Apr 1, 2011

April bulan pilih-pilih, senyum-senyum dan belek-belek.

***

Bulan April sudah tiba sebentar tadi kan? Percaya tak? Umur dah nak meningkat (lagi)!! *histeria*
Tak payah nak tak percaya sangatlah, Cik Ainn. Memang saya sudah berusia sekarang. Haih~



Wowowowo~



Wowowowo~



Wowowowo~



Wowowowo~




*Okey. Lap air mata. Fokus menulis boleh?




Sebenarnya ada yang best juga tau hari lahir saya kali ini. Eceh ceh ceh~wah!

Sebab saya boleh buat pilihan hadiah yang saya mahu. Inilah yang bagus bila berperangai baik pada kekasih hati, dengar cakap dan pandai bodek. Wahahahaha~

Sebenarnya, si Dewa Hati memang murah hati.



Haaa, nak minta apa ye? Saya pun masih belum dapat buat keputusan. Memang saya tak pandai betul nak meminta hadiah daripada Dewa Hati. Tapi dia sudah asyik bertanya.

MACAM MANA NI?????

Selepas saya meninjau sana-sini, ada beberapa idea lazim so called perfect gift untuk kekasih. Mari kita tengok. Boleh pilih-pilih sekali.












  1. Jambangan bunga yang segar dan awwwwwh~.
    Uwaaaaa.... Kasihanilah saya. Hakikatnya, saya tidak pernah menerima jambangan bunga daripada Dewa Hati. Tak pernah!
    Sekarang tolong tanyakan soalan 'berapa lama saya sudah memadu kasih dengan beliau?'
    Sedih weih~ Tak pernah sekalipun dapat bunga.

    Tetapi, untuk meminta Dewa Hati membelikan jambangan bunga ros merah sebagai hadiah hari lahir saya tahun ini........................
    emmm....
    emmm....
    emmm....
    ...
    ...
    ...
    ...
    MACAM RUGI JE!
    Iyalah, sehari je hati saya berkembang maju sebab dapat bunga-bunga mekar dan wangi. Seminggu selepas itu, saya akan menyesal. Kerana saya memang dasar perempuan yang begitu, tak reti berpuas hati, kalau boleh hadiah-hadiah yang saya dapat nak ditenung hari-hari. Baru puas!






  2. Coklat yang cantik dan sedap
    Wah! Ini menggiurkan. Juga romantik.
    Saya tak ada idea nak komen tentang hadiah coklat. Macam menarik tetapi macam tak menarik. Errrrrr.....
    Tengok hadiah lain dulu nak?






  3. Set mekap yang melambak-lambak dan banyak sekali!
    Ini pun best woooo~ Boleh buat main lukis-lukis setiap hari, dalam bilik, di pejabat, dalam kereta & lain-lain lagi. Siap tukar-tukar colour ikut cuaca dan situasi tempat yang dituju. Ewah! Menarik, bukan?

    Kalaulah si Dewa Hati tak ejek saya 'Badut' setiap kali saya cuba bermekap-mekap, mesti ini yang saya minta dengan dia untuk hari lahir. Haih~






  4. Kasut tinggi yang menawan dan selesa.
    Ini pun saya suka. Wanita biasanya memang suka kasut, bukan? Saya salah seorang. Hehehehehehehe. Kalau kasut tinggi, saya sudah punya idea nak pilih di mana dan rekaan yang bagaimana. Tanduk evil sudah keluar gayanya, macam ada niat mahu kopakkan poket Dewa Hati.






  5. Makan malam romantik.
    Ehem.
    This is sooooooo not me. (>_____<)
    Tapi kalau dapat, saya mesti cuba. Mana tahu memang menarik. Lagi-lagi macam gambar atas ni, pemandangan pun cun. Worth it jugalah agaknya.







  6. Cincin emas seperti rekaan di atas.
    *Sengih-singih*
    Alalala.... Geramnya tengok. Design solid & plain begini boleh cari di mana ya? Cantik betul saya rasa. Kamu rasa? (^________^)





  7. Kasut sukan yang menawan dan maju.
    Wah, dua-dua kasut di atas saya suka. Satu bagi kegunaan kasual, satu untuk bersukan. (Amboi!!!)
    Kalau mahu yang kasual, saya boleh pakai selalu. Jalan kaki 2 kilometer pun mesti selamba, sebab selesa sangat. Hahahaha~
    Tetapi, kalau saya beli yang running punya, saya boleh beli Sportband kemudian nanti. Boleh jogging dengan gembira sebab dapat mengukur jarak larian yang telah saya lakukan dan jumlah kalori yang dibakar. (Amboi!!! sekali lagi.)

    Kadang-kadang, mengada-ngada saya datang dan materialistik pun mengiringi sama. Haih~




Jadi sekarang, saya nak buat pilihan. Idea sudah ada hasil carian menggunakan Uncle Google, tapi tetap malas nak berfikir. "Pakcik punyalah usaha tolong cari jawapan yang kau nak, satu dunia pakcik redah tau. Yang kau ni susah sangat nak buat keputusan, apa pasal?"

(>___<) Masih belum pilih!!!
Tapi muka dah asyik senyum sebab hati dah gembira nak dapat hadiah. Kalau hadiah bermakna, tiap-tiap hari saya belek hadiah tu sampai hari jadi tahun depan pulak. Hihi...
(>___<) Masih belum pilih masalahnya!!!




Nah! Kamu orang hiburkanlah hati sendiri dengan video femes amat di bawah ni sementara saya memilih hadiah.
Enjoy!





Ta-ta semua.
Selamat bergembira di hari Sabtu dan "...... Sunday comes afterwards......."
WAHAHAHAHA~


***

No comments:

Post a Comment