Jul 28, 2010

Merungut Tidak Menyelesaikan Masalah, Move ON!


***

Hai, hai, hai.

Saya ada kerusi baru sekarang. Banyak barang baru sebenarnya. (^___^) Komputer, buku, pen, pensel dan juga teman sekeliling yang baru. Macam seronok kan? Duduk di tempat baru banyak yang perlu saya biasakan.


Saya sudah berpindah tempat bertugas sebenarnya. Pejabat bertukar, bos bertukar, rakan sekerja bertukar, jenis tugas bertukar, tangga gaji bertukar (hehehehe~). Tapiiiiiii...... melakukan tugas yang TETAP sama.


Mari merenung teks dan layout sehingga muntah dan kembali melihat semula sebelum muntah kembali, berulang-ulang. http://www.emocutez.com

Hahaha.


Itulah tugas saya, meneliti teks dan susun atur buku. Kalau teks dan layout itu makanan. Maka saya
over feeded dan.... saiz badan pasti sudah bertambah berkilo-kilo. Satu impian yang tidak pernah berjaya walau sedikit.

How I wish.... http://www.emocutez.com

Memangnya saya kecewa dengan berat badan saya! Berat badan saya terlalu degil. Sudah dimarah, sudah dinasihat tapi masih begitu. "Aku kecewa dengan kau, tahu tak?!" Saya masih lagi berkira-kira kalau selepas mendirikan rumahtangga (ayat.. oh, sangat dewasa rasanya), berat saya akan bertambah. Semua orang cakap begitu.

Oh, apalah saya membebel panjang tentang hal berat badan sendiri tanpa memberi signal ketika mahu mengubah haluan tadi. Hmmm, hal tidak memberi signal jika mahu mengubah laluan, lorong atau apa-apa shaja pun adalah perkara yang sangat mengecewakan saya.
http://www.emocutez.com
Lagi-lagi di saat beratur di tol LDP yang memang
jammed pagi-pagi walaupun saya hanya mahu mengetip kad Touch 'n Go. Jika mahu masuk lorong orang lain, apa salahnya memberi signal, kurangkan ego dan kurang ajar kita apabila meminta jasa baik orang lain. Bukan begitu?

~ Maaf........ Saya suka terlajak membebel. Jelaslah, saya memang seorang yang KUAT membebel.

Okay.... sambung.

Mahu saya ceritakan perihal pejabat, tapi tak mahu di sini. I want to keep it privately MINE. Bagi yang mahu tau lebih lanjut, marilah bekerja bersama saya. Ngeee~

Oh.

Tiba-tiba saya teringat yang tempat bertugas bukan satu-satunya hal baru yang berlaku pada saya. Ada lagi. Dan lagi.


Ada yang sedih.....http://www.emocutez.com

Ada yang penuh harapan.....http://www.emocutez.com


Saya memohon agar semuanya akan baik-baik sahaja. Yang mana perkara sedih mahupun gembira, nyatanya akan berlangsung sementara sahaja. Jadi, kesedihan dan harapan melangit saya itu pun hanyalah hal-hal sementara yang berlaku dalam hidup, semua akan OK!!!!

Yeay!

Mari saya kongsi satu gambar penuh makna.

Ms. Lynn yang memejam mata sepanjang lagu dinyanyikan dan kek dibawa masuk ke biliknya.

(^_____^)


Real Boss saya benar-benar menggigil tahu? Terkejut. She is totally not a surprise-person. Kasihan, but fun indeed. Yeay!!
Semoga Allah merahmati hidup Kak Lynn ke akhir hayat kelak. Amin.

***

No comments:

Post a Comment