Jul 31, 2010

Ini Sedih

***


Sudah tiga minggu saya di pejabat baru. Pejabat jutawan okey. Haha haha haha!~ Berlagak tak boleh blah.


Beberapa hari lalu, saya berbual dengan bekas rakan sekerja. Oh, saya rindukan bekas-bekas rakan sekerja di PTS. Terlalu rindu. Sangat.




*nangis jap*




Okay, *sob... sob...* saya harus terima kenyataan. Lagipun, tempat baru seronok juga. \\(^__^)// Owwwie!!


Cuma, ada beberapa hal yang tidak syok seperti jalan sering sesak disebabkan kemalangan yang hampir setiap hari berlaku. Tahu apa itu sigh (terjemahan bahasa Melayu perkataan ini tidak muncul di benak saya sekarang!!!!!)? Haaa, saya hanya mampu sigh setiap kali melalui kawasan kemalangan.


Didoakan, buat diri sendiri, supaya dijauhkan perkara-perkara buruk sedemikian.


Semalam, sebuah kereta model Perodua Kancil hangus terbakar. Mangsa sudah tidak kelihatan ketika saya melalui kawasan itu. Cuma ada dua kereta peronda polis dan dua motosikal polis masih di situ bersama-sama kereta Kancil yang masih berasap. Di belakang kereta hangus itu, seorang lelaki yang agak berusia (mungkin berbangsa Cina, mungkin Melayu) sedang teresak-esak. Sayu.


Saya sudah tidak lagi memikirkan kesesakan jalan, tapi otak sibuk menjangka-jangka sendiri apa yang telah berlaku. Saya pasti ada yang cedera, kerana ketika awal-awal saya join kesesakan itu, sebuah ambulans sudah melepasi saya.


Mungkin ada yang disesalkan lelaki itu, tapi.... yang pasti saya tidak tahu apa-apa.

Semoga semua akan baik-baik sahaja hendakNya.
Amin.



// Entri semacam penulis membuat luahan emosi. Entah pokok, entah pangkalnya di mana?


***

No comments:

Post a Comment