Aug 16, 2010

Entri Penuh Perasaan ()(

***


Saya manusia...
... yang mahu berdoa supaya perjalanan hidup yang sukar ini akhirnya akan tetap berkesudahan baik.

Dan saya manusia yang sedang berusaha mencapai segala hal yang baik dengan sepenuh daya yang ada.



Tetapi...
... bukan semua perkara akan jadi mengikut kemahuan saya. Atau tidak semua yang saya mahu itu menjadi.

Semua ketentuan hanya pada Allah walaupun saya sebagai manusia tidak boleh sekalipun berhenti berusaha.



Jadi...
... saya mahu menerima takdir seikhlas hati.




Tuhan, Kau lebih tahu....


***

Aug 15, 2010

Saya Tidak Memusuhi Isnin

***

Oh, Ahad tiba lagi. Esok minggu baru bermula. Bagi insan-insan yang bekerja, termasuk Dewa Hati, pasti sedang mengharap keajaiban waktu-waktu di hari Ahad ini bergerak seperlahan mungkin dan jam berdetik lambat-lambat. Kerana esok hari Isnin. Hari yang dibenci kebanyakan warga bergelar pekerja. Nyah kau, Isnin!


Oh, saya tidak merasakan hal ini sekarang. Saya sedang bercuti tiga minggu. Ngeh~ Ngeh~ (~____~) <---- bangga dapat bercuti.


Saya berjaya mengelak 3 kali Isnin yang tidak disukai ramai. Hohoho~


Not a great way to start your Monday, no, not at all


Mengapa ya?


Mengapa Isnin membuat orang hilang mood?


Saya ingin tahu sekali. Tetapi, saya tak malas mencari teori-teori 'Isnin dan Otak Manusia', 'Isnin dari Sudut Psikologi', 'Isnin Penentu Mood Manusia' dan pelbagai teori lain pada hari Ahad yang damai ini. Lebih damai kerana kekucing sedang tidur, tak mahu mengganggu tuannya yang sibuk merepek. Mereka adalah teman yang begitu memahami.
Awww~ I love you, cats!


Jadi lupakan Isnin yang menyeksakan ya. Kerana kita terpaksa dan perlu hadapinya juga, walau apa terjadi. Jika tiada Isnin, tiada hari-hari lain yang tidak bermusuh dengan kalian juga. Hahaha~ jadi, terimalah Isnin seadanya. Ya, ya, saya sedapkan hati sendiri.


Apapun, jadikanlah Isnin kalian hari yang seronok! Yehaaaa!

Yeay! Rock your Monday!



Dan, kita nikmati juga Ahad ini dengan bahagia. ^___^V pis!


Saya pun mahu nikmatinya dengan abah saya yang menyambut hari lahirnya hari ini.
Yeay! Yeay! Yeay!
Ain't we alike? ^___^


Saya tidak sangka sebenarnya masa begitu cepat berlalu. Abah sudah hampir 10 tahun bersara dari dunia kerja. Usianya sudah menginjak 60-an. Usia saya juga sudah (jauh) melepasi usia remaja. Entah tahun hadapan, saya masih punya kesempatan menyambut hari lahir abah lagi atau tidak.


Saya adalah anak yang paling susah duduk di rumah. Saya satu-satunya anak yang masih tinggal berasingan daripada keluarga selepas tamat belajar. Saya punya alasan, tetapi saya tetap anak yang nakal.



Tetapi... hari ini saya akan tetap pulang ke rumah abah!!!!


OKEY, BYE!! ^___^


***

Aug 14, 2010

Ramadhan dan doa

***


4 Ramadhan sudah.


Puasa tetap puasa, tanggungjawab wajib kan. Kerja tetap kerja, tanggungjawab juga.
Hidup pun begitu.


Mari sama-sama mengawal gelojak nafsu di bulan mulia ini. Seperti bulan-bulan lain, doa pada Allah perlu dipanjatkan. Bulan ini pun bulan yang afdal bagi kita berdoa. Bukan begitu? Saya pun mahu berdoa.


Doa yang baik-baik. Doa untuk diri sendiri. Doa untuk orang lain. Jangan doa untuk kebaikan orang lain sahaja tapi tak berdoa untuk kebaikan diri sendiri.




Apa doa kalian?

Amin.


***