Jun 12, 2010

Kemaskini. Itu Sahaja.

***
**Amaran: Entri ini boleh membuatkan masa berlalu pantas. Hati-hati.


Assalammualaikum.


Ya, blog sudah 15 tahun ditinggalkan. Banyak perkara berlaku, tetapi 'malas' mengusai diri. Hasilnya, blog penuh sawang.



Lagi pula, tiada sebarang cerita istimewa bagi dikongsi selepas saya menyudahkan aktiviti shopping seperti yang saya maklumkan dalam entri sebelum ini.


Sekarang, saya hanya sibuk Google sana sini mencari info berkenaan seni jahitan.
*Chewah, nak menjahit pula ya?*

Tapi, tiada hasil jahitan lagi.
*Lariiiiii*


Okay, itu angan-angan! Pedulikan ya.


Jadi, sepanjang masa saya tidak mengemaskini blog, apa yang saya sudahkan?

MAKAN!


Ya, saya hanya makan, selain berada di pejabat.


Dua minggu lalu, saya di Johor Bahru. Untuk makan. (^_^)
Jangan sangka orang kurus tidak ada nafsu makan hebat. Hingga ke Johor Bahru pun saya sanggup pergi.
Huhu~


Bertolak dari Kuala Lumpur jam 11 malam, saya berangan untuk singgah Jonker Walk, Banda Hilir.
Boleh habiskan duit. Tapi, Jonker Walk sangat bertanggungjawab menjaga poket saya kerana tiada satu gerai mahupun kedai dibuka malam itu. Mungkin kami sampai terlalu lewat.
Jadi, saya hanya singgah untuk.....


ya.... bergambar. *haih*

Dan saya memandu terus ke Johor Bahru dalam emosi yang tidak tenteram dan nyaris melanggar sebuah kereta polis yang sibuk mahu mengejar bagi menyoal siasat remaja-remaja yang lepak di hadapan rumah mereka.
*haiiiiih*
Baik.... Teruskan ke Johor Bahru.....



Johor Bahru, apa yang
best? Tiada, selain makanan.
Hahaha. Okay, itu pendapat peribadi saya. Memangnya saya tiada aktiviti tertentu di Johor Bahru selain memburu makanan dan menemani Dewa Hati.


Pada semua, anggaplah ini entri tanpa cerita khusus. Memang tiada cerita, saya cuma mahu kemaskini blog.


Tapi, bagi sesiapa yang tidak tahu Johor Bahru ada makanan sedap atau yang tidak pernah sampai Johor Bahru, saya mahu kongsi keenakan makanan di sana.




Pertama, Nasi Bubur Taman Pelangi.
Tiada Gambar. Tetapi hidangan ini memang sedap, satu set cuma berharga RM 4.50 kalau saya tidak salah. Nasi bubur dihidang dengan ikan bilis goreng, sayur kangkung, lobak masin, telur masin, sambal tumis dan kacang goreng. *telan liur*
Simple but nice.


Kedua, Kacang Pool. Ada dua lokasi biasa saya cari makanan ini. Satu, berhampiran Balai Bomba dan satu lagi di Larkin Mall. Kacang Pool adalah satu hidangan yang saya dapat rasa hanya sejak usia 22 tahun. Sebelum itu, apa jenis kacang pool pun saya tak pernah dengar. Di JB, hidangan ini datang dengan sepotong roti-empat-segi-dan-tebal bakar, kuah kacang pool dan telur setengah masak. Maaf tiada gambar, bayangkan sahaja ya.
Hehe.


Seterusnya, Sup Tulang. Restoran yang selalu saya kunjungi adalah berhampiran kawasan Mahmudiah. Nama restoran, saya tak ingat.
Makanan je ingat. Hoh! Kata Dewa Hati, dekat-dekat Anjung Warisan. Kalau mahu tahu, restoran ini banyak nyamuk kerana dekorasi ala-ala hutannya. Agaknyalah. Nyamuk pun nyamuklah, waktu makan semua tidak diendahkan.



Ini Sup Tulang saya sebelum dimakan.

Saya seorang makan semangkuk dengan jayanya!
Yeay!





Ini selepas selamat ditelan. *Aummm*
Satu mangkuk lagi bukan saya yang habiskan.



Hari terakhir di JB, saya craving for Air Batu Campur Kampung Melayu. Hasilnya, sudah selamat dihirup, baru ingat tiada gambar. *alasannnn*.
Tapi saya dapat ambil ini.



Rojak Asmah.
Kenapa nama dia Asmah ya? Semua kedai rojak ini dimiliki Puan Asma ke?
(~.~)



Dan saya pulang ke Kuala Lumpur dengan perut kenyang.


Itu sahaja untuk kali ini. Kalau saya membuat sesiapa lapar dengan entri ini, itu adalah tidak sengaja. Kalau tiada sebarang perasaan selepas membaca dan melihat semua gambar, itu tanda anda tidak suka makan.


Cerita ini bosan, saya tahu. Maafkan saya.



***