Mar 1, 2011

Bila mahu mula?


***

Hoyeah! Sudah separuh bulan Mac!!!
2011 selamba berjalan laju tinggalkan saya masih tersenggut-senggut memulakan pelan yang macam-macam.


Memang kebiasaan masa meninggalkan kita bukan? Hari-hari berlalu tanpa faedah sangat macam pergi menonton wayang, memandu keliling bandar sehari suntuk, duduk depan laptop menghadap internet, menghabiskan duit gaji dengan shopping ke sana-sini dan............................................ sedar-sedar, tahun 2011 dah pun masuk bulan ketiga wei!

Lepas tu, dialog lazim macam,
"Rasa baru je semalam pergi sambut malam tahun baru di New York kan? Aku masih terasa-rasa salji dalam tapak tangan."

Hah!!! Berangan pun tetap yang nak best-best? Apa pasal?!!!


Jangan jadi macam saya ya kawan-kawan, rancang baik-baik setiap apa yang kita mahukan. Rancang dari awal. Kalau boleh disiplinkan diri mengikut taktik-taktik yang perlu dijalankan dalam memastikan rancangan itu terlaksana sebaiknya. Sekalipun benda itu cuma benda kecil seperti rancangan mahu melancong ke negeri sebelah, tetap perlu rancang awal-awal! Silap rancangan, hari yang kita mahu melancong itu sebenarnya adalah hari yang paling tidak boleh kita ke mana-mana. Siapa tahu?

Macam entri sebelum ni, saya sedang merancang sesuatu. Dan perancangan serius cuma bermula pada bulan lepas. Wahahahaha! Gila. Contoh yang tidak baik disitu, jangan tiru!

Sekarang saya stress!!

Percaya atau tak, saya asyik menulis di sana-sini pelbagai pelan dalam buku nota yang dibeli gigih di MPH dua bulan lepas. Tapi................................................

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...



bila mahu mula?
WARGHHHHHHHHHHH!
Saya rasa saya memerlukan pertolongan sekarang. Macam sudah teruk sangat sebab macam tak mampu jalankan rancangan sendiri.







Kalau tolong, dapat reward.... pahala.

(^___^)





Baiklah, saya ada rancangan tambahan. mahu sambung tulis dalam buku nota. (Fine, saya memang konvensional). Mari bersurai.



***

No comments:

Post a Comment