***
Cuba merajinkan diri di hari Ahad dengan update blog syok sendiri ini. Selepas kenyang makan nasi padang dan membeli-belah keperluan kekucing, saya teringin mahu makan ABC a.k.a air batu campur (lagi).
Kenapa ada perkataan lagi pada ayat di atas?
Sebab...
...
...
...
saya sedang obses makanan berais. "Sudah dua bulan aku menghidap penyakit ini, sahabatku."
Kah kah kah.
Punyalah teruk perangai apabila umur semakin tua. Lagi sakan menjadi-jadi sebab tiada siapa akan menegah, kalau zaman kecil ada juga ditegur kalau berperangai macam ni.
Sebenarnya, ABC tak pernah jadi makanan kesukaan saya. TAK PERNAH. Walaupun dulu saya pernah tinggal di Shah Alam yang mana ada satu port ABC baek punya! Murah dan mewah dan enak! Tapi saya tak pernah jadi 'se'kemaruk sekarang. Tengoklah buktinya.
Masa mula-mula teringin makan ABC, 7 Februari lalu. Kawan pejabat, Khairi, bawa saya ke sini, Medan Selera berhadapan Balai Bomba Larkin. Tapi tempat ini dipanggil Larkin Bomba. Singkatankah?
Saya dapat extra kacang sebab kawan saya tak makan kacang. ABC di sini tak banyak warna-warni, tapi.......... SEDAPNYA MAK OIII~!
Jadi kami pergi lagi pada.....
11 Februari. Dapat extra kacang lagi sebab saya pergi dengan kawan yang sama.
Masa ini, saya macam nak order lagi satu bila ABC ni sudah habis.
Mahu tunjuk tamakkah? Hahaha...
Tak jadi order lagi satu kerana kawan saya cadangkan saya cuba lain kali di gerai yang lagi satu.
"Ais di gerai yang itu halusssssssss. Sedap." ujar kawan saya.
Jadinya pada 19 Februari, saya ajak Dewa Hati pula meneman saya makan ABC di gerai lagi satu itu. Aisnya memang halus dan coklatnya rasa creamy-creamy gitu. Uhhhhh.... Tengok balik gambar pun, sudah buat saya terliur semula.
Yang ini memang nampak menyelerakan amat, bukan? Saya dipaksa Khairi mencuba ABC di sini pula, di Medan Selera Kampung Melayu Majidee pada 25 Februari. MAK AIH~ Mewahnya. Masa ABC ini dihantar ke meja, saya tak cover muka teruja. Hahahaha. Obses pada ABC, apa jadahnya??
Ini ABC saya pada 11 Mac lepas. Tempat sama seperti gambar yang sebelumnya. Sebenarnya ada lagi tempat lain saya makan ABC selepas 25 Februari dan sebelum 11 Mac, tapi di situ ABCnya tidak lazat walaupun warnanya kurang satu je daripada warna pelangi. Malas mahu ambil gambar. (^,^)v
Lihat kegilaan saya!!!
Ini ABC yang saya makan semalam, 12 Mac. Baru sehari selepas makan di Kg. Melayu Majidee, saya craving for another ABC. Boleh buat rancangan jelajah cari makan dah gayanya.
Hahaha... ABC yang ini saya makan di sebuah gerai kecil di Kg. Dato Sulaiman Menteri. Seorang pakcik yang membuatnya, jadi tiadalah modern look ya seperti aiskrim ataupun coklat cair. Tapi, ada buah-buahan campur! Woh~ Nyum nyum!
Gambar ABC dah habis. Tapi awal-awal entri tadi saya dah beritahu yang saya suka makanan berais, makanya harus tahu selepas saya memakan ABC ke waktu saya makan ABC yang lagi satu, yakni beberapa hari kemudian, saya mengisi tempoh itu dengan memakan ais juga. Seperti ais kegemaran pelbagai generasi masa kini, TUTTI FRUTTI.
Tengok, sekali ambil beberapa puluh ringgit terbang senang hati dari poket.
Walaupun topping tidak begitu WOW, namun rasa yogurt pun cukup buat lidah saya girang. Ini saya makan pada 27 Februari lalu. Setiap minggu mesti mahu singgah ke sini satu kali, at least. Hah~ Gila!
Sebab tak puas hati dengan topping yang tidak memberangsangkan di cawangan Johor Bahru, saya gigih membeli ini di Kuala Lumpur minggu lepas. Hah, baru tenang hati dapat topping idaman. Yang penting banyak pilihan kekacang. Baru 6 minggu ambil kad kumpul setem Tutti Frutti, sekarang tinggal lagi satu ruang je yang kosong. Wooowwwwie~ Syok boleh dapat diskaun. Tapi tak syok sebab wang saku sudah mengurang dengan pantas.
Oh ya, kerana hujung minggu lepas saya pulang ke Kuala Lumpur, saya pun turut gigih mahu memakan ABC Section 2, Shah Alam. Namun tidak kesampaian akibat saya bersuka-ria menjelajah i-City yang digembar-gembur keindahannya oleh masyarakat umum. Sibuk bergambar sana-sini, tengah malam baru saya dan teman-teman keluar dari 'kota' lampu itu. Dan tentulah kedai ABC masyhur itu sudah tutup! Siapa mahu makan ABC pada pukul 1 pagi?!
Ya, esoknya saya dapat makanan (sebenarnya minuman) berais yang sedap!
Nama mocktail ini, Bee Happy. Ada di Murni Discovery, Dataran Prima.
Meow~
Oh, akibat menulis entri ini, saya semacam mempengaruh diri sendiri. LAPARNYA! Langsung teringat satu restoran yang saya cuma lalu di luarnya sahaja ketika saya di Kota Damansara minggu lepas. Ice Room, kau tunggu aku datang!
Eh, ada sesiapa mahu kongsi pencuci mulut berais dengan saya?
Baiklah, selamat berhujung minggu.
Bye...
***
No comments:
Post a Comment