Dec 31, 2010

Hujung tahun


***

Salam.


Ini bukan entri dengan tips kucing. Ini entri tahun baru. Kih kih kih. Entri tips menjaga kucing selepas ini yah. Tahun baru, saya pun mahu ada entri review tahun 2010 juga. Bagi chance la...

Tahun 2010 berakhir hari ini. Kemudian kita akan melalui tahun yang baru dengan perkara-perkara yang masih belum diketahui. Atau kita akan mula merancang bagaimana tahun yang baru akan dijalani kelak. Nak berazam, mesti yang best-best je kan. Heheh~

Jadi, mari review hidup masing-masing sepanjang 2010. Di sini, saya buat review untuk diri saya sendiri je lah ek.


---

Well, 2010 memang tahun yang mencabar. Juga tahun yang memberi saya makna kedewasaan. Ewah!

Macam-macam hal yang berlaku. Sebulan bergembira, sebulan bersedih sakan, sebulan marah-marah tak tentu fasal. Silih berganti. Biasalah, nama pun manusia kan, emosi kadangkala mengawal diri. Perempuan pula lagi. (Y______________________Y)

Perubahan hidup paling besar berlaku pada 2010 adalah penghijrahan saya dari Kuala Lumpur ke bandaraya Johor Bahru. Niat asal hanya mahu berpindah, namun Allah maha kaya dan memberi saya kerjaya baru dalam dunia editor juga. Maka saya semakin menghargai hidup ini. Kerana saya suka membuat kerja-kerja berkaitan penerbitan, tak kisahlah apa pun yang diterbitkan. Sangat-sangat suka.

Setengah tahun yang pertama dalam 2010 saya kelaskan sebagai tempoh mencabar kerana saya mengharungi pelbagai kesusahan dan ketegangan emosi. Kerjaya saya pun dah cukup mencabar, kehidupan peribadi pun nak juga menyibuk susahkan saya. Saya hanya follow the flow sehinggalah PTS saya tinggalkan. Baru saya kembali merancang.

Alhamdulillah, saya sudah tiba di sini. Di akhir waktu 2010 dan bakal menempuhi 2011 dengan macam-macam hal yang sudah dirancang sejak bulan Jun lalu.

Sejak Jun lalu juga, saya semakin serius menghadapi hidup sejak 2010 ini. Sudah ada taktik dan goal. Juga sudah ada impian untuk beberapa tahun mendatang. Ini tanda sudah dewasa dan bakal tua. Bukan? Hahaha~

Kesimpulan review ini, 2010 berjaya saya tempuhi dan cabaran yang dilalui masih belum sehebat tahun 2009 yang mana banyak perkara mengejut berlaku dan mengubah haluan hidup saya sesuka hati.

---

Di hujung-hujung waktu tahun 2010 ini, saya mengharap semua perkara baik akan menghampiri diri saya, keluarga saya, Dewa Hati saya, rakan-rakan saya, pembaca blog saya, bos saya, bekas-bekas anak murid saya, kawan-kawan lama saya, saudara saya dan semua orang.


Azam tahun baru? Tak ada lah, kak. Maaf ye.




***

No comments:

Post a Comment