Sep 7, 2010

Sambut Raya Dahulu! Okey?

***


Hai... (^^,)


Tinggal lagi tiga hari kita berpuasa dalam Ramadhan tahun ini. Syawal is just around the corner. Apa persiapan kalian?



Saya tidak lagi seperti anak-anak kecil yang seronok beraya macam dulu-dulu. Selain raya, banyak hal lain yang saya mahu selesaikan. Hari raya adalah hari saya berehat dari memikirkan halatuju hidup. Ewahhhh.


Tahun pertama saya hanya mahukan Abaya hitam sebagai baju raya.
"Dah dapat!!! Yeay!"
Tetapi raya tahun ini, saya tidak bertemu Dewa Hati seperti tahun-tahun sudah. Dewa Hati saya bekerja pada hari raya nanti, tidak ada masa melayan jika saya di sana. Kasihan. (T___T)



Okey, dalam dua minggu kebelakangan ini, saya sibuk. Benar-benar sibuk. Sibuk berfikir. Saya sudah serius. Selama ini saya memang serius tapi tidak pernah terfikir sampai ke tahap ini. Kali ini, saya nekad untuk...


untuk...


untuk...


untuk...


...


...


emm...



...bertukar bandar tempat tinggal.
Jika tidak sekarang, saya asyik terfikirkan bila lagi saya mahu berpindah. Masanya hampir tiba.



Jujurnya, Kuala Lumpur memang menarik.
Mudah bagi saya mencari barang keperluan, sebutkan jenama apa yang kalian cari, Kuala Lumpur InsyaAllah ada. Janganlah gatal cari make-up jenama Urban Decay pula. Belum sampai lagi. (^___^) Kuala Lumpur pun penuh dengan tempat liburan meriah, shopping complex dan panggung wayang selalunya di bawah hidung kita. Mencari restoran hebat juga banyak, mahukan makanan ala Barat hingga ke makanan orang paling timur, semua mudah.



Tapi saya sudah puas tinggal di sini, buat masa ini. Kesesakan dan tol bukan sebab utama. Kerisauan apabila parking kereta, walaupun di lot parking depan pejabat juga bukan penyebabnya. Kos hidup yang memaksa catuan hebat dibuat setiap bulan juga tidak jadi punca hal ini.



Saya sudah mahu serius merancang perkahwinan. Awwwww!

Ngeh~ Ngeh~ (#^____^#)



Ya, inilah masa yang paling saya tunggu-tunggu. Bab baru dalam hidup, kata orang. Eceh ceh!



Oh, saya ada beberapa bulan untuk bersiap bungkus semua pakaian, perabot rumah (banyaklah sangat perabot kamu ye?) dan kucing-kucing peliharaan untuk dibawa ke negeri yang satu itu.
Jom mula kemas-kemas.
Emmm, ,mahu tolong?

Semoga dipermudahkan. Amin.



***************

Selamat menyambut Aidilfitri. Bagi yang yang pernah saya goreskan perasaan, saya mohon ampun dan maaf di sini. Semoga Allah masih beri kita kesempatan bertemu Ramadhan yang akan datang.

Bye!



***

2 comments:

  1. Wow!! Tahniah Anim! (^_^)
    Semoga dipermudahkan segala urusan, amin...
    Selamat hari raya! <3

    ReplyDelete
  2. Wow! Sudah ada ucapan tahniah walaupun baru merancang.

    Hihi, terima kasih Cik Husna Adnan si jelita. Terima kasih atas doa. Semoga Husna pun cepat-cepat merancang hal yang sama. Nanti bolehlah kita berborak gaya ala-ala orang yang sudah berumah tangga. Wowowo. Saya rasa tua!

    ReplyDelete