Dec 16, 2010

Nostalgia 1

***

Kali ini saya agak bernostalgia. (~______~)


Jangan cuba mengejek. Saya manusia normal, kadang-kadang teringat kisah silam dan hati mula mengeluarkan sejenis signal, semua pergerakan jadi slow-motion. Dan muzik latar tinggal bunyi piano yang dimainkan perlahan. Eceh ceh...


Boleh sangat nak cari gayung atau halakan muka keluar tingkap untuk muntahkan isi perut yah.


Baiklah, saya tetap mahu tulis disini kerana saya khuatir ingatan saya hilang satu hari kelak dan ruginya saya pada waktu itu kerana tidak dapat menyemak semula isi otak saya ketika masih waras.


Ini kisah ketika saya masih kecil. Zaman mentah yang mana saya cuma tahu pergi sekolah, beg sekolah akan jadi ringan bila saya lulus peperiksaan dan naik darjah. Satu tahun, boleh kurangkan 500 gram berat beg, lebih kurang macam tu. Hahaha, si bendul!
Ya, ya, saya memang suka bertanya soalan pelik-pelik pada arwah bonda. Bila dia sudah muak menjawab, dia setuju sahaja dengan teori saya.

Oh... Kanak-kanak ini comel.


Contoh:
"Mak, kenapa Aina (nama kakak pertama) balik sekolah lambat tiap-tiap hari?"
"Sebab sekolah Aina jauh."
"Naik bas kan laju."
"Kadang-kadang bas sampai lambat."
"Aina pergi sekolah pagi-pagi, balik nak dekat Maghrib sebab dia takut panas, bukan?"


Arwah bonda saya mengangguk. Tandanya, saya takkan terima jawapan dia dan akan terus meneka jawapan tak masuk akal sampai arwah setuju.



Macam biasa di petang-petang hari, arwah bonda akan buat cekodok pisang atau goreng keropok ikan atau pisang goreng atau sediakan biskut kering atau goreng nugget atau masak bubur manis atau senang kata, menyediakan makanan petang. Kemudian kami anak-beranak duduk di hadapan beranda sambil minum kopi atau teh panas dan berbual seperti sebuah keluarga bahagia yang dalam drama-drama Melayu itu. Tapi ini bukan drama yah. Hehehehe~



Saya anak perempuan terakhir dalam keluarga, dua orang kakak saya agak jauh jarak usia. Dan, kerana kami lebih ramai. Wahahaha~ Women conquer the family.


Pada masa ini, dua adik lelaki saya masih kanak-kanak belum tumbuh gigi. Mereka girang berkejaran di beranda itu juga sambil saya mengambil kesempatan menyendeng pada arwah bonda. Comel. Kan, kan, kan? (^_______^)
Oh, silalah pengsan. Muahahahaha!


Sedang masing-masing kunyah makanan di satu petang. Arwah mak bersuara tiba-tiba.

"Anak-anak perempuan mak tak ada lagi yang pandai memasak. Nanti dah besar, orang lelaki tak mahu, baru tahu."



Itu dia!!!



Arwah bonda cuba menerapkan pemikiran auntie-auntie zaman Portugis menjajah Melaka. Kakak saya yang sulung mengerut dahi. Kakak yang nombor dua memang pandai buat muka macam tak dengar apa-apa.


Mungkinkah arwah berkata begitu kerana mahu kedua-dua kakak saya berasa seriau dan seram, kemudian berlari ke dapur untuk terus masak berjenis-jenis masakan dengan harapan jodoh akan tiba beberapa saat selepas itu. Haih~


Saya cuma senyap tau. Gila apa kau nak menjawab, nak kena tikam berulang-kali? Baru masuk sekolah rendah Tahap Satu, pandailah sangat nak komen hal kahwin?! Mata saya terkebil-kebil. Tunggu respons.



Untuk clarification, arwah bonda saya sedang menyindir kakak-kakak saya (dan mungkin saya juga) kerana tidak rajin ke dapur. Huhu~


Dan...


Ini jawapan kakak sulung saya, si Aina,
"Kalau lelaki tu nak saya pandai memasak, dia kena pandai buat rumah. Bukan beli hutang."



Bahu arwah terhenjut-henjut menahan ketawa. Kami pun gembira.
Serius, jawapan sengal. Janji dapat balas. Kah kah kah!!!





// Sekarang ini masa bukan dalam peredaran trend yang sama seperti zaman isteri-isteri tinggal di rumah, memasak, sang suami balik kerja, cuci tangan dan terus makan. Ini pandangan peribadi saya hari ini. Saya tidak gemar dengan penyataan "Perempuan kalau belajar tinggi-tinggi, ke dapur juga akhirnya. Itu akan buat saya membalas, "Lelaki tak payah tahu ke dapur sampai matikah?" Saya tidak biasa dengan lelaki begini kerana abah saya juga seorang yang boleh memasak. Dia tidak kekok membantu arwah bonda saya di dapur, malah arwah pernah ceritakan yang abah saya mengajarnya memasak beberapa jenis lauk juga saat mereka baru berkahwin dahulu. Manis bukan?



Indahnya mengenang masa yang lepas. Kan? Kan?
Tapi, hidup wajib diteruskan. Ayuh!!!


Bye. Nanti saya akan berangan lagi dan kongsi dengan kalian! Haha ha ha.


***

No comments:

Post a Comment