Feb 28, 2010

Novel untuk Lelaki

***

Sekarang saya sudah bermula tugas sebagai editor di sebuah unit penerbitan novel-novel jantan - katanya. Ya, di PTS Fortuna Sdn Bhd. Jangan persoalkan mengapa saya, seorang wanita menjadi editor novel-novel untuk lelaki. Takkan tak boleh kan?

Zahirnya, saya memang mudah tertarik pada produk-produk yang disasarkan pada lelaki. Baik filem, kenderaan, lagu-lagu, buku-buku dan banyak lagi.


Produk untuk wanita? Mestilah saya suka juga. Saya kan perempuan, normal, straight dan ada boyfriend. Hahahaha.

Mujur saya jenis yang mudah layan filem-filem ala jantan gitu, tak adalah saya dan boyfriend bertelagah setiap kali nak tonton wayang.

"Cerita apa kita nak tengok?"

"Ocean's Thirteen ataupun Fantastic Four, boleh?"

"Cun"

Dan saya mula obses pada jalan cerita gangster, tembak-tembak, sindiket dadah dan adegan kejar & tangkap dalam panggung yang lazimnya boleh ditemui dalam filem-filem bukan tempatan. Sedih kan?

Apabila saya ambil keputusan untuk menyertai PTS Fortuna, saya pastikan otak dan hati saya masih lagi berada dalam genre kelelakian. Puas saya bertanya dengan Tuan Vovin tentang halatuju PTS Fortuna, dia pun sampai loya terangkan pada saya perkara-perkara berkaitan penerbitan di PTS Fortuna. Saya memang banyak soal.

Saya pun mula sertai mereka pada Januari lalu. Alhamdulillah, selamat semuanya.

Hari ini, saya berusaha menghabiskan bacaan novel The Last Juror dan membuat proofread sebuah manuskrip yang akan diterbitkan dalam masa terdekat.

Saya sedang melakukan dua perkara sama tetapi sangat berbeza penilaiannya. Jadi, tip untuk hari ini:

a) Novel-novel untuk pembaca lelaki harus dibuat dengan pergerakan plot yang cepat.
Lazimnya, novel yang melarat-larat dengan angan-angan watak, apa yang ada pada fikiran mereka jangan ditulis melebihi setengah halaman. Pambaca akan mudah bosan dan hilang debaran. Mungkin mereka langsung letakkan kembali novel tersebut di rak buku dan mula menulis blog tentang novel yang tidak memuaskan hati mereka sedangkan mereka tidak tamat membacanya. *Adehhh!

Sebagai contoh, dalam novel The Last Juror, perbicaraan Danny Padgitt adalah antara adegan penting dan mendebarkan. Namun, ia tidaklah mengambil sehingga 3 atau 4 bab untuk sampai ke penyelesaiannya. Perbicaraan dijalankan dengan cepat, termasuklah dalam penceritaan buku itu.


b) Watak penting tidak wajar dikeluarkan hanya pada awal dan hujung cerita.
Sesuatu novel pasti tidak mempunyai satu watak sahaja, bukan? *blink, blink*
Watak yang kedua dan ketiga penting harus diambil peduli juga. Tolonglah, jangan ceritakan tentang watak kedua penting pada bab yang kedua, kemudian watak itu hilang dalam lapan bab kemudian dan akhirnya menjadi penting dan penamat cerita dalam bab terakhir. *gulp*

Dalam novel The Last Juror yang sedang saya baca, setiap peristiwa yang dikenalpasti menimbulkan debaran pembaca tidak akan dilupakan sepanjang cerita. Danny Padgitt yang dipenjara sembilan tahun tidak dilupakan, kejadian yang berlaku sepanjang dia dipenjarakan masih dikaitkan dengan keluarganya atau dia sendiri dan watak-watak didalam The Last Juror masih risaukan kewujudan Danny Padgitt sekalipun dia baru dua tahun di penjara. *jeng jeng*

c) Yang tidak penting, biarkan ia menjadi yang tidak penting.
Ini sangat penting kerana sesetengah peristiwa yang tidak penting tidak perlulah sebingga mengambil 5 hingga 6 mukasurat tanpa sebarang pergerakan cerita. ( + _ + )
Sekali lagi, pembaca boleh jadi bosan dan tidak menghabiskan bacaan.

Sebagai contoh, dialog antara watak utama dengan penjual kelapa parut ketika watak utama ke kedai runcit seperti 'sudah lama meniaga?', 'banyak untung meniaga disini?', 'berapa usia anak yang sulung?' *aikkk?*, 'mengapa harga kelapa parut naik mendadak?' dan lain-lain lagi yang tidak penting, jangan dibiarkan berjela-jela hingga membazirkan satu bab.
Pastikan perkara yang penting mendapat highlight yang sepatutnya, ya? ( ^ _ ^ ) v

Itu sahaja buat entri kali ini. Diharapkan apa yang saya menceceh pada masa ini tidak melunturkan semangat kalian menulis novel buat pembaca-pembaca lelaki atau perempuan seperti saya yang berjiwa kasar.

Sehingga lain kali.


---

2 comments:

  1. saya gegurl, tapi saya pun tak suka baca novel yang drama lebih. that's why saya lebih suka layan komik. tapi saya bila susun ayat, drama saya lebih lagi daripada novel. haha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka tengok wanita yang baca komik, rare gitu. Haha. Mungkin sebab saya tak pandai baca komik, pernah juga cuba tapi tak boleh digest, hahaha.

      Delete