang dan penuh dengan dugaan besar lain. "Itu semua agas," kata Dewa Hati.


Tahu apa itu agas? Saya pun tidak berani memberi penjelasan lengkap. Tapi 70% kepercayaan saya, agas itu serangga. Ala-ala langau. Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, agas; serangga yang seakan-akan nyamuk tetapi lebih kecil (biasanya ada di tepi-tepi laut, sungai dan juga kawasan semak).


Ini hasil googling

Lutzomyia Longipalpis Sandfly nama saintifik kamu ye?


Ahhhh.... Pedulikan! Agas bukanlah item perbincangan entri ini.


Jadi, Disember akan muncul tidak lama lagi. Muharram juga. Apa yang ada pada hujung-hujung tahun begini? Cuti sekolah memang mengasyikkan bagi pelajar-pelajar sekolah, tapi saya... (T_____T) Kejam betul dunia, orang dewasa tak punya masa bercuti panjang macam zaman sekolah lagi.


Tapi saya tetap mahu mengakhiri tahun ini dengan penuh bermakna. Bagi orang yang baru pulang dari mengerjakan haji, hujung tahun ini diakhiri dengan penuh bermakna bukan? Saya juga berangan dapat menunaikan ibadah itu sebelum kaki menggigil untuk berjalan. InsyaAllah. Mari kumpul wang...


Bagi saya yang hanya berada di tanah air tercinta, hujung tahun ini saya pun merancang untuk mengakhirinya dengan manis. Saya akan menyertai (InsyaAllah) Baca@LRT pada 5 Disember 2010 ini. Sudah berkali-kali saya dijemput team ini menyertai mereka, tapi saya tidak pernah ada kesempatan. Tapi dalam acara penutup kali ini, saya mahu turut serta. Yeay!!!

Miang betul, bila sudah duduk jauh dari Kuala Lumpur, baru nak join.



Inilah wajah peserta-peserta gerakan Baca@LRT pada acara yang lalu.
Sungguh menggiurkan bagi para ulat buku.



Jadi, buku apa yang saya mahu baca pada acara itu nanti ya? Novel yang sedang saya baca sekarang sudah hampir separuh, mungkin pada 5 Disember nanti, buku itu sudah habis dibaca. Saya kena beli buku baru nampaknya. Boleh sesiapa beri cadangan tajuk buku yang menarik?


Oh ya!!! Dan Disember ini juga akan mencatat sejarah peribadi. InsyaAllah. Kerana buat julung kalinya akan keluar dari tanah Malaysia dan ke negara orang. Hahahaha... Sengal. Heh, Singapore pun luar negara kan? Maklum sahaja, saya bukan orang kaya yang mampu terbang ke sana ke mari setiap tahun. Usia sudah lanjut, baru ada kesempatan pergi melawat negara orang.


USS, I'll be there for you...


Kakak sulung dan abang ipar saya yang kaki melancong ala-ala orang kaya itu mahu ke Singapore. Mungkin kerana saya sudah di sini, mereka tidak khuatir sesat di bandar Johor Bahru. Dan, saya pun tak mahu lepaskan peluang, berusaha menyelit dalam rombongan mereka.


Lagipun, apabila berjauhan dengan keluarga, rasa seronok datang lain macam bila dapat berkumpul bersama. Ini pula dapat bercuti bersama mereka, melonjak-lonjak hati I ya. Nanti saya akan kongsi lagi pengalaman menyertai dua acara menarik itu ya? Eleh, macam ada orang nak tahu.


Okey, bebelan tidak matang oleh orang yang mengaku matang sudah mahu berakhir. Semoga apa yang saya rancangkan ini menjadi nyata dengan izin Allah. Amin.


***

Nov 25, 2010

Bila Hati Rindu


***

Assalammualaikum.

Ini entri yang normal. Saya tidak lagi dalam keadaan emo (baca: marah) seperti dalam entri sebelum ini. Kisah hati yang dicubit-cubit, ditoreh-toreh dan membuat akal hilang wibawa berfikir mahu saya lupakan.


Ahhh, persetan semua itu!!! Dunia ini memang banyak cabaran.


Saya sudah menghabiskan bulan pertama tinggal di luar tempat asal saya. Sungguh menakjubkan. Serius! Ini kali pertama berhijrah jauh-jauh beb. Memanglah I jakun you.
Well, hakikatnya pernah terbit sekali dua atau lebih keinginan saya untuk pulang ke bandar asal. Mahu tinggal dekat dengan keluarga dan kembali memudahkan hidup tanpa perlu menghafal jalan itu ini.


Tapi, nekad saya beberapa bulan lalu, buat saya berfikir semula.... dan perlu meneruskan perjuangan di sini. Biarlah rindu membuak-buak, nanti akan ada masanya saya pulang ke sana semula. InsyaAllah.


Jadi, tajuk entri ini bukan cerita rindu ini sahaja. Saya rindukan orang-orang bermakna yang saya tinggalkan di sana.


Yang pertama...

1. Rakan editor: Zaki Zainol, Taufiq Bakar, Syafiq Zulakifli dan Ney Nazwani.

Banyak yang saya kongsi bersama mereka ini. Antara rakan-rakan yang kerap saya jadikan rujukan. Mereka ini para ilmuan, masing-masing dengan kepakaran sendiri, jadi mudah mahu berkongsi cerita atau memohon pendapat.

Sekarang Zaki terus menjadi editor, pasti lebih hebat dari dahulu. Syafiq sudah mengembang sayap di bidang penyiaran. Taufiq terus bertugas dalam bidang bahasa dan Ney semakin rancak menulis, mengumpul wang dan menghasilkan design-design hebat pada cover buku PTS.

Saya jadi teringin ke kawasan Wangsa Maju sebab mahu bertemu mereka. Uwaaaaa~

Semoga umur saya panjang dan diberi kesempatan oleh Allah bertemu mereka lagi.


2. Mentor: Puan Ainon Mohd.

Saya beruntung diberi peluang mengenali Puan Ainon (pakar & pejuang Bahasa Melayu), beliau tidak pernah kekeringan kata, sama ada ketika bertemu muka, di telefon atau di blog. Dan kata-kata beliau tidak pernah kosong. Semua kata-katanya adalah nasihat dan perkongsian bermakna. Juga, cukup memberi semangat.

Kalau sudah lama tak jumpa, hmmmmmm, semangat pun macam tak pernah ada. Inilah antara kerugian bila saya tinggal jauh dari bandar Kuala Lumpur.


3. Bee Fuad

Inilah orang yang rajin melayan bosan saya. Budak hype yang comel. Saya baru kenal dia setahun, tapi saya suka berbual dengan dia. Mungkin kerana kami berkongsi kekasih......... (Wowowowo~ Jangan salah...... Kami berkawan baik sahaja, kami bukan bakal madu) ehemmmm, berkongsi kekasih yang punya minat sama. Boleh faham tak?

Emm, begini... Dewa Hati saya suka berfutsal, sama macam buah hati Bee. Jadi, kami selalu sama-sama duduk di tepi gelanggang setiap kali meneman Dewa Hati masing-masing. Jadi, banyak perkongsian pintar dalam perbualan sementara menunggu mereka habis berfutsal.

Ohhhh~ Rindu saya sudah besar alam.


Hari ini saya rasa rindu itu tidak seronok. Tambah lagi pada saat-saat saya perlukan pandangan orang tentang perkara yang sedang saya buat. Macam sekarang ni. Hish~
Apapun, mujur ada YM dan telefon, boleh saya merujuk secara jarak jauh.


Pun begitu...
Saya akan pulang ke Ampang 3 Disember ini untuk...

...
...
...
...
...
Mari meriahkan 5 Disember 2010 ini dengan acara Baca@LRT.
Acara penutup kempen menggalakkan budaya membaca bagi tahun 2010.
Best! Jom~!


***

Nov 14, 2010

Memang Tengah Emo!!!


***

Haih~


Hidup ini memang rumit. Semakin beranjak usia, saya sedar semakin banyak hal yang perlu saya ambil tahu. Jadi, otak makin banyak fikir.


Hidup saya bukan indah belaka, sama seperti orang lain. Satu perkara yang saya percaya, setiap manusia melalui kesukaran dan ujian hidup dalam cara tersendiri. Allah itu maha adil. Bukan suka-suka memberi dugaan pada orang tertentu sahaja.


Kalau kita asyik membanding kesusahan hidup kita dengan keindahan hidup rakan kita, fikirkan kembali. Tiada insan yang terlepas daripada masalah. Tiada insan yang tidak diduga Allah. Jangan mudah menilai hidup insan lain, kerana kita bukannya diri dia yang menghadapi semua perkara dalam hidupnya.


Saya punya cara saya sendiri. Tidak suka ditanya itu, tidak suka disuruh ini. Perkara-perkara yang saya punya hak untuk membuat pilihan, saya mahu pilih sendiri. Saya punya alasan sendiri juga.


Seperti manusia biasa, saya punya akal dan emosi. Soalan yang diaju mereka, saya fikirkan logiknya ditanya pada saya soalan itu. Emosi saya bertukar amarah bila jawapan yang saya berikan sendiri menjadi sumber mereka-mereka buat perkara yang saya tidak gemar.


Manusia, tetap manusia.

Saya kecewa kali ini. Tapi saya bukan tidak pernah menghadapinya. Ini dugaan, saya percaya.


Saya berharap diri saya dapat melalui semua ini dengan tabah dan sentiasa diberi petunjuk melakukan perkara yang menghampiri kebaikan. Amin.


"Harus optimis," kata saya pada diri saya.


***

Nov 4, 2010

Satu Per Satu

***


Salam semua,


Hari ini hari keempat saya sudah rasmi berhijrah.


Kucing-kucing pun sudah biasa dengan keadaan rumah baru. Siap ada bilik sendiri okey. Kerja tidak, tempat tinggal mahu yang selesa-selesa. Demanding betul.


Apapun, antara hal yang paling saya ambil berat dalam soal pindah-pindah rumah sebelum ini, hal kucing paling saya utamakan. Risau betul bila saya terpaksa membawa mereka bersama dalam perjalanan 4 jam dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru.


Hampir dua jam mereka masih bersuara, badan pun semacam menggigil. Mahu berhenti makan di R&R pun saya berfikir-fikir. Sudahnya, Dewa Hati cuma bungkus makanan dan kami makan dalam kereta sambil menemani kekucing.



Membatu diri dalam kereta

Selepas memasuki sempadan negeri Johor, barulah mereka boleh tidur. Dan saya lega. Okey, macam jaga budak.


Itu baru cerita perjalanan mereka, cerita apabila sudah sampai pun satu lagi. Nak adapt dengan rumah baru bukan mudah, mereka masih tak biasa dengan bau persekitaran. Merayau ke sana sini sambil mulut membebel kuat, memang perangai kekucing jakun saya. Sejak semalam, Alhamdulillah, keadaan mereka semakin baik. Sudah berperangai normal seperti di rumah lama.

Yeay!

Jadi, mudah saya mahu uruskan hal diri sendiri pula sekarang!

Oh...
Hari ini saya teringin sangat makan kepak ayam bakar, yang macam di NZ Corner tu. Sebelum ini di Kuala Lumpur, saya tahu mana nak cari.


Di sini, siapa tahu? Awwww... Ini mengidam tahap dewa. Okey, tak ada kepak ayam, satay pun jadilah.
Saya memang betul-betul teringin ni.Tuzki Bunny Emoticon


Dapat satu pun jadilah (Y_____Y) Please!!!

Uh...


***

Nov 3, 2010

Entri Luar Kawasan #1


***


Hai Semua.

Selepas sekian lama, blog ini rupanya masih ada penulisnya. Gila lama mengabaikan blog. Aktiviti sepanjang Oktober, saya berulang-alik Kuala Lumpur-Johor Bahru, membuatkan saya tidak punya mood menulis blog.

Maaf.

Jadi, dipersembahkan entri pertama selepas saya migrate ke Johor Bahru.

Wooooooo~ Hooooo~

Kuala Lumpur sekarang hanyalah kampung halaman saya dan saya akan pulang every now and then. InsyaAllah juga, minggu depan semua yang baru akan bermula. Semoga semua baik-baik sahaja.


Perasaan

Saya cuba fikirkan perasaan saya saat baru-baru berpindah ini. Ada masanya saya memang jatuh rindu pada Kuala Lumpur, tempat yang saya tahu selok-belok jalannya, tempat yang saya mudah cari semua benda kerana saya tahu di mana saya boleh dapatkan, tempat yang mudah saya berulang-alik ke rumah keluarga dan macam-macam lagi.

Tetapi saya sudah puas menghadap Kuala Lumpur dengan persekitarannya yang saya sedia maklum. Ehm... Saya cukup puas. Cukup-cukup puas.

Rasa puas itu yang membuat saya mahu berhijrah (Woh~ 'berhijrah' kedengaran sangat dewasa!) ke bandar lain.


Beza

Ada yang tanya, "Kos hidup lebih tinggikah/rendahkah?", "Jalanraya di JB jauh lebih lengangkah berbanding KL?", "Bandar JB lebih happening berbanding KL ke?"

TIDAK.

Tidak satu pun Johor Bahru lebih atau kurang berbanding Kuala Lumpur. Ini pendapat saya. Kos hidup tetap sama. Harga minyak kan selaras, jadi sama jelah. Harga makanan? Lebih kurang, beza pun cuma beberapa sen. Jalanrayanya tetap sesak pada peak hours. Bandar juga kan? Jadi memang tidak banyak beza. Happening tu saya tak tahu. Saya punya lifestyle yang biasa, jadi saya rasa tetap sama macam di Kuala Lumpur.


Hummm... Cuma sekarang saya mahu menumpukan hidup pada perkara yang sedang saya usahakan. Di sini. Di bandar ini.

Jom berdoa yang usaha kita akan berhasil.
Amin.
\\(^____^)//


Bergambar di kawasan orang berparti. Ooh Yeah~


***