Dec 31, 2010

Hujung tahun


***

Salam.


Ini bukan entri dengan tips kucing. Ini entri tahun baru. Kih kih kih. Entri tips menjaga kucing selepas ini yah. Tahun baru, saya pun mahu ada entri review tahun 2010 juga. Bagi chance la...

Tahun 2010 berakhir hari ini. Kemudian kita akan melalui tahun yang baru dengan perkara-perkara yang masih belum diketahui. Atau kita akan mula merancang bagaimana tahun yang baru akan dijalani kelak. Nak berazam, mesti yang best-best je kan. Heheh~

Jadi, mari review hidup masing-masing sepanjang 2010. Di sini, saya buat review untuk diri saya sendiri je lah ek.


---

Well, 2010 memang tahun yang mencabar. Juga tahun yang memberi saya makna kedewasaan. Ewah!

Macam-macam hal yang berlaku. Sebulan bergembira, sebulan bersedih sakan, sebulan marah-marah tak tentu fasal. Silih berganti. Biasalah, nama pun manusia kan, emosi kadangkala mengawal diri. Perempuan pula lagi. (Y______________________Y)

Perubahan hidup paling besar berlaku pada 2010 adalah penghijrahan saya dari Kuala Lumpur ke bandaraya Johor Bahru. Niat asal hanya mahu berpindah, namun Allah maha kaya dan memberi saya kerjaya baru dalam dunia editor juga. Maka saya semakin menghargai hidup ini. Kerana saya suka membuat kerja-kerja berkaitan penerbitan, tak kisahlah apa pun yang diterbitkan. Sangat-sangat suka.

Setengah tahun yang pertama dalam 2010 saya kelaskan sebagai tempoh mencabar kerana saya mengharungi pelbagai kesusahan dan ketegangan emosi. Kerjaya saya pun dah cukup mencabar, kehidupan peribadi pun nak juga menyibuk susahkan saya. Saya hanya follow the flow sehinggalah PTS saya tinggalkan. Baru saya kembali merancang.

Alhamdulillah, saya sudah tiba di sini. Di akhir waktu 2010 dan bakal menempuhi 2011 dengan macam-macam hal yang sudah dirancang sejak bulan Jun lalu.

Sejak Jun lalu juga, saya semakin serius menghadapi hidup sejak 2010 ini. Sudah ada taktik dan goal. Juga sudah ada impian untuk beberapa tahun mendatang. Ini tanda sudah dewasa dan bakal tua. Bukan? Hahaha~

Kesimpulan review ini, 2010 berjaya saya tempuhi dan cabaran yang dilalui masih belum sehebat tahun 2009 yang mana banyak perkara mengejut berlaku dan mengubah haluan hidup saya sesuka hati.

---

Di hujung-hujung waktu tahun 2010 ini, saya mengharap semua perkara baik akan menghampiri diri saya, keluarga saya, Dewa Hati saya, rakan-rakan saya, pembaca blog saya, bos saya, bekas-bekas anak murid saya, kawan-kawan lama saya, saudara saya dan semua orang.


Azam tahun baru? Tak ada lah, kak. Maaf ye.




***

Dec 26, 2010

Saya kotakan janji: Universal Studios Singapore


***


Salam sayang semua.


Seperti yang dijanjikan (Sudah tiga abad berjanji, baru sekarang mahu kotakan? Haih~), entri ini khas bagi berkongsi cerita perjalanan saya melancong (Ewaaaahhh, jakun benar gayanya, 'melancong' kau!) ke Singapura. Atau lebih glamor disebut Singapore. Nak sebut Temasek pun boleh.


Saya ke Singapura dengan tujuan khusus - berfoya-foya bersama dua orang kakak, Dewa Hati dan seorang anak saudara kesayangannya. Destinasi juga cuma satu - Universal Studios. Jadi, nama pun tempat berfoya-foya, kalau tak penat berjalan, camwhoring dan berhabis segala mata wang dalam genggaman, itu bukan berfoya-foya! Mujurlah saya tak ada nafsu mahu berjudi. Kalau tak, jalan itik pun gua sanggup kot. Sebabnya, casino memang right under my nose. Kah kah kah.


Ahli rombongan semua berkumpul seawal 6.30 pagi di rumah saya. Gila semangat bukan? 6 orang semuanya, cukup! Tiket masuk, siap! Pasport, siap! Apa lagiiiiii?!!! Bertolaklah kami dengan jayanya.


Setelah bergegas dengan semangat kanak-kanak riang mengejar motor bawa aiskrim, kami BERJAYA tiba di pintu masuk Universal Studios pada jam 9.30 pagi. Kami perlu menunggu lebih kurang setengah jam sebelum pintu dibuka. Gila kau, sakan sungguh bukan? Hati pun sudah terlonjak-lonjak girang. Baru sampai depan pintu masuk, kami pun mula mengeluarkan kamera dan gigih berposing pelbagai gaya.



Tempat bergambar yang wajib kalau berkunjung ke USS.


Oh, sesi bergambar tak begitu lama kerana pintu masuk dibuka lebih kurang jam 10 pagi dan kami pun mula beratur dengan sopan. Oh, behave please, jangan nak tunjuk girang sangat! Walaupun sedang dilanda keseronokan teramat, sesi beratur adalah sesi yang saya sangat particular. Pantang betul saya dengan orang yang memotong barisan ataupun keadaan berebut-rebut. Sengaja membuakkan amarah saya kalau kes-kes begini terjadi. *emo*. Baik, saya telah menyimpang cerita. Mari teruskan.


Selepas berjaya memasuki taman tema ini, perkara pertama yang saya dan ahli rombongan orang kampung lakukan adalah...


... baca peta, beb!
Senyum over sambil memegang peta adalah optional. (^__^)v


Ini kemestian bagi mereka yang sudah punya cadangan berkunjung ke USS. Taman tema ini besar woi~! Jangan berangan yang kita boleh tahu semua tempat. Lagi satu sebab pentingnya melihat peta adalah supaya kita (rakyat Malaysia yang muslim) mudah mencari tempat makan halal. Haaaa! Penting bukan?


Dan aktiviti selepas melihat peta itu, kami bergegas untuk..............................................


MAKAN!!!
Gedik betul. Sungguh beria-ria mahu masuk taman, makan dulu yang kau orang cari! Sebenarnya, kami (baca: saya) memang lapar. Waktu mereka sibuk bersarapan di rumah sebelum bertolak, perut saya tak mahu disumbat makanan. Jadi, oleh kerana saya mahu makan, yang lain pun lapar sama.
(~_____~)"
Mahunya tak lapar, lihat persembahan di bawah. Kami dihiburkan dengan ini sambil mulut penuh mengunyah caeser salad. Macam kat negara orang putih, you. LOL.



Lagu sedap, tapi............. silau mata.
(~_________________~)"

Haih~

Mari berlalu ke aktiviti seterusnya iaitu bergambar, bersiar-siar, menonton persembahan dan menaiki pelbagai permainan. Tapiiiiii..... gambar-gambar menaiki ride tak ada.
(~______~)"

Maaflah. Mana cukup keberanian saya menekan butang kamera ketika menaiki roller-coaster. Saya tak cool begitu sekali. Kegembiraan bergambar hanya seperti yang saya paparkan dibawah. Jom lihat!



Kenal Julie Andrews? Yang menyanyi lagu-lagu menarik dalam filem The Sound of Music.
Tak dapat jumpa in-person, tak dapat pergi Hall of Fame, bergambar sambil berangan di USS sudehhhh.
Haha~



Orang tinggi tu tak buat apa-apa. Mengapa kakak saya beria benar berlari?
*tepuk dahi*



Orang tinggi lagi, berlakon jadi firaun gamaknya.
Eih, konon gua takut lu tenung-tenung?



Gaya saya seperti sedang bergambar dengan artis, bukan?
(Y____Y)



Gambar ini membuat seorang rakan saya tertanya-tanya di mana sebelah lagi kaki saya.
*gulp*


Memang banyak sudut bergambar yang menarik di sana. Sungguh, tak tipu. Terlalu banyak. Jenuh I, sayang..... Penat I lari sana sini sebab nak bergambar di situ di sini. Akhirnya akur, jam sudah menginjak ke pukul 4 petang, kaki yang lenguh tak pandai menipu. Jadi saya melepak lama di kota Mesir - Ancient Egypt. Kasihan kaki saya.
Kemudian mengesot perlahan-lahan ke 'Hollywood' untuk ke 'set pergambaran' Steven Spielberg, menjenguk 'Gotham City' dan melihat 'Betty Boop' tergedik-gedik. Comel betul rambut dia! Hahah~


Kemudian kami langsung menuju ke kedai cenderamata dan borong apa yang sempat selepas puas bergambar. Jam sudah pun pukul 7.30 malam. Semua restoran mula tutup, persembahan pun tamat. Tapi rombongan orang kampung yang saya sertai ni tak reti keluar dari USS lagi???!


Bukan begitu, ahli rombongan bersiar-siar ringan setelah tersedar yang kaki masing-masing perlu rehat. Kah kah kah kah!!! Hahahahahaha~! Akibat kan?
Apapun, keseluruhan kunjungan kami ini dapat disimpulkan sebagai memuaskan. Kami mula bertolak pulang pada jam 8.30 malam dengan masing-masing sibuk bercerita pengalaman sesama sendiri.




Oh........ SABAR~~~~!!!
Siapa kata entri sudah dihujung-hujung?




Saya masih mahu kongsi sedikit gambaran taman tema Universal Studios Singapore sebagai panduan kalian yang masih belum ke sana dan sudah merancang ke sana.


Ada 6 kota - New York, Madagascar, The Lost World, Ancient Egypt, Sci-Fi City dan Hollywood - mempunyai tarikan tersendiri dan wajib dilawati. Ride yang paling sesuai dan mencabar buat pengunjung dewasa kebanyakannya adalah roller-coaster. Oh, bagi yang sudah tahu kewujudan roller-coaster Battlestar Galactica, sayang sekali kerana ia belum dibuka kepada umum. Kalau dah buka kelak, saya pun mahu pergi ke sana lagi. Yahooooooooooo~! Ngeh, ngeh~


Saya mahu kongsi sedikit gambar tempat-tempat menarik di Universal Studios Singapore. Mari scroll.



Mahligai syahdu yang Hattan nyanyi-nyanyikan, tahu? Hahahaha~
Far Far Away Park, an away view.


Ini kapal Madagascar.
Memang besar macam gergasi tapi ride didalamnya masih belum dibuka.
Haish~ (~~,)


Di 'The Lost World'.
Lihat, lihat ride di belakang dinasour berkepak. Hangpa berani cuba?


Kalau ada yang suka mengumpul cenderamata, di sana kalian akan rambang mata dan tersangat geram dengan barang-barang yang dijual. Menarik dan sangat-sangat cool! Ini betul! Tetapi ya, agak mahal berbanding harga biasa.

Hummmmm.... selain daripada yang saya ceritakan, di USS juga...........
(Entri ini terlalu panjang bukan? Bosan lagipun, kan?)
Janganlah berniat mahu melempang kerana saya membuang masa kalian dengan entri ini.


Baik, mohon maafkan saya kerana menghidang cerita tanpa faedah dan membosankan. Anggaplah ini luahan seorang wanita pelik dan patut dikasihani.
(T______T) <--- Pinjam emoticon favorite Husna Adnan.

Entri seterusnya akan ada sedikit tips menjaga kesihatan kucing pula. Ya, aw, aw! Yang berminat, boleh nantikan entri seterusnya ya.


Bye, bye, bye.
Jangan lupa doakan diri kalian sendiri sebelum mendoakan orang lain.
(^__^)V


***

Dec 21, 2010

Sneak Peek: Cerita Jakun


***

Oh, wow!



Inilah dia cerita saya, seorang manusia jakun yang baru menjejak kaki ke taman tema berkelas dunia katanya. Teruja. Saya suka sebab dapat pergi dengan Dewa Hati idaman kalbu (awwwwww) dan adik-beradik lain.

Inilah percutian saya untuk tahun 2010. Dah hujung tahun baru ingat yang masa bersuka ria jauh dari kesibukan bandaraya (Hakikat sebenar adalah tempat itu tak jauh dan tak aman damai, sila terima penipuan ini kerana saya hanya nak beritahu saya sudah berfoya-foya selepas sibuk bekerja saja selain berniat mahu membuat orang lain cemburu).

Oh, tetapi saya bukan dalam mood bercerita kali ini kerana saya MALAS. Hahaha, baik sangat perangai sekarang, sudah pandai malas taip panjang-panjang.

Mari tengok sahaja gambar manusia jakun yang sudah bersedia bergembira.



Suasana masih sejuk dan
berjaya tersenyum dengan tak tertahan-tahan.



Tunggulah entri seterusnya, InsyaAllah, saya tidak akan mungkir janji untuk ceritakan penglaman dan berkongsi tips bagi sesiapa yang bercita-cita hendak melawat tempat berfoya-foya ini. Banyak juga yang akan dapat saya kongsi, InsyaAllah, kerana saya berjaya tiba sebelum taman ini dibuka dan keluar selepas ia ditutup dan langit sudah gelap. Gembira benar kakiku kerana berjaya menunjukkan kehebatan meronda tanpa menggunakan kenderaan atau apa-apa alat pemudah pergerakan langsung selama lebih 12 jam. Hebat bukan?

Semua itu akan saya ceritakan nanti, saya janji. . . . . . . . . . .






Horray! Horray!
(Masih tergamak bersorak walaupun telah membuat sesiapa yang membaca entri ini meluat.)


Sekian.


***

Dec 16, 2010

Nostalgia 1

***

Kali ini saya agak bernostalgia. (~______~)


Jangan cuba mengejek. Saya manusia normal, kadang-kadang teringat kisah silam dan hati mula mengeluarkan sejenis signal, semua pergerakan jadi slow-motion. Dan muzik latar tinggal bunyi piano yang dimainkan perlahan. Eceh ceh...


Boleh sangat nak cari gayung atau halakan muka keluar tingkap untuk muntahkan isi perut yah.


Baiklah, saya tetap mahu tulis disini kerana saya khuatir ingatan saya hilang satu hari kelak dan ruginya saya pada waktu itu kerana tidak dapat menyemak semula isi otak saya ketika masih waras.


Ini kisah ketika saya masih kecil. Zaman mentah yang mana saya cuma tahu pergi sekolah, beg sekolah akan jadi ringan bila saya lulus peperiksaan dan naik darjah. Satu tahun, boleh kurangkan 500 gram berat beg, lebih kurang macam tu. Hahaha, si bendul!
Ya, ya, saya memang suka bertanya soalan pelik-pelik pada arwah bonda. Bila dia sudah muak menjawab, dia setuju sahaja dengan teori saya.

Oh... Kanak-kanak ini comel.


Contoh:
"Mak, kenapa Aina (nama kakak pertama) balik sekolah lambat tiap-tiap hari?"
"Sebab sekolah Aina jauh."
"Naik bas kan laju."
"Kadang-kadang bas sampai lambat."
"Aina pergi sekolah pagi-pagi, balik nak dekat Maghrib sebab dia takut panas, bukan?"


Arwah bonda saya mengangguk. Tandanya, saya takkan terima jawapan dia dan akan terus meneka jawapan tak masuk akal sampai arwah setuju.



Macam biasa di petang-petang hari, arwah bonda akan buat cekodok pisang atau goreng keropok ikan atau pisang goreng atau sediakan biskut kering atau goreng nugget atau masak bubur manis atau senang kata, menyediakan makanan petang. Kemudian kami anak-beranak duduk di hadapan beranda sambil minum kopi atau teh panas dan berbual seperti sebuah keluarga bahagia yang dalam drama-drama Melayu itu. Tapi ini bukan drama yah. Hehehehe~



Saya anak perempuan terakhir dalam keluarga, dua orang kakak saya agak jauh jarak usia. Dan, kerana kami lebih ramai. Wahahaha~ Women conquer the family.


Pada masa ini, dua adik lelaki saya masih kanak-kanak belum tumbuh gigi. Mereka girang berkejaran di beranda itu juga sambil saya mengambil kesempatan menyendeng pada arwah bonda. Comel. Kan, kan, kan? (^_______^)
Oh, silalah pengsan. Muahahahaha!


Sedang masing-masing kunyah makanan di satu petang. Arwah mak bersuara tiba-tiba.

"Anak-anak perempuan mak tak ada lagi yang pandai memasak. Nanti dah besar, orang lelaki tak mahu, baru tahu."



Itu dia!!!



Arwah bonda cuba menerapkan pemikiran auntie-auntie zaman Portugis menjajah Melaka. Kakak saya yang sulung mengerut dahi. Kakak yang nombor dua memang pandai buat muka macam tak dengar apa-apa.


Mungkinkah arwah berkata begitu kerana mahu kedua-dua kakak saya berasa seriau dan seram, kemudian berlari ke dapur untuk terus masak berjenis-jenis masakan dengan harapan jodoh akan tiba beberapa saat selepas itu. Haih~


Saya cuma senyap tau. Gila apa kau nak menjawab, nak kena tikam berulang-kali? Baru masuk sekolah rendah Tahap Satu, pandailah sangat nak komen hal kahwin?! Mata saya terkebil-kebil. Tunggu respons.



Untuk clarification, arwah bonda saya sedang menyindir kakak-kakak saya (dan mungkin saya juga) kerana tidak rajin ke dapur. Huhu~


Dan...


Ini jawapan kakak sulung saya, si Aina,
"Kalau lelaki tu nak saya pandai memasak, dia kena pandai buat rumah. Bukan beli hutang."



Bahu arwah terhenjut-henjut menahan ketawa. Kami pun gembira.
Serius, jawapan sengal. Janji dapat balas. Kah kah kah!!!





// Sekarang ini masa bukan dalam peredaran trend yang sama seperti zaman isteri-isteri tinggal di rumah, memasak, sang suami balik kerja, cuci tangan dan terus makan. Ini pandangan peribadi saya hari ini. Saya tidak gemar dengan penyataan "Perempuan kalau belajar tinggi-tinggi, ke dapur juga akhirnya. Itu akan buat saya membalas, "Lelaki tak payah tahu ke dapur sampai matikah?" Saya tidak biasa dengan lelaki begini kerana abah saya juga seorang yang boleh memasak. Dia tidak kekok membantu arwah bonda saya di dapur, malah arwah pernah ceritakan yang abah saya mengajarnya memasak beberapa jenis lauk juga saat mereka baru berkahwin dahulu. Manis bukan?



Indahnya mengenang masa yang lepas. Kan? Kan?
Tapi, hidup wajib diteruskan. Ayuh!!!


Bye. Nanti saya akan berangan lagi dan kongsi dengan kalian! Haha ha ha.


***

Dec 15, 2010

Berani buat harus berani tanggung, bukan?


***

Semakin hari, dunia semakin pelik.
Kalian tak percaya? Percayalah!


Bagi yang tidak tahu, saya seorang yang malas mengambil tahu hal-hal berkenaan orang lain seperti isu suka mengumpat-ngumpat, bercakap tentang kisah orang lain, kes mengaibkan manusia, tentang perangai orang yang tidak semenggah atau apa-apa yang seumpamanya.


Melainkan........

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

ia berkaitan secara langsung dengan diri saya.
(T____T)
Ini melampau, tahu!

Saya tidak mengganggu orang, kenapa mesti ganggu keamanan saya???!
"Jangan monyet, jangan...." <---- Pernah dengar dialog ini kan?



Mari scroll ke bawah.

.

.

.

Ini apa?! Ini apa?!



Ini pun!!! Wah, sudah lebih bukan?


Wahai blogger yang budiman, kamu harus tahu apa yang kamu lakukan tidak sepatutnya menggores orang lain. Buat apa hidup dalam dunia dan mencari pasal dengan manusia lain?


Lihat, saya mungkin tidak terkesan akan hal ini. Saya bukan siapa-siapa.
Tetapi, entri-entri dari blog yang punya nama seperti Bahruddin Bekri, Nazri M. Annuar dan Husna Adnan tidak wajar kamu ciplak. Ini memalukan.
Atau sebenarnya kamu tidak sedar ini semua?



Baiklah...
Ini bukan amaran atau entri menyuarakan kemarahan. Saya cuma terasa pelik dan sedikit terkejut. Namun, terpulang kembali pada pemilik blog untuk bertindak atas hal ini. Jika mahu diteruskan blog sedemikian, terpulanglah.
Akhir kata, selamat berfikir sedalam-dalamnya.



Selamat berbahagia dan hidup baik-baik.


Bye.
^___^


***

Dec 12, 2010

Lambakkan Cerita

***

Assalammualaikum.

Saya suka Disember tahun ini. Wah~ Tiba-tiba saya sangat positif pada pagi Ahad yang tenang. Amin.


Dalam beberapa hari yang sukar melayan gundah hati kerana perlakuan beberapa manusia terhadap saya, saya tetap positif. Ini sudah bagus, bukan? Oh, buat mereka-mereka yang mendendami saya, ada pesanan ingin dikongsi. Walaupun saya sendirian menghadapi kerenah kalian, kalian tidak tahu saya punya pembakar semangat yang lebih ramai dari kalian bertiga..... atau.... berempat???.
InsyaAllah, saya mohon diberi kekuatan menghadapi cabaran begini. Terima kasih buat Syafiq, Cik Azzah Abdul Rahman, Cikpuan Zalila Isa dan sahabat lain yang sudi memberi perhatian pada masalah yang saya hadapi.


Mari bergerak ke cerita lain yang lebih menggembirakan.


Seperti yang saya katakan, saya benar-benar bersemangat mahu menyertai kempen Baca@LRT pada 5 Disember lalu. Ya, Allah makbulkan rancangan saya dan.......... saya tiba lewat dari yang sepatutnya. Hebat!!! Orang lain membaca dalam LRT, saya Baca@Kereta. Jangan bohonglah engkau, berbual dalam kereta, mana ada membaca.

Tapi, memang seronok dapat bertemu muka dengan beberapa rakan penulis. Juga, dapat menjengah BookXcess buat pertama kali dan terus jadi jakun sebab buku terlalu murah. Saya terjumpa Zaki Zainol di sana yang terus sudi jadi peneman saya membelek buku. Puaslah dia mengejar saya kerana asyik meluru ke sana sini apabila ternampak buku-buku menarik. Haih~

Gila best woo! Tak percaya? Saya berani cakap BookXcess itu akan buat ulat-ulat buku ketagih. Dan ya, kalau mahu cari novel bahasa Inggeris dengan harga borong, saya cadangkan kalian pergilah ke sana dengan membawa beg besar. Kalau tak, akan menyesal macam saya kerana terpaksa menahan gelojak nafsu membeli.


Ha, tengok hasil tangkapan saya di BookXcess.


Ini saja yang dapat saya kutip kerana kekangan berat bebanan lain yang dibawa daripada JB lagi.


Dua buku yang saya beli tu adalah versi hardcover. Berbaloi woi~ RM19.90 satu, mana pernah ada? Paulo Coelho lagi tu. Ini semua novel yang sudah lama terbit, tapi saya tak berkesempatan beli awal-awal.


Kesimpulannya, saya hanya dapat menyertai team Baca@LRT semasa mereka berkumpul di BookXcess. Jadilah...
Apapun, terima kasih pada Tuan Zamri Mohammad yang tersengat mesra menyambut kedatangan saya, seorang editor pemalas dan baru kali pertama menyertainya.


Wajah beberapa peserta yang sempat saya bergambar bersama di stesen LRT Gombak sebelum pulang ke destinasi masing-masing.



Sehari sebelum acara itu, ada antara kami yang sudah pun bertemu muka di Pontian, Johor kerana menghadiri majlis kesyukuran perkahwinan Tuan Sallehuddin yang juga seorang editor di PTS NetMedia.


"Tunjuk pada pengantin." kata jurugambar. Salleh langsung pose dengan senyum comel.
Kah kah kah.


Gagah juga Faiizah, Gee dan Zaki Zainol ke Pontian pada 4 Disember, pulang ke Kuala Lumpur semula dan esoknya menyertai Baca@LRT.


Apapun, saya bersyukur punya kesempatan lagi berjumpa dengan mereka-mereka ini. Bikin ceria hati.


Itu semua baru cerita hujung minggu pertama Disember ini. Minggu kedua pun muncul dengan anggun dan ceria. Apabila matahari baru mula muncul, burung-burung pun mula berdecip, boleh dengar dengan jelas kerana mereka ada di tingkap bilik saya. Chewah~ Ini ayat untuk memanjangkan karangan sambil dengan harapan pembaca akan tersentuh dengan penjelasan ala-ala romantis. Blah!


Hujung minggu bagi kebanyakan orang yang bekerja memang ditunggu-tunggu, macam saya juga. Hari Sabtu paling seronok, boleh bermalas-malas atas katil lebih lama dan keluar bersiar-siar samapai lenguh kaki pun tak payah nak risau. Sebab esoknya masih cuti, boleh rehatkan kaki pula.


Tapi semalam, saya pergi menguruskan hal penting pada Sabtu nan indah.

Bikin pasport.



Inilah buktinya. Wowowowo~
(T_________T)


Haaaaa! Ambik kau!
Dulu-dulu tak mahu buat pasport di tempat yang lengang. Sekarang, rasakan beratur gila awal dan kena tunggu gila lama. Tapi, saya puas hati. Pegawai-pegawai imigresen di sini sudah biasa melayan ramai pelanggan tiap-tiap masa agaknya. Mereka memberi penerangan dengan jelas dan cekap betul.


Memang ada beza Jabatan Imigresen di cawangan sibuk dan tak sibuk. Beberapa bulan lepas, saya menemani Dewa Hati ke Kompleks PKNS Shah Alam bagi urusan sama. Kurang dari 20 orang pelanggan, memang lengang. Kami tiba jam 11 pagi, proses selesai jam 2 petang. Tapi, pegawainya kasar memberi penerangan, cuma kerana alamat yang kami letakkan pada borang itu.


Oh ya, bercakap tentang alamat. Saya pun keliru, dalam borang itu mahu alamat semasa pemohon. Dewa Hati saya memang beralamat di Johor (dah kerja kat Johor Bahru, takkanlah tinggal di Ampang kan?), tapi pegawai itu mahu alamat dalam negeri Selangor juga. Yang membuat saya terfikir, Jabatan Imigresen beroperasi ikut negeri kah? Nama pun Jabatan Imigresen Malaysia. Laman web rasmi pun cuma menyatakan pemohon perlu hadir ke Pejabat Imigresen (tak ada perkataan 'terdekat'). Ada siapa-siapa yang punya maklumat?


Berbalik cerita di Pejabat Imigresen Pekan Rabu semalam, saya menghabiskan lebih kurang 5 jam setengah untuk menyelesaikan urusan yang satu. Alhamdulillah, semuanya selesai.





Dan jom bersurai. Sebab entri ini melampau panjang dan melampau bosan.


^________^ Bye.
Jaga diri baik-baik ya.


***