***
Salam ceria buat semua pembaca blog saya yang sadis ini.
(^___^)
Selamba saya tersengih-sengih, walaupun blog sadis!
Positif betul kononnya!
Hahahahaha.
Baiklah semua, saya tahu blog saya bukan hebat! Tak perlulah nak kecam sangat, saya pun nak berangan jugak, bagi chance boleh???! Emo!
Saya mula mengenali dunia blog sejak tahun 2004 lalu. Tapi saya tidak begitu arif menggunakannya, cuma tahu kewujudannya apabila kakak sulung saya memiliki blognya sendiri ketika beliau sedang menyambung pengajian peringkat sarjana di United Kingdom. Kami jarang berhubung melalui telefon. Tapi perkembangan beliau di sana dapat saya ikuti melalui blognya.
Selepas beberapa bulan mengikuti blog kakak saya, saya mula menjinakkan diri menulis blog sendiri. Tapi saya tidak mengerti apa yang perlu ditulis, kebanyakan entri ketika usia masih mentah sangat naif dan kelakar jika dibaca semula hari ini.
Blog pertama yang pernah saya miliki telah saya tutup seluruhnya pada tahun 2007 kerana mendapat idea untuk membuka blog baru. Namun, blog kedua juga lama-kelamaan hanya menjadi tempat saya menghambur tulisan berbaur peribadi dan tidak enak dikongsi. Ahhhh, saya seorang insan yang bagus bukan? Sendiri tulis untuk dikongsi, sendiri nilai KETIDAKBAGUSAN penulisan sendiri! Sila gelarkan ia sifat PERASAN yang sentiasa ada dalam diri, Cik Ainn!
Jadi, bolehlah umum sedia maklum bahawa blog ini adalah blog ketiga saya. Dan tiada apa pun yang untuk dibanggakan. Saya membuka blog ini bertujuan mahu berkongsi hal-hal bermanfaat yang sebenarnya tak banyak mana pun.
- Jika ada yang sudi membaca dan menyukai blog saya, Alhamdulillah kerana semua yang baik itu adalah dari Allah datangnya, bukan saya.
- Jika ada yang pernah menjengah dan tidak gemarkan blog saya ini, tidak ada sebarang kata dari saya. Itu adalah hak mutlak kalian.
- Jika ada yang masih mencari-cari isi cerita di sini supaya kalian punya alasan berkunjung lagi, saya tidak berani berjanji. Saya tidak pandai, bahkan mungkin tidak tahu menulis entri yang catchy. Maaf yah, yang seadanya sahajalah yang saya mampu berikan.
- Jika ada yang lain-lain dengan pelbagai lagi komen pada blog
perasansaya ini, tidak perlu segan berkongsi. Mana tahu saya boleh improvise gitu..... Ewahhh.
***
Oh, semalam seorang rakan pejabat baru saya meminta saya URL blog ini. Betapa segannya saya. Beliau seorang penulis puisi bebas yang sangat art dan memohon mahu menjenguk blog saya????!
Aduhai.... Saya sudah memalukan diri sendiri dengan penuh bangga dan bergaya dengan memberi alamat URL bukan? Membaca puisinya, saya terasa kecil benar penulisan saya di sini. Rasa macam tak tercapai akal membaca setiap penulisan beliau! Gila malu!
Kalaulah saya punya jalan membuang rasa malu yang berlapis-lapis depan muka ini, alangkah bagusnya. Mahu tidak, hari-hari saya bertemunya di pejabat. Dan, dia sudah melihat the other side of me melalui blog ini.
Malu weih~ Macam nak hantuk kepala pada pintu grill depan rumah je rasanya!!!
Begitupun, saya berharap akan datanglah idea-idea cerita canggih dan kilau-kemilau sinarnya untuk saya kongsi di blog ini. Agar rasa malu ini boleh hilang kelak.
♪ Mari ke mari ♫
♫ Hey idea padaku... ♪
♫ Mari dekat dampingiku.... ♫
♪ Ke mariiiiiiii.... ♫
(Boleh dinyanyikan dengan rentak lagu bertajuk Siti Haida nyanyian Jeffrydin)
(^_________~)
Sementara saya menanti idea yang canggih-manggih, kalian pergilah cari aktiviti lain yang berfaedah ya. Saya semacam sengaja memohon dicaci kerana buat update dengan entri jahanam sebegini!
Cik Ainn, jangan nak berlagak terpinga-pinga kalau tiba-tiba muka terasa pijar!
(^_________^)v
Selamat malam. Semoga selamat semuanya!
***
No comments:
Post a Comment