***
Assalammualaikum.
Saya suka Disember tahun ini. Wah~ Tiba-tiba saya sangat positif pada pagi Ahad yang tenang. Amin.
Dalam beberapa hari yang sukar melayan gundah hati kerana perlakuan beberapa manusia terhadap saya, saya tetap positif. Ini sudah bagus, bukan? Oh, buat mereka-mereka yang mendendami saya, ada pesanan ingin dikongsi. Walaupun saya sendirian menghadapi kerenah kalian, kalian tidak tahu saya punya pembakar semangat yang lebih ramai dari kalian bertiga..... atau.... berempat???.
InsyaAllah, saya mohon diberi kekuatan menghadapi cabaran begini. Terima kasih buat Syafiq, Cik Azzah Abdul Rahman, Cikpuan Zalila Isa dan sahabat lain yang sudi memberi perhatian pada masalah yang saya hadapi.
Mari bergerak ke cerita lain yang lebih menggembirakan.
Seperti yang saya katakan, saya benar-benar bersemangat mahu menyertai kempen Baca@LRT pada 5 Disember lalu. Ya, Allah makbulkan rancangan saya dan.......... saya tiba lewat dari yang sepatutnya. Hebat!!! Orang lain membaca dalam LRT, saya Baca@Kereta. Jangan bohonglah engkau, berbual dalam kereta, mana ada membaca.
Tapi, memang seronok dapat bertemu muka dengan beberapa rakan penulis. Juga, dapat menjengah BookXcess buat pertama kali dan terus jadi jakun sebab buku terlalu murah. Saya terjumpa Zaki Zainol di sana yang terus sudi jadi peneman saya membelek buku. Puaslah dia mengejar saya kerana asyik meluru ke sana sini apabila ternampak buku-buku menarik. Haih~
Gila best woo! Tak percaya? Saya berani cakap BookXcess itu akan buat ulat-ulat buku ketagih. Dan ya, kalau mahu cari novel bahasa Inggeris dengan harga borong, saya cadangkan kalian pergilah ke sana dengan membawa beg besar. Kalau tak, akan menyesal macam saya kerana terpaksa menahan gelojak nafsu membeli.
Ha, tengok hasil tangkapan saya di BookXcess.
Ini saja yang dapat saya kutip kerana kekangan berat bebanan lain yang dibawa daripada JB lagi.
Dua buku yang saya beli tu adalah versi hardcover. Berbaloi woi~ RM19.90 satu, mana pernah ada? Paulo Coelho lagi tu. Ini semua novel yang sudah lama terbit, tapi saya tak berkesempatan beli awal-awal.
Kesimpulannya, saya hanya dapat menyertai team Baca@LRT semasa mereka berkumpul di BookXcess. Jadilah...
Apapun, terima kasih pada Tuan Zamri Mohammad yang tersengat mesra menyambut kedatangan saya, seorang editor pemalas dan baru kali pertama menyertainya.
Wajah beberapa peserta yang sempat saya bergambar bersama di stesen LRT Gombak sebelum pulang ke destinasi masing-masing.
Sehari sebelum acara itu, ada antara kami yang sudah pun bertemu muka di Pontian, Johor kerana menghadiri majlis kesyukuran perkahwinan Tuan Sallehuddin yang juga seorang editor di PTS NetMedia.
"Tunjuk pada pengantin." kata jurugambar. Salleh langsung pose dengan senyum comel.
Kah kah kah.
Gagah juga Faiizah, Gee dan Zaki Zainol ke Pontian pada 4 Disember, pulang ke Kuala Lumpur semula dan esoknya menyertai Baca@LRT.
Apapun, saya bersyukur punya kesempatan lagi berjumpa dengan mereka-mereka ini. Bikin ceria hati.
Itu semua baru cerita hujung minggu pertama Disember ini. Minggu kedua pun muncul dengan anggun dan ceria. Apabila matahari baru mula muncul, burung-burung pun mula berdecip, boleh dengar dengan jelas kerana mereka ada di tingkap bilik saya. Chewah~ Ini ayat untuk memanjangkan karangan sambil dengan harapan pembaca akan tersentuh dengan penjelasan ala-ala romantis. Blah!
Hujung minggu bagi kebanyakan orang yang bekerja memang ditunggu-tunggu, macam saya juga. Hari Sabtu paling seronok, boleh bermalas-malas atas katil lebih lama dan keluar bersiar-siar samapai lenguh kaki pun tak payah nak risau. Sebab esoknya masih cuti, boleh rehatkan kaki pula.
Tapi semalam, saya pergi menguruskan hal penting pada Sabtu nan indah.
Bikin pasport.
Inilah buktinya. Wowowowo~
(T_________T)
Haaaaa! Ambik kau!
Dulu-dulu tak mahu buat pasport di tempat yang lengang. Sekarang, rasakan beratur gila awal dan kena tunggu gila lama. Tapi, saya puas hati. Pegawai-pegawai imigresen di sini sudah biasa melayan ramai pelanggan tiap-tiap masa agaknya. Mereka memberi penerangan dengan jelas dan cekap betul.
Memang ada beza Jabatan Imigresen di cawangan sibuk dan tak sibuk. Beberapa bulan lepas, saya menemani Dewa Hati ke Kompleks PKNS Shah Alam bagi urusan sama. Kurang dari 20 orang pelanggan, memang lengang. Kami tiba jam 11 pagi, proses selesai jam 2 petang. Tapi, pegawainya kasar memberi penerangan, cuma kerana alamat yang kami letakkan pada borang itu.
Oh ya, bercakap tentang alamat. Saya pun keliru, dalam borang itu mahu alamat semasa pemohon. Dewa Hati saya memang beralamat di Johor (dah kerja kat Johor Bahru, takkanlah tinggal di Ampang kan?), tapi pegawai itu mahu alamat dalam negeri Selangor juga. Yang membuat saya terfikir, Jabatan Imigresen beroperasi ikut negeri kah? Nama pun Jabatan Imigresen Malaysia. Laman web rasmi pun cuma menyatakan pemohon perlu hadir ke Pejabat Imigresen (tak ada perkataan 'terdekat'). Ada siapa-siapa yang punya maklumat?
Berbalik cerita di Pejabat Imigresen Pekan Rabu semalam, saya menghabiskan lebih kurang 5 jam setengah untuk menyelesaikan urusan yang satu. Alhamdulillah, semuanya selesai.
Dan jom bersurai. Sebab entri ini melampau panjang dan melampau bosan.
^________^ Bye.
Jaga diri baik-baik ya.
***
No comments:
Post a Comment