***
Oh, saya tidak merasakan hal ini sekarang. Saya sedang bercuti tiga minggu. Ngeh~ Ngeh~ (~____~) <---- bangga dapat bercuti.
Saya berjaya mengelak 3 kali Isnin yang tidak disukai ramai. Hohoho~
Not a great way to start your Monday, no, not at all
Mengapa ya?
Mengapa Isnin membuat orang hilang mood?
Saya ingin tahu sekali. Tetapi, saya tak malas mencari teori-teori 'Isnin dan Otak Manusia', 'Isnin dari Sudut Psikologi', 'Isnin Penentu Mood Manusia' dan pelbagai teori lain pada hari Ahad yang damai ini. Lebih damai kerana kekucing sedang tidur, tak mahu mengganggu tuannya yang sibuk merepek. Mereka adalah teman yang begitu memahami.
Awww~ I love you, cats!
Jadi lupakan Isnin yang menyeksakan ya. Kerana kita terpaksa dan perlu hadapinya juga, walau apa terjadi. Jika tiada Isnin, tiada hari-hari lain yang tidak bermusuh dengan kalian juga. Hahaha~ jadi, terimalah Isnin seadanya. Ya, ya, saya sedapkan hati sendiri.
Apapun, jadikanlah Isnin kalian hari yang seronok! Yehaaaa!
Yeay! Rock your Monday!
Dan, kita nikmati juga Ahad ini dengan bahagia. ^___^V pis!
Saya pun mahu nikmatinya dengan abah saya yang menyambut hari lahirnya hari ini.
Yeay! Yeay! Yeay!
Ain't we alike? ^___^
Saya tidak sangka sebenarnya masa begitu cepat berlalu. Abah sudah hampir 10 tahun bersara dari dunia kerja. Usianya sudah menginjak 60-an. Usia saya juga sudah (jauh) melepasi usia remaja. Entah tahun hadapan, saya masih punya kesempatan menyambut hari lahir abah lagi atau tidak.
Saya adalah anak yang paling susah duduk di rumah. Saya satu-satunya anak yang masih tinggal berasingan daripada keluarga selepas tamat belajar. Saya punya alasan, tetapi saya tetap anak yang nakal.
Tetapi... hari ini saya akan tetap pulang ke rumah abah!!!!
OKEY, BYE!! ^___^
***
No comments:
Post a Comment