***
Hari Jumaat dah pun berlalu, cuti hujung minggu datang lagi. Kalau saya masih di zaman persekolahan, saya pasti membenci hujung minggu yang datang kali ini. Kerana..... cuti sekolah pun dah hampir hujung-hujung. Tapi saya sudah bekerja, hujung minggu ini harus saya manfaatkan sebaiknya. (^__^)Cuma, Jumaat kali ini saya tidak dapat nikmati seenaknya seperti Jumaat-jumaat lain. Oleh kerana hidup saya kurang terurus sejak minggu lepas, hari Jumaat inilah saya terima bahananya. Kerana apa, kepala saya terutama bahagian atas dahi berdenyut satu macam.
Dari jam 4 petang di pejabat, saya mula rasa sakit-sakit. Saya gagahkan diri memandu kereta manual (Ya, saya memang emphasis 'manual' itu kerana saya memang bukan seorang yang suka dan pandai memandu kereta manual. Satria pula lagi, terkelup saya di tempat pemandu, tak nampak bahagian depan langsung) dengan dua kali enjin mati di tengah-tengah sesak MRR2. *tepuk dahi* oke, padan muka lah kan. (*__*)
Oopsy, tentang sakit kepala yah. Saya sampai dirumah setengah jam selepas saya keluar dari pejabat. Naik rumah, kepala saya tambah menggila denyutnya. Saya duduk, minum air panas, cuba picit-picit sikit - masih tak ada kesan. Tidur. ZZzzzz.....
Hahaha. Apalah punya senang penyelesaian.
Sekarang, di tengah-tengah malam ni saya masih terjaga pula. Akibatnya tidur pada masa yang tidak patut tidur kan? (@_@) "Serve you right!" yell for self.
Harapnya, saya dapat bangun awal macam biasa esok kerana:
1. saya perlu melawat seorang saudara yang baru dimasukkan ke hospital semalam akibat stroke. Semoga semuanya selamat.
2. saya ada jemputan majlis kahwin seorang rakan yang asyik ingatkan saya supaya hadirinya. Oh, harap dapat tunaikan permintaan.
3. Baca@LRT, bagaimana ya? Teringin juga saya sertai, tapi harap masa dapat mengizinkan.
4. satu proposal baru dihantar pada saya, perlu saya meneliti secepat mungkin. Ini tanggungjawab oke.
Semua masih lagi dalam perkiraan saya, tapi kemampuan diri untuk mengatasi sakit
Baik, sekarang saya mahu melakukan cubaan untuk tidur semula.
---
salam maulidur Rasul dari bumi Dublin, Ireland.. blog walking kejap.. rajin2, jemput laa singgah ke my blog, Aku Sebutir Pasir.. :)
ReplyDeleteSelamat Maulidur Rasul.
ReplyDeleteWill do, k. :)