Feb 28, 2010

Novel untuk Lelaki

***

Sekarang saya sudah bermula tugas sebagai editor di sebuah unit penerbitan novel-novel jantan - katanya. Ya, di PTS Fortuna Sdn Bhd. Jangan persoalkan mengapa saya, seorang wanita menjadi editor novel-novel untuk lelaki. Takkan tak boleh kan?

Zahirnya, saya memang mudah tertarik pada produk-produk yang disasarkan pada lelaki. Baik filem, kenderaan, lagu-lagu, buku-buku dan banyak lagi.


Produk untuk wanita? Mestilah saya suka juga. Saya kan perempuan, normal, straight dan ada boyfriend. Hahahaha.

Mujur saya jenis yang mudah layan filem-filem ala jantan gitu, tak adalah saya dan boyfriend bertelagah setiap kali nak tonton wayang.

"Cerita apa kita nak tengok?"

"Ocean's Thirteen ataupun Fantastic Four, boleh?"

"Cun"

Dan saya mula obses pada jalan cerita gangster, tembak-tembak, sindiket dadah dan adegan kejar & tangkap dalam panggung yang lazimnya boleh ditemui dalam filem-filem bukan tempatan. Sedih kan?

Apabila saya ambil keputusan untuk menyertai PTS Fortuna, saya pastikan otak dan hati saya masih lagi berada dalam genre kelelakian. Puas saya bertanya dengan Tuan Vovin tentang halatuju PTS Fortuna, dia pun sampai loya terangkan pada saya perkara-perkara berkaitan penerbitan di PTS Fortuna. Saya memang banyak soal.

Saya pun mula sertai mereka pada Januari lalu. Alhamdulillah, selamat semuanya.

Hari ini, saya berusaha menghabiskan bacaan novel The Last Juror dan membuat proofread sebuah manuskrip yang akan diterbitkan dalam masa terdekat.

Saya sedang melakukan dua perkara sama tetapi sangat berbeza penilaiannya. Jadi, tip untuk hari ini:

a) Novel-novel untuk pembaca lelaki harus dibuat dengan pergerakan plot yang cepat.
Lazimnya, novel yang melarat-larat dengan angan-angan watak, apa yang ada pada fikiran mereka jangan ditulis melebihi setengah halaman. Pambaca akan mudah bosan dan hilang debaran. Mungkin mereka langsung letakkan kembali novel tersebut di rak buku dan mula menulis blog tentang novel yang tidak memuaskan hati mereka sedangkan mereka tidak tamat membacanya. *Adehhh!

Sebagai contoh, dalam novel The Last Juror, perbicaraan Danny Padgitt adalah antara adegan penting dan mendebarkan. Namun, ia tidaklah mengambil sehingga 3 atau 4 bab untuk sampai ke penyelesaiannya. Perbicaraan dijalankan dengan cepat, termasuklah dalam penceritaan buku itu.


b) Watak penting tidak wajar dikeluarkan hanya pada awal dan hujung cerita.
Sesuatu novel pasti tidak mempunyai satu watak sahaja, bukan? *blink, blink*
Watak yang kedua dan ketiga penting harus diambil peduli juga. Tolonglah, jangan ceritakan tentang watak kedua penting pada bab yang kedua, kemudian watak itu hilang dalam lapan bab kemudian dan akhirnya menjadi penting dan penamat cerita dalam bab terakhir. *gulp*

Dalam novel The Last Juror yang sedang saya baca, setiap peristiwa yang dikenalpasti menimbulkan debaran pembaca tidak akan dilupakan sepanjang cerita. Danny Padgitt yang dipenjara sembilan tahun tidak dilupakan, kejadian yang berlaku sepanjang dia dipenjarakan masih dikaitkan dengan keluarganya atau dia sendiri dan watak-watak didalam The Last Juror masih risaukan kewujudan Danny Padgitt sekalipun dia baru dua tahun di penjara. *jeng jeng*

c) Yang tidak penting, biarkan ia menjadi yang tidak penting.
Ini sangat penting kerana sesetengah peristiwa yang tidak penting tidak perlulah sebingga mengambil 5 hingga 6 mukasurat tanpa sebarang pergerakan cerita. ( + _ + )
Sekali lagi, pembaca boleh jadi bosan dan tidak menghabiskan bacaan.

Sebagai contoh, dialog antara watak utama dengan penjual kelapa parut ketika watak utama ke kedai runcit seperti 'sudah lama meniaga?', 'banyak untung meniaga disini?', 'berapa usia anak yang sulung?' *aikkk?*, 'mengapa harga kelapa parut naik mendadak?' dan lain-lain lagi yang tidak penting, jangan dibiarkan berjela-jela hingga membazirkan satu bab.
Pastikan perkara yang penting mendapat highlight yang sepatutnya, ya? ( ^ _ ^ ) v

Itu sahaja buat entri kali ini. Diharapkan apa yang saya menceceh pada masa ini tidak melunturkan semangat kalian menulis novel buat pembaca-pembaca lelaki atau perempuan seperti saya yang berjiwa kasar.

Sehingga lain kali.


---

Feb 26, 2010

Pitch dan Tempo

***

Selamat menyambut Maulidur Rasul. ( ^ . ^ )
Eleh, sebenarnya syok dapat cuti.


Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya


Oh, itulah lagu tentang Nabi Muhammad yang paling saya ingat dan saya suka. ♥ ♥ ♥
Mahunya tidak, saya pernah beberapa kali menyanyikan lagu ini ketika sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada zaman muda-muda dahulu. Hohoho, saya sudah tua...
Uwaaaa!
Oh, tak tak... tak mungkin, saya yakin saya nampak muda. Haha!

Sebenarnya, saya pernah didera menyertai nasyid sehingga saya sudah bekerja sebagai guru sandaran. Ah, itu paling saya tak suka nak ingat. Bukan saya tak suka bernasyid tetapi saya memang tak suka menyanyi. Langsung! Saya hanya menyanyi secara suka-suka.

Suka-suka bermaksud, menyanyi sambil lipat kain, sambil dengar radio, sambil cari mood untuk tidur dan sambil mandikan kucing, ehhhh? Tak, saya menipu.
Ngeee~ (- - ,)


Berbalik pada menyanyi dan bernasyid. Hohoho. Hakikatnya, saya memang pernah masuk ke pusat-pusat karaoke. Tetapi, setiap kali masuk, saya akan duduk, order makanan, makan dan tengok je sesiapa yang menyanyi tu. Seorang rakan baik saya, kakak sulung dan suaminya suka berkaraoke. Tapi, saya tak pernah tergoda.


Wohoo~ Ya, saya memang tak kisah digoda menyanyi atau berkaraoke.


Saya tahu, itu sahaja perkara yang saya belum mampu lakukan. Entah bila saya akan bersedia atau mungkin saya tak akan bersedia. Bernasyid??? Oh, waktu saya bekerja sebagai guru sandaran itulah yang terakhir kalinya. Saya
lipsync je pun. Hahaha.

Lagu-lagu yang saya minat pun saya tak pernah ingin nyanyikan pada khalayak. Hohoho.
Malu wo!

Jadi, lupakan hal-hal rancangan mengajak saya menyanyi atau berkaraoke buat masa ini.


Jom makan, saya sukaaaa. \\( ^ o ^ )//


***

Feb 20, 2010

Semua Dalam Satu

***

Hari Jumaat dah pun berlalu, cuti hujung minggu datang lagi. Kalau saya masih di zaman persekolahan, saya pasti membenci hujung minggu yang datang kali ini. Kerana..... cuti sekolah pun dah hampir hujung-hujung. Tapi saya sudah bekerja, hujung minggu ini harus saya manfaatkan sebaiknya. (^__^)

Cuma, Jumaat kali ini saya tidak dapat nikmati seenaknya seperti Jumaat-jumaat lain. Oleh kerana hidup saya kurang terurus sejak minggu lepas, hari Jumaat inilah saya terima bahananya. Kerana apa, kepala saya terutama bahagian atas dahi berdenyut satu macam.

Dari jam 4 petang di pejabat, saya mula rasa sakit-sakit. Saya gagahkan diri memandu kereta manual (Ya, saya memang emphasis 'manual' itu kerana saya memang bukan seorang yang suka
dan pandai memandu kereta manual. Satria pula lagi, terkelup saya di tempat pemandu, tak nampak bahagian depan langsung) dengan dua kali enjin mati di tengah-tengah sesak MRR2. *tepuk dahi* oke, padan muka lah kan. (*__*)

Oopsy, tentang sakit kepala yah. Saya sampai dirumah setengah jam selepas saya keluar dari pejabat. Naik rumah, kepala saya tambah menggila denyutnya. Saya duduk, minum air panas, cuba picit-picit sikit - masih tak ada kesan. Tidur. ZZzzzz.....

Hahaha. Apalah punya senang penyelesaian.

Sekarang, di tengah-tengah malam ni saya masih terjaga pula. Akibatnya tidur pada masa yang tidak patut tidur kan? (@_@) "Serve you right!" yell for self.

Harapnya, saya dapat bangun awal macam biasa esok kerana:

1. saya perlu melawat seorang saudara yang baru dimasukkan ke hospital semalam akibat stroke. Semoga semuanya selamat.

2. saya ada jemputan majlis kahwin seorang rakan yang asyik ingatkan saya supaya hadirinya. Oh, harap dapat tunaikan permintaan.

3. Baca@LRT, bagaimana ya? Teringin juga saya sertai, tapi harap masa dapat mengizinkan.

4. satu proposal baru dihantar pada saya, perlu saya meneliti secepat mungkin. Ini tanggungjawab oke.


Semua masih lagi dalam perkiraan saya, tapi kemampuan diri untuk mengatasi sakit otak kepala ini perlu diselesaikan dahulu. Aiyoh, sakit datanglah semula di lain kali. Waktu ini saya perlu tidur. (+_+)!


Baik, sekarang saya mahu melakukan cubaan untuk tidur semula.


---

Feb 16, 2010

Godaan Baju Besi

Xinnian Kuaile~! dan selamat bercuti.


Hahaha.

Saya suka Tahun Baru Cina, sangat-sangat suka. Walaupun kereta saya yang menjadi medium pergerakan utama saya mutakhir ini baru saja mengalami kemalangan, dan perlu direhatkan lama.
*Sebulan, lama oke!*


Apapun, Alhamdulillah kerana saya ataupun Si Dewa Hati tidak cedera langsung. Tapi Flossy-Bell (Ya, nama kereta saya) cedera agak parah pada bahagian tayar belakang. Kira parahlah bila tayar, ya tayar, yang melancarkan pergerakannya tidak berfungsi dengan baik. Tambahan, Abah (panggilan buat Sang Maharaja keluarga saya) meminjamkan Satrianya yang gagah dan banyak berjasa pada saya bagi mengurangkan kesusahan saya. Terima kasih, Abah. *hugs* (^_^)


Tentang Tahun Baru Cina yang selalu buat saya te
ruja, kerana saya dapat memuaskan nafsu saya (Hohoh???!!!) yang sukakan filem-filem Cina.
Terutamanya.... tentang pendekar-pendekar berbaju besi, perang, sejarah dan kung-fu tradisional.
Oh, kenapalah saya tidak suka menonton filem bangsa saya sendiri?


Tetapi....(!) saya bukan bersikap skeptik. Sesiapa yang suka tonton filem Melayu di pawagam, memang saya tak marah. Tengok filem Hindustan, Korea, Thailand ataupun filem dari negara-negara lain pun saya tak marah. Cuma, kalau saya tak diajak menonton sama, saya tak rasa kecil hati pun.


Saya boleh saja tonton semua filem tanpa peduli negara asalnya namun filem-filem keperwiraan Hong Kong boleh buat saya menjadi teramat girang. Kalau di pawagam, saya hanya dapat tonton satu filem sahaja. Jadi, disinilah peranan Tahun Baru Cina dan stesen televisyen yang memang work greatly hand in hand. Saya dapat tonton filem-filem Hong Kong yang saya minat secara marathon. *Yeeehaaaa!*


Entah filem yang mana satu ditayangkan dahulu, yang saya ingat saya telah menonton Three Kingdoms, Warlords, The Curse of the Golden Flower dan House of Flying Daggers. Memang best. Walaupun rumah sewa baru saya tak ada Astro, ini pun dah cukup banyak yah. Nafsu saya kenyang. Saya suka semua elemen dalam filem-filem ini, artistik & terlalu mendebarkan.


Selalunya filem-filem dalam genre yang saya minat (sangat-sangat) ini, pasti ada
quest yang memerlukan strategi yang super licik. Merungkai quest inilah yang paling menyeronokkan, tambah pula dengan shot yang tersangat artistik. Bagi saya, daya kreatif orang seperti Peter Chan dan Zhang Yimou memang terlalu tinggi. Atau saya yang mudah terpesona. Terlalu berseni, susahnya nak jelaskan. Apapun, saya memang big fan filem epik dari Hong Kong.


Cuma, saya masih mencari-cari kembali filem Hero atau
Yīngxióng dalam sebutan mandarin arahan Zhang Yimou. Itulah filem yang membuat saya jatuh cinta lebih mendalam pada seni tradisional Cina.


"Andy Lau, you look extremely gorgeous in those ancient armor suit."
Owww. (#^.^#)



***

Feb 15, 2010

Teruskan Bekerja!

***

Talk, is always be the cheapest way of doing things.


Saya sangat percaya quotation ini. Saya tak mahu saya jadi jenis orang yang galak menghebah kehebatan atau perancangan itu ini, tapi selepas empat tahun baru nampak hasilnya. Lagi-lagi kalau hasilnya tak seberapa. Aduh.

Sama juga dengan angan-angan, cita-cita atau apa pun yang kita cuba miliki. Kurangkan bercakap, banyakkan usaha untuk mendapatkannya. Lebih bagus pada saya.

Jadinya, baik jangan banyak cakap tapi teruskan sahaja dengan kerja. InsyaAllah, kalau cepat ia selesai, pasti ramai yang puas hati. Namun jika lambat hasilnya, tidaklah ramai yang mengata sebab kita tidak sibuk mencanangnya.

Moga-moga, kita sentiasa diberi ilham dan kudrat untuk terus mencapai impian.


---

Feb 11, 2010

Dunia.. Saya Disini.

***
Assalammualaykum.

Ya, ini blog baru.

Dengan ini, saya merasmikan bebelan rasmi saya di Internet dunia tanpa sempadan. (^_^) Ofkos, I tengah sengih-sengih.


Saya mengharapkan diri sendiri lebih berdisiplin dalam berblog kali ini. Heheh.

Lebih sopan juga.
(Harap-haraplah) Big no no mengilai macam hantu yang boleh menghalau orang ramai dan orang bunian.

Tapi kalau tetap tak berkala entri-entrinya, kadang ada kadang tiada - sibuklah saya makanya
<---- oke, alasan.


Jadi, jom mula
blogging...!


***