Apr 11, 2011

Doa istimewa

***

Wah, bertubi-tubi ucapan hari lahir saya terima di laman Facebook.

Of course I gembira, you!

Perkara paling menarik yang berlaku adalah ramai rakan-rakan yang bukan sekadar mengucapkan ulangtahun kelahiran saya, tapi mengirimkan doa sekali. Doa yang baik-baik, tentunya!

Sejak saya terlibat dengan PTS, kiriman doa bukan sesuatu yang asing sebenarnya. Puan Ainon, chairman PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan amalan ini sebagai kelaziman.

Bila dah jadi kebiasaan, saya rasakan saya benar-benar maksudkan hal yang mahu diucapkan setiap kali mahu memberi ucapan pada orang lain. Saya juga merasakan ucapan beserta doa yang diberikan pada saya benar-benar dimaksudkan. Wahhhhhh! Rasa syok betul.



Antara ucapan hari lahir dari rakan-rakan FB.
Terima kasih! Terima kasih!


Lagi antara ucapan yang saya terima semalam. Terharu.......


Sebenarnya banyak lagi, tapi tak larat nak print screen dan tampal semua di sini.
(Y________Y) Maafkan saya....
Amin atas semua doa rakan-rakan di FB, SMS, Twitter dan sebagainya. Semoga doa yang baik termakbul hendakNya. Amin! Amin! Amin!

Semoga kalian juga diberikan kebaikan yang sama seperti doa kalian. (^_^)
InsyaAllah.


p/s: Pernah saya dengar dalam tazkirah oleh Ustaz Wanzu di PTS sedikit masa lalu, katanya kita wajar mendoakan kebaikan untuk diri sendiri dahulu sebelum mendoakan manusia lain. :)

Selamat jalani hidup dengan baik! Ta-ta peeps...



***

No comments:

Post a Comment