Sep 14, 2011

Kekucing: Guci Loya-loya!

***


Assalammualaikum...

Ini adalah entri tentang kucing. Bagi yang tak sukakan kucing, geli pada kucing, takutkan kucing dan tidak mahu ambil berat hal kucing, entri ini tidak sesuai dibaca ya.
Awal-awal entri, dah pun serius lain macam. Apa pasal?


Okey, ada tahu perkembangan terbaru kekucing saya?
Manalah nak tahu ek, kucing-kucingku bukan ada akaun Twitter atau FB untuk laporkan perkembangan terkini. Sengal ubi. (-__-)


Seperti diketahui beberapa belas orang, saya membela dua ekor kucing betina baka domestik. Atau biasa kita panggil kucing kampung. Bagi nampak lebih kelas, sebutlah 'kucing domestik' ek?Dah hampir berusia dua tahun pun. Ohoi, cepatnya dewasa!
Ada sedikit info kesihatan kucing yang BAHARU saya ambil tahu & nak kongsi-kongsi. :)


Meh tatap gambar kucing-kucing saya yang membesar dengan anggun dan menawan atas usaha tuan mereka yang berwajah manis dan sangat baik hati. Hahah, pun sempat puji diri sendiri!

Kiri: Gypsy / Kanan: Guci



Tiga minggu lepas (kalau tak silaplah), Guci, kucing saya yang lemah-lembut dan manja mengalami muntah-muntah. Banyak oi! Masa itu saya baru pulang dari pejabat. Huhuhu, pulang bekerja disambut dengan tugas bersihkan lantai rumah. Penat pun penatlah, tapi rasa kasihan dan risaukan kesihatan Guci lagi tebal. (T_____T)
Tambah risaukan saya, tiga ke empat minggu sebelumnya Gypsy ada muntah-muntah juga.


Sesiapa yang teka haiwan belaan saya mengandung adalah salah. Hehehehe. Mereka muntah-muntah kerana sakit kerana memang nampak seksa betul mereka nak mengeluarkan muntah. Kesiaaaaann....


Sumber

Hack! Hack! Hack!

(Bunyi kucing memuntahkan isi perut)


Saya dah serupa wanita beranak dua, risau memikirkan apa yang tak kena. Sedih hati mengingat kalau-kalau Guci & Gypsy tengah tanggung rasa sakit di mana-mana bahagian tubuh mereka. Memang haiwan tak ada perasaan tapi kita tak punya hak menafikan kebajikan mereka, kan? Kerana dibelenggu risau, saya bertungkus-lumus mendapatkan khidmat Google - penjaga kucing yang amat berdedikasi dan berinisiatif! Over kan. Padahal sejak bela Guci & Gypsy ni, aku cipta sendiri satu prinsip - klinik veterinar swasta adalah last resort bagi merawat kucing-kucing saya. Pandai-pandai je saya reka prinsip membela kucing.

Berbalik pada masalah kesihatan Guci & Gypsy.
Malam itu saya berjaya mencari maklumat. Mestilah! Internet tu apa yang tak ada, kan?! Siap 'makanan' yang dimuntahkan Guci saya teliti sebab nak padankan dengan gambar di internet.
Tak payah nak EWWWWW sangat, entri ni bukan untuk bacaan sesiapa yang cepat geli, loya, nak muntah dan sebagainya.
Okey, teruskan meng'Google' lagi......



Hasil 'penyelidikan' pantas, ringkas, lengkap dan tanpa tauliah, saya dapat mengenalpasti masalah yang Guci & Gypsy hadapi.


Ia adalah masalah....

HAIRBALL



Yeay! Bangga sikit dapat cari jawapan sendiri. Boleh jadi jawapan 'kajian' saya tak tepat, tapi...... saya bangga jugak. Saya yakin jawapan tu betul.
Bersungguh betul, semangat la konon. Kasihanlah ini perempuan...!



Apakah hairball?


Notis di atas jelas menggambarkan saya seorang yang memahami dan bertolak-ansur. Saya tak mahu ada keyboard laptop atau desktop, skrin tablet atau smartphone disimbahi muntah ketika kalian melihat gambar hairball di blog ini.

Baiklah, ke topik utama....

Hairball ialah bebola bulu (sumber terjemahan - Packaging Frieskies). Hahahaha!
Hairball bermula daripada bulu-bulu yang ditelan oleh kucing kita dan ia dimuntahkan selepas sistem tubuh kucing kita tidak dapat mencernakannya. Hairball dikatakan sebagai kesan sampingan sifat pembersih kucing.

Bagaimana hairball terbentuk?

Sememangnya tabiat kucing kerap menjilat bulu-bulunya bagi membersihkan diri namun mereka turut menelan bulu-bulu yang hampir gugur atau longgar. Apabila semakin banyak bulu-bulu terkumpul dalam perut, ia mampu menyekat usus atau saluran penghadaman kucing. Pada tahap inilah Guci muntahkan hairball yang tak bulat macam ball/bola. Ia berbentuk silinder, tak berbau dan warnanya seakan-akan warna bulu kucing kita.

Adakah hairball bahaya kepada semua kucing?

Adalah normal bagi semua jenis kucing mengeluarkan hairball paling kerap 3 kali sebulan. Bagaimanapun ia menjadi BAHAYA apabila hairball mengganggu sistem penghadaman. Tiga kategori kucing yang berisiko menghadapi masalah hairball dibawah.
  • Bagi kucing-kucing yang bebas di luar jarang mengalami masalah hairball. Kucing seperti Guci & Gypsy yang saya besarkan secara indoor sejak lahir memang berisiko menghadapi masalah hairball. Ini disebabkan kucing outdoor kurang menelan bulu-bulu mereka yang telah gugur di kawasan terbuka tetapi kucing indoor terdedah pada risiko menelan bulu yang bertebaran di dalam rumah itu sendiri.
    (T_______T)
    Kasihaaaaaannn...

    Lebihkan kasihan pada tuannya masa baru-baru membela Guci & Gypsy, kali pertama nampak packaging makanan kucing tercatat perkataan "Hairball", saya sangka itu nama timangan untuk kucing yang berbulu lebat dan berbadan bulat. Serius tau! Sebab saya tengok gambar kucing pada satu packaging tu. Dua tiga kali ke kedai yang sama, h
    ati saya pernah terdetik, "Kucing Hairball ni mesti special teramat. Semua jenama ada keluarkan makanan khas untuk baka dia." Kesian, kan?
    (T________T)

  • Baka kucing yang berbulu panjang, tebal dan gebu antara yang berisiko menghadapi masalah hairball. Bulu mereka perlu kerap diberus supaya mereka tidak menelan bulu-bulu yang telah gugur atau longgar.
    Macam kucing baka Maine Coon, bulu subur melampau dan agak kenyang juga kot kalau dia telan bulu sendiri sambil bersihkan badan. Hahaha.
  • Kucing yang banyak menghabiskan masa berdandan sendiri (HAH! Tuan pergi kerja, kucing berdandan di rumah. Kelas!). Mereka juga ada risiko mendapat masalah hairball, mesti bagi perhatian ya.
    Contohnya, kucing indoor yang tidak aktif atau kerap tinggal sendirian. Kucing begini mungkin menghabiskan masa dengan berehat dan tidur, dalam keadaan beginilah kucing rajin menjilat-jilat tubuh mereka berulang kali.
    Melimpah-ruah air liur kau, tak kering ke membersihkan bulu berbulan-bulan. (~~,)

Cara mencegah dan merawat kucing kita daripada hairball.

Sekarang, serius perlu uruskan masalah hairball. Senarai di bawah ini saya dapatkan daripada beberapa artikel pencegahan dan rawatan hairball.

  • Sikatlah bulu dengan kerap dan berus gigi kucing kesayangan kita yang manja dan suka memberus gigi.
    Menyikat bulu memang tak mustahil, hari-hari pun masih sanggup. (^_^)
    Tapi, memberus gigi haiwan comel itu adalah tugas mencabar tau. Kalau semua kucing dalam Malaysia serupa dengan perangai Guci & Gypsy, berundur sebelum menyesal lagi bagus.
    Guci & Gypsy tu ada potensi memberi saya cakaran lurus 3 kuku dahi ke rahang kot. Kucingku derhaka!!!

    Sesiapa sudi kongsi tip berus gigi kucing, sudi-sudikanlah ya! :)

  • Dapatkan ubat rawatan hairball.
    Ubat rawatan hairball tak pernah lagi saya jumpa, sebab belum pernah cari. Hehe. Tapi memang petshop yang besar atau yang ada banyak chain store ada menjual ubat-ubatan dan makanan kesihatan kucing.
  • Berikan makanan formula mengawal hairball.
    Seperti yang saya karutkan di atas, hampir semua jenama makanan kucing ada makanan berformula bagi khas untuk mengawal hairball. Dari jenama premium hingga ke jenama komersil, semua ada.

    Saya kongsi sikit cerita, masalah hairball Guci saya rawat dengan memberikan makanan formula hairball dan masalah muntah-muntah tak berulang lagi. Alhamdulillah.


    Berikan kucing kita makanan premium dengan formula hairball regulation sekaligus supaya masalah hairball dapat dicegah awal. Jenama Royal Canin ini memang mahal, jenama premium lain macam IAMS, Science Plan, Blackwood dan lain lagi biasanya menawarkan banyak manfaat berbanding jenama komersil. d(^_^)b


  • Pastikan rumah kerap dibersihkan.
    Ini penting bagi kucing-kucing yang tinggal indoor sepenuh masa. Lantai perlu kerap disapu dan dimop kerana kucing memang selalu baring-baring di lantai dan bulu-bulu mereka mesti tergugur di sana sini. Mungkin ini bukan faktor utama masalah hairball terjadi, tetapi ini pun usaha mencegah juga. :)



Okeylah, ini sahaja setakat ini, semoga informasi ini membantu. Kalau ada bahagian yang kurang atau tersilap, maaf ya. ^__^
Selamat berhari Rabu. Semoga kerja di pejabat yang sudah mula menonjolkan diri dapat saya laksanakan sebaiknya. Amin Ya Rabb.



* *

p/s: Ada satu penyakit di kalangan manusia yang serupa dengan masalah hairball kucing tau. Rapunzel syndrome nama dia. (o.O)




***

No comments:

Post a Comment