***
Wah! Kucing-kucing saya sudah pandai berkomunikasi.Yah, betul!!
Percayalah!
Selama ini saya ingatkan, kucing saya hanya buat bising kerana lapar.
Rupanya mereka sudah tahu minta macam-macam.
Sekarang, kalau toilet mereka perlu dibersihkan, mereka mahu bermanja, mahu kejut saya bangun tidur atau mahu diusap, pelbagai aksi ditunjukkan. Cerewet bukan? "Macam auntie-auntie." kata Dewa Hati saya.
Waktu saya mula-mula ambil, mereka baru 2 bulan lihat dunia. Sekarang mereka dah pun bersekolah menengah. Aikkk?
Mereka terlalu cepat mendewasa. Wowowowo!
Saya jarang bersama kekucing ini. Tiap-tiap hari bekerja. Dua hari sekali, pergi dating. Hujung minggu, melawat kawasan. (~~.) Shopping kot? Balik sahaja ke rumah, "What?!!! Are you this big??!" o_O
Adakah salah saya jarang berada di rumah bersama mereka? Saya tak tahu mereka sudah membesar terlalu drastik. Dulu mahu panjat kerusi pun terkial-kial, sekarang mereka dah panjat tingkap. "Apa mereka terfikir untuk membunuh diri kerana tuan mengabaikan tumbesaran mereka??!!!!."
Jangan!!!!!! Jatuh dari tingkat 11 bukan seronok macam bungee jump.
Baiklah, saya menyesal.
Malam ini, kita pergi main bowling yah, kekucing. ^___^
Dan, hari ini saya mengabaikan mereka lagi kerana sibuk di depan laptop. Sebelum mereka membuka pintu bilik, masuk dan menggigit jari-jari saya, baik kiranya saya berhenti sekarang.
Jumpa lagi dalam bebelan akan datang!

No comments:
Post a Comment