Sep 26, 2010

Kisah Bulu Kucing

***

Assalammualaikum,

Saya tinggalkan blog ini secara sedar selepas entri ala-ala mahu berhijrah sebelum ini. Sila, sila cari alasan ya Cik Ainn. Sibuklah, talian internet tidak stabil lah.... Ahh, semua itu alasan prebet.


Baik, tiada alasan.


Tidak ada apa aktiviti aneh untuk dikongsi sebenarnya. Saya masih hanya memberi perhatian pada kekucing yang sedang mendewasa. Semoga mereka sihat dan cergas selalu.


Saya kongsikan gambar terbaru mereka. Ini dia...




Saya menjaga mereka biasa-biasa sahaja, cara kampung. Tetapi mereka sudah menjadi kucing indoor kerana saya tinggal di apartment. Mahu lepaskan keluar, mereka kerap tersesat. Jadi, kebanyakan masa mereka memang hanya di rumah sahaja.


Chissss! sekarang saya sedar kekucing saya sudah memberi pengaruh besar dalam hidup saya. Kenapa? Kenapa mereka jadi begitu penting dalam hidup saya?


Awal-awal dulu, saya sangkakan kalau kucing dijaga cara kampung, bagi makan dan sediakan tandas sudah memadai. Saya silap!!!


Saya berikan makanan jenama Friskies atau Whiskas ketika mula-mula menjaga mereka. Selepas beberapa bulan, saya perasan bulu mereka ada dimana-mana. Eh, ini rumah siapa? Penat aku jadi maid kamu berdua, tahu? Mahu tidak, saya perlu kerap (sangat kerap) menyapu! Penat dan malas.


Saya meng-google punca penyakit bulu gugur mereka. Hasilnya, makanan perlu ditukar. Premium food katanya. Chisss! Saya pun cuba yang ini.


Okay, cukup dua bulan saya belikan makanan jenama di atas, saya rasa angka di akaun bank saya susut mendadak. Oh, Guci dan Gypsy memang demanding. Lagipun, bulu masih gugur seperti biasa. Ini sudah lebih, sudahlah merobek-robek poket, tenaga untuk menyapu juga masih diperlukan selalu. Kurang asam!


Dan saya jumpa ini.


Dua kali lebih murah daripada jenama Royal Canin. Tapi kibbles dia dua kali lebih besar dan buat si Guci membebel setiap kali tiba waktu makan.


Tak kisahlah apa pun, saya cuma mahu mereka sihat dan bulu tidak gugur lagi. Yah, puas hati saya dapat mengata kucing-kucing saya di sini. Bagi sesiapa yang menjaga kucing seperti saya, marilah kongsikan tip penjagaan ya. Jangan kedekut ilmu.
(^____^)V


Wassalam.


***

Sep 7, 2010

Sambut Raya Dahulu! Okey?

***


Hai... (^^,)


Tinggal lagi tiga hari kita berpuasa dalam Ramadhan tahun ini. Syawal is just around the corner. Apa persiapan kalian?



Saya tidak lagi seperti anak-anak kecil yang seronok beraya macam dulu-dulu. Selain raya, banyak hal lain yang saya mahu selesaikan. Hari raya adalah hari saya berehat dari memikirkan halatuju hidup. Ewahhhh.


Tahun pertama saya hanya mahukan Abaya hitam sebagai baju raya.
"Dah dapat!!! Yeay!"
Tetapi raya tahun ini, saya tidak bertemu Dewa Hati seperti tahun-tahun sudah. Dewa Hati saya bekerja pada hari raya nanti, tidak ada masa melayan jika saya di sana. Kasihan. (T___T)



Okey, dalam dua minggu kebelakangan ini, saya sibuk. Benar-benar sibuk. Sibuk berfikir. Saya sudah serius. Selama ini saya memang serius tapi tidak pernah terfikir sampai ke tahap ini. Kali ini, saya nekad untuk...


untuk...


untuk...


untuk...


...


...


emm...



...bertukar bandar tempat tinggal.
Jika tidak sekarang, saya asyik terfikirkan bila lagi saya mahu berpindah. Masanya hampir tiba.



Jujurnya, Kuala Lumpur memang menarik.
Mudah bagi saya mencari barang keperluan, sebutkan jenama apa yang kalian cari, Kuala Lumpur InsyaAllah ada. Janganlah gatal cari make-up jenama Urban Decay pula. Belum sampai lagi. (^___^) Kuala Lumpur pun penuh dengan tempat liburan meriah, shopping complex dan panggung wayang selalunya di bawah hidung kita. Mencari restoran hebat juga banyak, mahukan makanan ala Barat hingga ke makanan orang paling timur, semua mudah.



Tapi saya sudah puas tinggal di sini, buat masa ini. Kesesakan dan tol bukan sebab utama. Kerisauan apabila parking kereta, walaupun di lot parking depan pejabat juga bukan penyebabnya. Kos hidup yang memaksa catuan hebat dibuat setiap bulan juga tidak jadi punca hal ini.



Saya sudah mahu serius merancang perkahwinan. Awwwww!

Ngeh~ Ngeh~ (#^____^#)



Ya, inilah masa yang paling saya tunggu-tunggu. Bab baru dalam hidup, kata orang. Eceh ceh!



Oh, saya ada beberapa bulan untuk bersiap bungkus semua pakaian, perabot rumah (banyaklah sangat perabot kamu ye?) dan kucing-kucing peliharaan untuk dibawa ke negeri yang satu itu.
Jom mula kemas-kemas.
Emmm, ,mahu tolong?

Semoga dipermudahkan. Amin.



***************

Selamat menyambut Aidilfitri. Bagi yang yang pernah saya goreskan perasaan, saya mohon ampun dan maaf di sini. Semoga Allah masih beri kita kesempatan bertemu Ramadhan yang akan datang.

Bye!



***