Oct 14, 2011

Hanya pada Allah

***


Assalamualaykum dan salam bahagia...
...buat semua orang yang sedang menjalankan amanah sebagai hamba Allah di muka bumi ini.


Selagi bernafas di bumi Allah, ya, kita memegang amanah. Kita tidak memiliki hak mutlak melakukan semua perkara yang kita mahu sesuka hati.

Ini benar!
Hidup kita harusnya berpandukan suruhan dan larangan yang sudah ditetapkan oleh Pencipta kita. Masya-Allah. Memikirkan hal ini sedalam-dalamnya, saya makin beremosi. Tak memasal sungguh!



Sejak beberapa bulan lalu, saya disuakan dengan dugaan-dugaan memeritkan. Pada masa ini, saya masih dan sedang melaluinya. Mestilah sedih..... hampir setiap hari saya memikirkan hal yang sama.
Kadang jadi buntu, kadang jadi tak keruan. Ada masanya, saya tenang sekali dan dalam fikiran semuanya positif. Namun, masa-masa perit menahan rasa adalah yang paling kerap meneman.

Dugaan hidup selalunya membawa makna kehidupan yang sebenar pada diri kita, moga dugaan kali ini juga memberi manfaat besar dalam hidup saya kelak.




Dari Abdullah r.a:

"Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika baginda sakit, lalu kusentuh baginda dan berkata: "Ya Rasulullah! Demammu bertambah teruk."
Jawab baginda, "Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu.
Kataku pula, "Semoga Rasulullah mendapat pahala berganda pula."
Jawab baginda: "Semoga!"
Kemudian baginda bersabda: "Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya."




Anas berkata, Rasulullah (s.a.w) bersabda:

“Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah dan sesiapa yang bersikap keluh-kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah.”
(at-Tirmidzi dan Ibn Majah)





Moga Allah mengizinkan saya menemui jalan keluar secepatnya serta memberikan saya ketabahan hati yang tinggi dalam waktu-waktu terdekat ini. Amin ya Rabb.
Dan semoga selepasnya nanti, jalan hidup saya lebih berkat dan bahagia. Amin.


Kekucing ini adalah antara amanah buat saya.
Moga mereka berdua terus hidup baik-baik menghiburkan hati saya yang kasihan.
(Y____Y)




Barusaha dan bertabahlah diriku ini!
Kerana kekucing memerlukan kau, Ainn! (err... yakah?) (~~.)


***

Oct 2, 2011

Tabahlah, Ainn!



***
(^_^)
Salam ceria... Hai, hai, hai! Gembirakah kalian hari ini?

Gembira atau tidak, berikanlah senyuman untuk diri sendiri ya. Kalau pun SEMUA yang ada di sekeliling kita menyumbang rasa kecewa, kita ada diri kita sendiri untuk membahagiakan hati. Ingat! Jangan down sangat!
Ini semua adalah motivasi untuk diri saya sendiri. Kasihan bukan?


Masuk bulan Oktober ini, saya diselubung dugaan dan cabaran hebat. Serius! Saya tak sangka saya melalui hari-hari yang menguji sabar hati selain menuntut keputusan khas buat diri sendiri diambil. Drastik dan tegas!



Dalam ruangan uji minda mana-mana majalah, buku, komik, suratkhabar dan seumpamanya,

SAYA PALING BENCI MENYELESAIKAN MAZE!

Paling malas!

TAK SUKA!

No

Grrrr!

Jangan...... aku kata jangan.......

Grrrrrr!



Haih~ Pasal uji minda saja punnnnnn, jangan emosi boleh?!



Ya, baiklah. Kerana dalam realiti kehidupan, saya wajib menghadapinya sama ada suka atau tidak. Bukan sekadar menghadap, kena selesaikan juga walaupun emosi tidak tentu arah.
Inilah kehidupan, kita takkan pernah dapat menjangka apa yang akan muncul di sepanjang perjalanan.



Mesti menangis. Mesti! Mesti!

Sebab saya memang cengeng.




Dengan rendah hati, memang pertolongan Allah sahaja yang saya harapkan ketika ini kerana Allah sahaja mengetahui apa yang terbaik buat hidup saya. Moga dugaan ini disertakan hikmah paling manis dan menguatkan lagi iman dan takwa saya pada Maha Pencipta.
Ameen ya Rabb.


(^______^)

***

Sep 20, 2011

Hujung bulan


***


Salam Syawal...
Eceh, padahal bulan Syawal dah nak ucap bye-bye.
Siapa lagi masih menyambut hari raya Aidilfitri? Siapa?

Saya jangka, kunjungan dan ucapan terakhir saya pada Syawal kali ini adalah pada 2 hari lepas - 18 September 2012. Rumah terbuka terakhir yang saya hadiri di Johor Bahru. Fuhh... Punyalah raya! Sampai dah hampir hujung-hujung Syawal pun masih tak habis raya.

Saya punya aktiviti sepanjang raya ini pun boleh tahan banyak. Nak tengok? Hahaha...
Cerita raya dalam entri hujung-hujung Syawal? Kenapa dengan engkau?


Pedulilah kan? Saya teruskan juga sebab saya dah tahu masak nasi beriyani sejak hari raya yang lalu. Keh keh keh! Berlagaklah saya kerana dah pandai masak masakan orang hebat-hebat. Chewah!




Hah! Tak percaya?
Memang saya masak....

dengan kerjasama adik-beradik yang lain pada malam raya.


(T________________________T)





Okey, okey, kali ini saya tak menipu.....





Jeng... jeng... jeng...



Ini memang hasil kerja saya. Serius tau!
(Y_______Y)
Jangan nak kecam sangat ya. Saya bukan wanita yang tak tahu buat apa-apa langsung.......



Sambutan hari raya keluarga saya memang padat. Padat dengan menu dan padat dengan aktiviti beraya ke pelbagai destinasi. Oleh sebab saya sudah ketiadaan bonda, juadah raya haruslah kami adik-beradik sediakan sendiri. Memang takkan sesedap masakan arwah bonda, tapi boleh juga dimakan. Kira okeylah kan? Kemudian, kami satu keluarga beraya di kampung asal arwah bonda di Muar pula.

Saya pulang ke JB tiga hari sebelum cuti berakhir dan sambung berjalan dengan rakan-rakan dan Dewa Hati pula di sini. Bukan setakat mengunjung sana sini untuk beraya dan pergi rumah terbuka je, ada majlis walimah sekali.




Majlis walimah rakan kepada rakan saya di Pontian.


Rakan sejawat ketika di PTS dahulu, Tuan Syafiq yang mengajak saya ke Pontian. Jauh perjalanan luas pemandangan kononnya, saya pun gembiralah nak ikut. Baru dua kali saya sampai ke daerah Pontian tu tau, dua-dua kali pun sebab nak pergi kenduri pernikahan. Sepanjang perjalanan balik, saya dan Tuan Syafiq asyik tertoleh kiri kanan sebab terpegun tengok rumah-rumah kampung yang lebih gah daripada rumah teres di bandar-bandar. Rekabentuk rumah lama ke, moden ke, mesti halaman rumah yang luas. Suka!
Terus hati saya berangan sekejap nak tinggal di kawasan kampung begitu. Hahaha, mampu berangan-angan sajalah layaknya!

Esoknya, pejabat saya dah beroperasi semula dan seluruh warga pejabat yang tak berapa ramai tu gigih merancang nak adakan pot luck raya di pejabat. Kerana masih bujang, saya diamanahkan membawa hidangan yang mudah untuk disediakan yakni NASI IMPIT SEGERA. Weeeehoooo! Nak buat ketupat dik oii, jenuh nak merebus sorang-sorang.
(T____T) Bye....



Yang penting, kutipan duit raya sangat memberangsangkan!
Terima kasih, rakan pejabat yang budiman!


Selepas kejadian-kejadian utama sepanjang bulan Syawal di atas, aktiviti kebiasaan dalam sambutan Aidilfitri memang banyak juga. Over gigihlah kan nak bagitau semua, ingat ni laporan raya individu ke? (~~,)


Okey, diri saya sendiri kena lupuskan mood raya dengan cepat! Kerja pejabat yang setinggi Gunung Tahan sikit masa lagi nak merempuh tubuh sehalus lidi ini.... Woooooowooowooo~

Kejamnya!

///(*___*)\\\

*cengkam rambut, telinga, kepala dan tengkorak sekaligus!*




Dah, tak payah nak raya je Cik Ainn. Kurang dua bulan lagi, umat Islam menyambut hari raya Aidiladha pula. Ha, kan? Cepatnya masa berlalu.
Para jemaah haji tahun ini mesti sedang sibuk mempersiapkan diri bagi mengerjakan rukun Islam kelima itu. Termasuklah seorang rakan saya yang dapat menyertai kumpulan wartawan membuat liputan di sana. Bertuahnya badan!!!

Oh.... Mudah-mudahan akan datang rezeki saya pula selepas ini untuk mengerjakan ibadat di Tanah Suci. Amin, amin, amin...



Bye semua.
Semoga Allah sentiasa memberikan keceriaan dan ketenangan hati buat kita semua. Amin....


***

Sep 15, 2011

Jika gagal. (Y_Y)


***

Assalammu 'alaykum.

Semalam baru menulis, hari ini menulis lagi. Anehnya! Mesti ada sesuatu kan?
Hehehe. Asalkan berkelakuan tak macam kebiasaan, kita mesti dikatakan 'pasti ada sesuatu', bukan?

Ya, mungkin ada betulnya.

Saya sedang kerisauan, takut dan celaru.
Diri saya, badan saya, fikiran saya tidak begitu tenang. Sejak beberapa hari lepas sebenarnya. Penyebabnya yang tepat saya tak tahu tapi ini berkemungkinan besar berpunca dari kerisauan saya dengan bebanan tugas di pejabat.
No 1 No No 1
Tinggal beberapa hari lagi tugas berat macam berbelas-belas guni beras mula menghurung dan seterusnya mengurung saya dalam kesibukan teramat sangat. ← Kena potong sebab tidak gramatis. Hanya satu kata penguat boleh digunakan dalam satu ayat. Editor sangatlah kononnya!

Ok, serius. Tugas baru ini sukar! Saya yakin ia berat dilaksanakan. Tetapi saya bukan mencari jalan keluar, tapi ini masa saya yang mahu menyahut cabaran dengan bersemangat, melalui onak liku ranjau disepanjangnya dengan tenang dan dapat menyudahkan dengan cemerlang. Tetapi........ Mampu ke saya, wanita kurus dan cengeng ini?
No 1 No No 1
Tak yakin...

... sampai saya men'google' kata-kata semangat untuk diri sendiri.
Dan saya pilih kata pendorong ini : Setiap kali kita mencuba melakukan, setiap kali itu kita menghampiri kejayaan sekalipun ada cubaan-cubaan kita yang gagal.
Yes 1Yippa!!


Situasi 1
Konon-kononnya, bayangkan saya mengelak dari melakukannya. Di masa mendatang, tugas sama saya terima lagi, sudah tentu-tentu saya terbeban melaksanakannya kerana itulah kali pertama melakukannya.
Mungkin juga ada potensi saya menolak atau mengelak dari membuat tugas itu.

Situasi 2
Tetapi sekarang ini saya sudah berjanji menerima tugas itu dan katakanlah pula saya gagal menjalankannya. Kemudian, di masa depan kena melaksanakan tugas sama, pasti kegagalan tugas sekarang saya dapat jadikan panduan melaksanakannya. Bukan?

Situasi 3
Sudah tiada lagi situasi-situasi rekaan.


Kering idea sebab keserabutan fikiran. (T_______T)
Cukuplah saya kongsi dua contoh berkenaan kejayaan/kegagalan ya...


Padahal setakat bagi contoh ringkas macam tuang air dalam cawan je, tak payah bagi contohlah. Haaa, kau asyik cakap tugas mencabar sangatlah, uji kemampuanlah, berat dipikullah, entah apa-apa bagai. Tugas apa sebenarnya? Kau kena memanjat Menara KL untuk mengecat ke? Berenang merentas Selat Melaka? Menulis novel tetralogi 11 ribu muka surat ke? Cuba bagitau aku, nak...


Ewah! Contoh tugas kau sebut boleh tahan mencabar ek. Dan sedikit sebanyak telah mencabar kesabaran aku. (>.<) huh!


Baiklah.
Tugas itu adalah menghasilkan buku panduan setebal 20-30 muka surat bagi pengguna set Home Theater. Pernah dengar? Ya, itulah tugas saya sempena kemasukan projek baru bermula bulan ini......

Yelah. Kecamlah kalau anda nak kecam sangat! Memang sebab buku nipis inilah saya tak keruan, macam loser eh? Fine!


Memang betul pun buku panduan pengguna atau biasa dipanggil manual instruction nipis dan isinya tidaklah panjang buku-buku yang pernah saya uruskan dan edit ketika bertugas di PTS Publications dahulu.



Inilah rupa buku-buku yang saya edit sekarang.
Tak ada design-design cover, tak ada suntingan kreatif.
Semuanya teknikal semata-mata. (T__T)


Bagi menghasilkan satu-satu buku panduan pengguna sebegini biasanya melalui proses R&D serta editing biasanya memakan masa 60-90 hari, dan prosesnya amat kompleks. Tahun lalu saya diberi peluang menguruskan buku panduan pengguna bagi set home theater gred rendah (low-end models) sebagai permulaan.

Bulan ini, projek sama untuk produk keluaran tahun 2012 bermula. Tetapi kali ini saya perlu develop buku panduan model-model utama pula tau! Susah, tau tak?

Scared
Saya dah nervous melampau sekarang!
Stres! Stres! Stres!
...

Bye sahajalah dulu ya......... tak boleh nak berfikir lagi! Duh


Semoga yang membaca entri ini dapat bergembira di hujung minggu nanti dan janganlah lupakan saya yang sedang beremosi hal kerja di hari cuti. (Y__Y)

Wassalam..


***

Sep 14, 2011

Kekucing: Guci Loya-loya!

***


Assalammualaikum...

Ini adalah entri tentang kucing. Bagi yang tak sukakan kucing, geli pada kucing, takutkan kucing dan tidak mahu ambil berat hal kucing, entri ini tidak sesuai dibaca ya.
Awal-awal entri, dah pun serius lain macam. Apa pasal?


Okey, ada tahu perkembangan terbaru kekucing saya?
Manalah nak tahu ek, kucing-kucingku bukan ada akaun Twitter atau FB untuk laporkan perkembangan terkini. Sengal ubi. (-__-)


Seperti diketahui beberapa belas orang, saya membela dua ekor kucing betina baka domestik. Atau biasa kita panggil kucing kampung. Bagi nampak lebih kelas, sebutlah 'kucing domestik' ek?Dah hampir berusia dua tahun pun. Ohoi, cepatnya dewasa!
Ada sedikit info kesihatan kucing yang BAHARU saya ambil tahu & nak kongsi-kongsi. :)


Meh tatap gambar kucing-kucing saya yang membesar dengan anggun dan menawan atas usaha tuan mereka yang berwajah manis dan sangat baik hati. Hahah, pun sempat puji diri sendiri!

Kiri: Gypsy / Kanan: Guci



Tiga minggu lepas (kalau tak silaplah), Guci, kucing saya yang lemah-lembut dan manja mengalami muntah-muntah. Banyak oi! Masa itu saya baru pulang dari pejabat. Huhuhu, pulang bekerja disambut dengan tugas bersihkan lantai rumah. Penat pun penatlah, tapi rasa kasihan dan risaukan kesihatan Guci lagi tebal. (T_____T)
Tambah risaukan saya, tiga ke empat minggu sebelumnya Gypsy ada muntah-muntah juga.


Sesiapa yang teka haiwan belaan saya mengandung adalah salah. Hehehehe. Mereka muntah-muntah kerana sakit kerana memang nampak seksa betul mereka nak mengeluarkan muntah. Kesiaaaaann....


Sumber

Hack! Hack! Hack!

(Bunyi kucing memuntahkan isi perut)


Saya dah serupa wanita beranak dua, risau memikirkan apa yang tak kena. Sedih hati mengingat kalau-kalau Guci & Gypsy tengah tanggung rasa sakit di mana-mana bahagian tubuh mereka. Memang haiwan tak ada perasaan tapi kita tak punya hak menafikan kebajikan mereka, kan? Kerana dibelenggu risau, saya bertungkus-lumus mendapatkan khidmat Google - penjaga kucing yang amat berdedikasi dan berinisiatif! Over kan. Padahal sejak bela Guci & Gypsy ni, aku cipta sendiri satu prinsip - klinik veterinar swasta adalah last resort bagi merawat kucing-kucing saya. Pandai-pandai je saya reka prinsip membela kucing.

Berbalik pada masalah kesihatan Guci & Gypsy.
Malam itu saya berjaya mencari maklumat. Mestilah! Internet tu apa yang tak ada, kan?! Siap 'makanan' yang dimuntahkan Guci saya teliti sebab nak padankan dengan gambar di internet.
Tak payah nak EWWWWW sangat, entri ni bukan untuk bacaan sesiapa yang cepat geli, loya, nak muntah dan sebagainya.
Okey, teruskan meng'Google' lagi......



Hasil 'penyelidikan' pantas, ringkas, lengkap dan tanpa tauliah, saya dapat mengenalpasti masalah yang Guci & Gypsy hadapi.


Ia adalah masalah....

HAIRBALL



Yeay! Bangga sikit dapat cari jawapan sendiri. Boleh jadi jawapan 'kajian' saya tak tepat, tapi...... saya bangga jugak. Saya yakin jawapan tu betul.
Bersungguh betul, semangat la konon. Kasihanlah ini perempuan...!



Apakah hairball?


Notis di atas jelas menggambarkan saya seorang yang memahami dan bertolak-ansur. Saya tak mahu ada keyboard laptop atau desktop, skrin tablet atau smartphone disimbahi muntah ketika kalian melihat gambar hairball di blog ini.

Baiklah, ke topik utama....

Hairball ialah bebola bulu (sumber terjemahan - Packaging Frieskies). Hahahaha!
Hairball bermula daripada bulu-bulu yang ditelan oleh kucing kita dan ia dimuntahkan selepas sistem tubuh kucing kita tidak dapat mencernakannya. Hairball dikatakan sebagai kesan sampingan sifat pembersih kucing.

Bagaimana hairball terbentuk?

Sememangnya tabiat kucing kerap menjilat bulu-bulunya bagi membersihkan diri namun mereka turut menelan bulu-bulu yang hampir gugur atau longgar. Apabila semakin banyak bulu-bulu terkumpul dalam perut, ia mampu menyekat usus atau saluran penghadaman kucing. Pada tahap inilah Guci muntahkan hairball yang tak bulat macam ball/bola. Ia berbentuk silinder, tak berbau dan warnanya seakan-akan warna bulu kucing kita.

Adakah hairball bahaya kepada semua kucing?

Adalah normal bagi semua jenis kucing mengeluarkan hairball paling kerap 3 kali sebulan. Bagaimanapun ia menjadi BAHAYA apabila hairball mengganggu sistem penghadaman. Tiga kategori kucing yang berisiko menghadapi masalah hairball dibawah.
  • Bagi kucing-kucing yang bebas di luar jarang mengalami masalah hairball. Kucing seperti Guci & Gypsy yang saya besarkan secara indoor sejak lahir memang berisiko menghadapi masalah hairball. Ini disebabkan kucing outdoor kurang menelan bulu-bulu mereka yang telah gugur di kawasan terbuka tetapi kucing indoor terdedah pada risiko menelan bulu yang bertebaran di dalam rumah itu sendiri.
    (T_______T)
    Kasihaaaaaannn...

    Lebihkan kasihan pada tuannya masa baru-baru membela Guci & Gypsy, kali pertama nampak packaging makanan kucing tercatat perkataan "Hairball", saya sangka itu nama timangan untuk kucing yang berbulu lebat dan berbadan bulat. Serius tau! Sebab saya tengok gambar kucing pada satu packaging tu. Dua tiga kali ke kedai yang sama, h
    ati saya pernah terdetik, "Kucing Hairball ni mesti special teramat. Semua jenama ada keluarkan makanan khas untuk baka dia." Kesian, kan?
    (T________T)

  • Baka kucing yang berbulu panjang, tebal dan gebu antara yang berisiko menghadapi masalah hairball. Bulu mereka perlu kerap diberus supaya mereka tidak menelan bulu-bulu yang telah gugur atau longgar.
    Macam kucing baka Maine Coon, bulu subur melampau dan agak kenyang juga kot kalau dia telan bulu sendiri sambil bersihkan badan. Hahaha.
  • Kucing yang banyak menghabiskan masa berdandan sendiri (HAH! Tuan pergi kerja, kucing berdandan di rumah. Kelas!). Mereka juga ada risiko mendapat masalah hairball, mesti bagi perhatian ya.
    Contohnya, kucing indoor yang tidak aktif atau kerap tinggal sendirian. Kucing begini mungkin menghabiskan masa dengan berehat dan tidur, dalam keadaan beginilah kucing rajin menjilat-jilat tubuh mereka berulang kali.
    Melimpah-ruah air liur kau, tak kering ke membersihkan bulu berbulan-bulan. (~~,)

Cara mencegah dan merawat kucing kita daripada hairball.

Sekarang, serius perlu uruskan masalah hairball. Senarai di bawah ini saya dapatkan daripada beberapa artikel pencegahan dan rawatan hairball.

  • Sikatlah bulu dengan kerap dan berus gigi kucing kesayangan kita yang manja dan suka memberus gigi.
    Menyikat bulu memang tak mustahil, hari-hari pun masih sanggup. (^_^)
    Tapi, memberus gigi haiwan comel itu adalah tugas mencabar tau. Kalau semua kucing dalam Malaysia serupa dengan perangai Guci & Gypsy, berundur sebelum menyesal lagi bagus.
    Guci & Gypsy tu ada potensi memberi saya cakaran lurus 3 kuku dahi ke rahang kot. Kucingku derhaka!!!

    Sesiapa sudi kongsi tip berus gigi kucing, sudi-sudikanlah ya! :)

  • Dapatkan ubat rawatan hairball.
    Ubat rawatan hairball tak pernah lagi saya jumpa, sebab belum pernah cari. Hehe. Tapi memang petshop yang besar atau yang ada banyak chain store ada menjual ubat-ubatan dan makanan kesihatan kucing.
  • Berikan makanan formula mengawal hairball.
    Seperti yang saya karutkan di atas, hampir semua jenama makanan kucing ada makanan berformula bagi khas untuk mengawal hairball. Dari jenama premium hingga ke jenama komersil, semua ada.

    Saya kongsi sikit cerita, masalah hairball Guci saya rawat dengan memberikan makanan formula hairball dan masalah muntah-muntah tak berulang lagi. Alhamdulillah.


    Berikan kucing kita makanan premium dengan formula hairball regulation sekaligus supaya masalah hairball dapat dicegah awal. Jenama Royal Canin ini memang mahal, jenama premium lain macam IAMS, Science Plan, Blackwood dan lain lagi biasanya menawarkan banyak manfaat berbanding jenama komersil. d(^_^)b


  • Pastikan rumah kerap dibersihkan.
    Ini penting bagi kucing-kucing yang tinggal indoor sepenuh masa. Lantai perlu kerap disapu dan dimop kerana kucing memang selalu baring-baring di lantai dan bulu-bulu mereka mesti tergugur di sana sini. Mungkin ini bukan faktor utama masalah hairball terjadi, tetapi ini pun usaha mencegah juga. :)



Okeylah, ini sahaja setakat ini, semoga informasi ini membantu. Kalau ada bahagian yang kurang atau tersilap, maaf ya. ^__^
Selamat berhari Rabu. Semoga kerja di pejabat yang sudah mula menonjolkan diri dapat saya laksanakan sebaiknya. Amin Ya Rabb.



* *

p/s: Ada satu penyakit di kalangan manusia yang serupa dengan masalah hairball kucing tau. Rapunzel syndrome nama dia. (o.O)




***

Aug 21, 2011

Entri Raya - Oi! Sabar boleh tak?

***


Assalammu 'alaykum, para pembaca. :)

PERASAN! Tak payah nak 'pembaca' sangat! Siannnn ko....


(~__~)

Hiap! Mengapa begitu lahar sekali kutukan itu? Bulan-bulan Ramadhan ni jangan sukacita sangat berjahat mulut eh.

Apapun yang berlaku, saya sedang mengecapi kegembiraan sekarang. Kalau pun tak ada orang ambil kisah, saya tetap bergembira sekarang.




Sebabnya ialah.....






emm.....






saya dapat.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

TIKET PULANG KE KAMPUNG, UOLLS!

Oooooo Yeah!





PHEEWITTTTT!
Joget-joget sikit!!!
SmileySmiley


Seronoknya, wei!!

First time okeh!
Julung-julung kalinya, saya berpeluang fenfeeling jadi perantau di Aidilfitri.

MAU TAK JAKUN?!

Cool Smiley




"Eh, ke mana perginya kereta kaler perak CikAin yang penuh calar-balar tu? Kan lebih senang balik kampung drive sendiri."
Hmmm... penjelasan hal ini sebenarnya agak panjang.
(Dah boleh sangat lupakan persoalan di atas disebabkan kemunculan perkataan 'agak' pada ayat respon tu. 'Agak' dalam konteks ini membawa maksud PANJANG DAN MEMBOSANKAN.)


Eyh, tak mahu lah excited sangat hal raya. Walhal di alam nyata yang sebenar-benarnya pun, saya bukan raya-type person (o_O) ???DANG!!!
Heheheh. Maaf. Ya, ya, saya memandai-mandai suai padan perkataan sehingga terhasil kerosakan terma sebegini.
Sekiranyalah ada yang tahu wujudnya perkataan yang tepat atau lebih sesuai digunakan, bolehlah beritahu saya ya.


p/s: Entri ni ala-ala excited dengan tema raya sebenarnya adalah disebabkan saya dapat cuti seminggu. Fine!




Demi menjiwai watak sebagai anak perantau yang nak balik kampung beraya, sanggup naik flight okeh?!

Hahahaha haha.

__________________________________________________________






Till then.
Semoga terus bersemangat menjalani Ramadhan ya, pembaca. :)

Sian ko! 'Pembaca' sangat kannnnn?

(~~.)

Aug 14, 2011

Ini kira nafsu bulan puasa

***


Hujan turun di tengah hari 14 Ramadhan ni.


Entah mana datang idea, saya teringin nak pergi Universal Studios Singapore (USS) lagi. Tahun lepas dah pergi dengan rombongan adik-beradik dan Dewa Hati, sakan berjalan sampai USS dah tutup. Lenguh kaki akibat berjalan tak sedar diri pun masih teringat-ingat.

Siap Dewa Hati cakap dia tak mahu pergi lagi sebab memang kat sana panasnya bukan main!!! Pagi-pagi mulakan penjelajahan taman tema tu memang syok, udara masih nyaman dan mesra dengan kulit kita. Bila matahari mula meninggi, HAMBIK KAU! Macam sedekah muka untuk dilecurkan. T___T


Ada satu faktor yang buat saya teringin nak pergi lagi.

Sebab...





....

ia sudah dibuka!


Ada elemen seram.
Tapi nampak memuaskan hati.





Siapa nak pergi sana dan mahu naik ride ini, tolong ajak saya. Y______Y


***

Aug 6, 2011

Satu jiwa, satu warna

***

Salam semua...... (^_^)
Lagi berapa hari kita kena berpuasa? Tak masal terus tanya soalan macam tu untuk memulakan entri. (~_~')

Cuma nak kongsi, mengikut kiraan kalendar Islam ataupun penentuan hisab, Ramadhan kali ini akan berlangsung 29 hari sahaja. Memang jarang-jarang negara kita sambut Ramadhan 29 hari. Seingat ingatan saya yang 70% saja boleh percaya kerana keterlupaan mengisi 30% lagi kapasiti ingatan, sudah lebih 20 tahun kita berpuasa 30 hari di bulan Ramadhan pada tahun-tahun sudah. Tunjuk hebatkah? Banyak benar angka dicatat dalam perenggan ini. Walhal sejak sekolah menengah, subjek yang membabitkan penggunaan angka buat aku pitam.

Okey, saya mahu cerita-ceriti fasal raya. Amboi sungguh, bukan? Tapi demam raya dah pun mula, kan? Contoh demam raya, cenggini: <-- gaya orang JB cakap

Sebulan sebelum puasa, baju raya dah siap hantar tempah, sample kuih raya dah siap diedarkan, tempoh bercuti di kampung dah siap rancang. Bukan orang lain ni, saya pun sama. Selamba tempah baju lebih sebulan lepas. Kakak sulung saya pun dah set warna baju raya kami sekeluarga.
Itu dia satu lagi trend sambut raya masa kini!

BAJU RAYA WARNA SEDONDON!!


Ya betul!!! Keluarga saya pun termasuklah pengikut trend ini!!! Huhuhu.
In semua gara-gara idea asal oleh kakak sulung saya dalam beberapa tahun lalu diterima dan terus jadi kelaziman famili saya. Ala-ala beraya dengan slogan 'SATU KELUARGA, SATU JIWA, SATU WARNA' gitu....
Hakikatnya, saya ada sedikit ketidakselesaan dengan kelaziman ini. Sikit sahaja pun. Tak sampai tahap memberontak hendak pakai baju warna lain. Padahnya nanti, pegang watak anak pungut pada hari raya nan meriah. Nak?

Bayangkan, enam orang jalan beraya dengan masing-masing berbaju warna hijau cair contohnya, saya penuh yakin berbaju warna shocking pink. Sudahlah susuk badan teramat berbeza dibanding dengan adik-beradik lain, dah cukup asing, lagi mau tunjuk rebel. Nak lebih mengada, baju shocking pink tadi saya buat fesyen kaftan dengan manik bersinar-sinar penuh daripada leher ke pinggang. Sedangkan dua orang kakak saya tawaduk dan bersederhana dengan baju kurung.
(Y______________________Y)


Itu seeking for attention namanya!!!!!!
"Pathetic~~."

Sambung lagi...
Ketidakselesaan berpakaian sedondon saya bermula Aidilfitri tahun 2009, Aidilfitri pertama tanpa arwah Mak dan menyebabkan aktiviti di pagi hari raya pertama sudah sedikit berubah. Selesai solat sunat Aidilfitri, kami satu keluarga menziarahi kubur arwah Mak. Waktu kami menziarah ini sememangnya adalah waktu puncak, berpuluh-puluh atau mungkin juga beratus-ratus keluarga lain pun menziarahi kubur. Jakunlah sikit sebab tak pernah ke tanah perkuburan pagi hari raya pertama.
Hmmmm.... di sinilah permulaan rasa tak seronok sekeluarga sedondon. Sana sini saya nampak setiap keluarga dengan warna seragam masing-masing. Dalam puluh-puluh atau ratus-ratus keluarga itu, berpotensi sangat lima atau enam (anggaran minima saya letakkan demi jaga hati sendiri) keluarga lain sedondon dengan saya. Jika purata satu keluarga 5 orang ahli, sudah ada 25 orang yang sedondon dengan saya, tak termasuk enam orang ahli keluarga sendiri.
WARGHH!!! NAMPAK TAK?! NAMPAK TAK?! TAK BEST, TAHU!!
(Y___________Y)

How on earth this particular thing cross my mind at this particular time, the first Eid I visited arwah's grave?

Selesai menziarah kubur, kami ke rumah Pak Lang saya untuk beraya. Langsung saya memanjatkan harapan agar tidak ada keluarga lain yang berpakaian sedondon dengan kami datang beraya juga pada waktu yang sama. Tak syok tau! "Overreact, I know."
----------

Aidilfitri tahun lepas saya meziarahi kubur arwah Mak dengan mengenakan Abaya hitam pemberian Abah. (^___^)V

Karang nanti di masa depan, jangan pula terkejut kalau saya berubah. Mana tahu jadi ibu yang beli kain 3- 4 kayu, buat baju raya sedondon dengan anak-anak. Silap-silap buat untuk seminggu raya lagi. (O.O) Hahahahahambik kau!!!


Ada ke orang hairan dengan semua yang kau tuliskan, Ainn oi?! (~~,)


***

Aug 2, 2011

Entri Ramadhan 1432H


***

Salam Ramadhan semua....
Maaf, lambat sikit nak bagi ucapan, tak apa kan? Lambat 4 hari sahaja pun.

Saya berjaya pulang ke Ampang minggu lepas. Weehoooo~
Dua hari sebelum Ramadhan tiba di sana selepas mengharungi lebuhraya PLUS. Awal-awal dahulu, taklah hairan sangat nak memandu 4 hingga 5 jam, sebab ada semangat berkobar-kobar. Sekarang, gila malas dan bayangan kepenatan memandu berjam-jam menghantui otak walaupun belum bertolak.

Setiap kali pulang ke Ampang, saya sebenarnya pasti ada agenda lain juga. Yelah, alang-alang menyeluk pekasam, bukan? Ataupun, sambil menyelam minum air atau apa-apa peribahasa lain yang berkaitanlah.
Dan.........



....saya telah bertemu selebriti TV yang semakin dikenali! Orang popular di stesen TV baru.
Chewah kau!
Marilah tonton kekacakan beliau sebelum mengisi borang penjodohan sukarela. Hahahaha~




Syafiq Zulakifli, pengacara rancangan Assalammualaikum di TV Alhijrah.
Ampun ya, Syafiq. Saya bukan sengaja nak jadi ejen pencari jodoh, tapi manalah tahu kan? Boleh dapat melalui entri ini....
Hehehehe. (^____^)V

Sebenarnya, Tuan Syafiq ini rakan sejawatan saya semasa di PTS dahulu. Latarbelakang bidang beliau memang berbeza dengan saya, tapi saya senang berkawan dengan dia. Maklumlah, orang punya latar agama yang baik, senang nak rujuk apa-apa. Lebih kurang setahun tak berjumpa, malam itu saya berjaya culik beliau sejam dua.
Hmmmm, dulu masa bekerja sebumbung dia masih single. Sekarang saya tak pasti, kiranya kalau nak isi borang penjodohan pun tak tahu berapa peratusan peluang yang ada. Hehe.

Kemudian, saya ada aktiviti hebat untuk para wanita ketika berada di Lembah Klang. Yakni SHOPPING. Hah, tak sudah-sudah aku kan? Kat JB cari tempat shopping, kat KL pun nak shopping juga.
Tapi ini best, sebab saya pergi pusat memborong di Plaza GM Klang. Hahahaha~
Hambik kau, tak puas habiskan duit beli satu-satu, aku cari tempat beli barang secara pukal. Jadinya, wang yang dihabiskan pun berpukal-pukal juga!

Seterusnya, saya pulang ke rumah Abah untuk aktiviti wajib kepulangan kali ini. Kami sekeluarga berkumpul melaksanakan tahlil buat arwah mak dan ahli keluarga lain yang sudah tiada. Keluarga saya selalunya akan bertahlil secara kecil-kecilan, adik-beradik dan saudara terdekat sahaja yang berkumpul.

Bila sampai bab makan-makan, kami satu famili keluar ke restoran pilihan. Oh, sekaligus menyambut ulangtahun hari kelahiran Abah dan adik saya. Satu malam siap semua sambutan wajib untuk ahli keluarga, aktif bukan?


Makanan menimbun macam kenduri, padahal tujuh orang je punnnnnnnn.
(Y______Y)
First time merasa air teh yang ada mint. Sedap pun!


Hari Ahad, sehari lagi sebelum kita mula berpuasa. Saya dan Dewa Hati keluar untuk menjelajah kota Kuala Lumpur. Niat hati nak habiskan duit lagikah? Gila kau!
Tekak saya teringin sangat nak menyumbat minuman Arisee di Restoran Wadi Hadramawt. Apalagi, bergandingan bahu kami berdua menuju ke Jalan Ampang untuk mengenyangkan perut masing-masing.

Ini dia Arisee. Lazat dan pekat!


Dan...
Hari pertama umat Islam berpuasa sudah tiba dengan cemerlang!

Saya masih di Ampang kerana negeri Johor adalah antara negeri yang bercuti pada 1 Ramadhan setiap tahun. Kerana jakun dapat cuti umum peringkat negeri, hati saya gembira oi!

Bersahur dengan jayanya walaupun perut belum biasa makan awal di awal-awal pagi. Jadi, saya bersahur nasi asal mengisi perut sahaja. Tetapi kurma cap Safia Yusuf Taiyob sedap benar rupanya, saya mengunyah kurma ini berketul-ketul. Hehehe.
Minggu lepas beli dua kotak kurma ini daripada rakan sepejabat, harganya murah sikit dari harga di kedai Uncle Johnny bawah blok apartment saya ni. Kedua-dua kotak saya bawa pulang ke Ampang sebab Abah saya memang suka kurma, rupanya di rumah sudah ada dua kotak lagi kurma cap sama. (Y______Y)

Petang tu, kami bertolak pulang ke Johor. Wowowo. Memang tak syok. Apatah lagi selepas melihat seekor anak kucing milik adik saya mati ketika kami sedang menyapu ubat pada telinga berkurapnya.
Tragis! (T____T)

Lebih sayu sebab saya berbuka di tepi lebuhraya. Kami berhenti di hentian sebelah Pedas-Linggi sebab tak sempat sampai R&R. Tapi saya sempat hubungi Abah beberapa minit sebelum berbuka Mee Kari masakan kakak sulung saya.
Sadis pula. (T_____T)

-------
Kerana kurang rajin bersosial, saya terlambat beberapa perkara penting. Antaranya, meminta maaf daripada semua orang sebelum Ramadhan. Namun, di sini saya tetap mahu memohon maaf daripada semua orang yang pernah saya goreskan hatinya sengaja mahupun tidak. Semoga kita sama-sama dapat merebut berkat amalan bulan paling mulia ini. Amin.
-------

Tiba-tiba ada rasa ingin menepek gambar terbaharu dengan penampilan baharu saya.
Okey, ada sentimen mula perasan yang saya memiliki wajah comel. DANG!




Alhamdulillah. Moga hidup saya lebih sempurna, InsyaAllah.

(^______^)
Salam Ramadhan semua.


***

Jul 20, 2011

Jangan tangguh!

***


Pernah tak kita menerima satu peluang dan kita biarkan ia berlalu sebab merasakan peluang itu akan tergantung lama untuk kita?




Pernah tak?



Okey, memang selalu manusia khilaf, lupa yang peluang selalunya akan berlalu. Pantas. Betul..... Peluang sebenarnya hanya datang sebentar je dan pergi jauh dengan kelajuan maksima. Sayangnya.......



Saya bukan tolak peluang tu, tapi saya perlukan masa untuk berfikir.
Oh, itulah yang peliknya. Kita dok berfikir lama, tapi tidak cepat-cepat cari jawapan dengan cara yang tepat. Fikir, senaraikan dan terus simpan dalam benak otak kebaikan dan keburukan kalau dirembat peluang yang ada itu.






Apalagi dok pikiaq???! Peluang dah blah sekejap tadi.


Padan muka hang!





A wise man turns chance into good fortune. - Thomas Fuller



***

Jul 5, 2011

Maaf, sibuk buat kek tadi.

***


Wooohhhh!!!!
Apakah ertinya blog saya penuh sawang????
Apahal ni?
Apahal?
Wowowowo~





Memang pun, malas update punya pasal.
Alasan? Hmmmmm....

Akak banyak tanggungjawab sekarang (eceh!). Tipu.
Akak sibuk dengan kerja. Tipu jugak!


Tak ada alasan, tapi saya memang tak pernah ada mood nak menulis di sini sejak 2 bulan lepas. Banyak yang menyerbu otak, kusut oi! Tempat melepaskan stres yakni membeli-belah pun kurang kerana berkurangnya tempat shopping kerana saya masih tak pandai-pandai meronda bandar Johor Bahru seorang diri.


(T________T)

*****

(T________T)



Akhirnya, saya pun miang tangan untuk memulakan aktiviti buang masa di Facebook dengan memberi komitmen pada game Baking Life. Macam zaman muda-muda dahulu aje aku ni kan?



Sadis ini perempuan... (T_T)
Siap bertopi macam cahaya matahari menembusi kafe kau, kan?
Hahahaha~



Okey, sekarang saya perlu sediakan mana-mana gambar yang patut untuk entri blog akan datang. Untuk entri kali ini, maaflah sebab menjengkelkan ya. (Y____Y)
Kutuklah kalau itu dapat memuaskan hati.


Bye!


***

May 17, 2011

Saya mahu menang

***

Assalammualaikum. Hai, hai semua....

Hari ini hari cuti sempena sambutan Hari Wesak. Jadi... apa lagi? Bangun awal-awal, siapkan apa yang patut dan selepas tu bolehlah keluar berlibur dengan sewenang-wenangnya.

Tapi, mengemaskini blog bukan persiapan yang patut dibuat. Saya je yang miang tangan nak menyertai pertandingan sebenarnya. Hahaha, boleh percaya? Pagi-pagi lagi gigih menyertai pertandingan yang entah saya layak menang atau tak.


Well,
"Sometimes we play the game though we know we will lose and sometimes we do not want to start playing the game even we already win it."

Hoh? Faham tak? Abaikannnnnnnn!




Okey, inilah pertandingan yang saya mahu sertai tu.
...
...
...
...
...


KISZYDOLLS GIVEAWAYS CONTEST!!!




Marilah sertai sama-sama.
Kalau berjaya, dapat 2 Kiszydolls Mr. Bebey. Apakah Mr Bebey tu?
Lihat di bawah!







Kacak sungguh Mr. Bebey ni semua, siap beratur macam sesi fotografi bersama URTV.
(^o^)


Lagi di studio URTV.
Hehehehe.


Hah, kagum I!
Posing baring-baring pun! Eh, yang merah jambu tu meh sini jap. Nak peluk.
(^____________^)



Mahu tahu dari mana asal semua Kiszydolls ni? Cuba tengok sini.


Ini kad perniagaan Cik Balqis


Harap-harap saya dapat. Pejam mata kejap, berdoa dalam hati sungguh-sungguh. (*___*)

Sesiapa yang lain nak sertai, silalah bertindak pantas ya. Tarikh tutup dah nak dekat, 20 Mei ini. Tapi masih sempat lagipun syaratnya mudah-mudah belaka. Apa syaratnya?

  1. Jadi 'Follower' blog Kiszydolls. Blog ini tau.
  2. Lepas tu komen pada entri Kiszydolls Giveaways.
  3. Buat satu entri terangkan tentang giveaways ini di blog masing-masing.

    dan................................................


  4. Letakkan 4 gambar seperti di atas pada entri kita tadi.

Dah selesai. Mudah dan senang lagi menyeronokkan bukan? Lagi seronok kalau dapat peluk Mr. Bebey percuma selepas sertai giveaways ini. Awwwwwww~


Okey, itu sahajalah. Pagi dah makin cerah, saya mahu sambut hari cuti ini dengan kegembiraan. Ewahhhhhh~ Macam tak pernah cuti je aku ni!


Bye, bye, bye. (^___^) Jumpa lagi.


***

May 10, 2011

Panas satu badan

***

  • Berita tidak gembira:

Sekarang cuaca panas sedang melanda. Adoi! Nak tidur malam pun susah. Saya siap mandi sebelum tidur sebab rasa berlengas satu badan walaupun hanya duduk dalam rumah sepanjang hari. Inilah waktunya saya fikir, mendung pun baik juga manfaatnya, siapa kata panas hingga ke petang selalu diharapkan? Tak tahanlah kalau panas memanjang, betul tak?

Tak syok betul. Hampir-hampir 40 darjah celcius mengikut laporan berita. Kesian tengok kekucing saya yang tak betah nak baring-baringkan badan, kepanasan juga agaknya. Kebiasaannya saya tak suka tidur dengan kipas dihala pada tubuh saya, tapi sekarang kipas siap pasang pada kelajuan paling tinggi dan dihala tepat pada badan. (T___T)

Apapun, kenalah bersabar buat sementara waktu ini, kan?



  • Berita gembira:

Cuaca panas ini akan berakhir minggu depan!

"Cuaca panas dijangka berakhir minggu depan
2011/05/09

KUALA LUMPUR: Suhu panas yang melanda Semenanjung Malaysia ketika ini hanya bersifat sementara dan dijangka berakhir dalam masa seminggu lagi, kata Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Liong.

Beliau berkata, keadaan panas ketika ini sehingga menjangkau suhu 36.2 darjah Celcius adalah disebabkan Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina, meniup angin dari arah Barat Daya ke negara ini."


Yippa! Yippa!
Tak sabar tunggu minggu depan. InsyaAllah, kalau ramalan ini tepat.



***


Okey, itu sahaja. Saya terpaksa tidur sekarang walaupun badan mula berlengas semula. "Gila kau, baru satu jam setengah yang lepas aku mandi, tahu?"
Adoi, bil air bulan ini pasti meningkat dengan cemerlang.


Selamat mengharungi cuaca panas dengan sabar dan pastikan minum air kosong banyak-banyak bagi mengelakkan masalah kesihatan.


Bye! Bye! Bye!


***