Sep 20, 2011

Hujung bulan


***


Salam Syawal...
Eceh, padahal bulan Syawal dah nak ucap bye-bye.
Siapa lagi masih menyambut hari raya Aidilfitri? Siapa?

Saya jangka, kunjungan dan ucapan terakhir saya pada Syawal kali ini adalah pada 2 hari lepas - 18 September 2012. Rumah terbuka terakhir yang saya hadiri di Johor Bahru. Fuhh... Punyalah raya! Sampai dah hampir hujung-hujung Syawal pun masih tak habis raya.

Saya punya aktiviti sepanjang raya ini pun boleh tahan banyak. Nak tengok? Hahaha...
Cerita raya dalam entri hujung-hujung Syawal? Kenapa dengan engkau?


Pedulilah kan? Saya teruskan juga sebab saya dah tahu masak nasi beriyani sejak hari raya yang lalu. Keh keh keh! Berlagaklah saya kerana dah pandai masak masakan orang hebat-hebat. Chewah!




Hah! Tak percaya?
Memang saya masak....

dengan kerjasama adik-beradik yang lain pada malam raya.


(T________________________T)





Okey, okey, kali ini saya tak menipu.....





Jeng... jeng... jeng...



Ini memang hasil kerja saya. Serius tau!
(Y_______Y)
Jangan nak kecam sangat ya. Saya bukan wanita yang tak tahu buat apa-apa langsung.......



Sambutan hari raya keluarga saya memang padat. Padat dengan menu dan padat dengan aktiviti beraya ke pelbagai destinasi. Oleh sebab saya sudah ketiadaan bonda, juadah raya haruslah kami adik-beradik sediakan sendiri. Memang takkan sesedap masakan arwah bonda, tapi boleh juga dimakan. Kira okeylah kan? Kemudian, kami satu keluarga beraya di kampung asal arwah bonda di Muar pula.

Saya pulang ke JB tiga hari sebelum cuti berakhir dan sambung berjalan dengan rakan-rakan dan Dewa Hati pula di sini. Bukan setakat mengunjung sana sini untuk beraya dan pergi rumah terbuka je, ada majlis walimah sekali.




Majlis walimah rakan kepada rakan saya di Pontian.


Rakan sejawat ketika di PTS dahulu, Tuan Syafiq yang mengajak saya ke Pontian. Jauh perjalanan luas pemandangan kononnya, saya pun gembiralah nak ikut. Baru dua kali saya sampai ke daerah Pontian tu tau, dua-dua kali pun sebab nak pergi kenduri pernikahan. Sepanjang perjalanan balik, saya dan Tuan Syafiq asyik tertoleh kiri kanan sebab terpegun tengok rumah-rumah kampung yang lebih gah daripada rumah teres di bandar-bandar. Rekabentuk rumah lama ke, moden ke, mesti halaman rumah yang luas. Suka!
Terus hati saya berangan sekejap nak tinggal di kawasan kampung begitu. Hahaha, mampu berangan-angan sajalah layaknya!

Esoknya, pejabat saya dah beroperasi semula dan seluruh warga pejabat yang tak berapa ramai tu gigih merancang nak adakan pot luck raya di pejabat. Kerana masih bujang, saya diamanahkan membawa hidangan yang mudah untuk disediakan yakni NASI IMPIT SEGERA. Weeeehoooo! Nak buat ketupat dik oii, jenuh nak merebus sorang-sorang.
(T____T) Bye....



Yang penting, kutipan duit raya sangat memberangsangkan!
Terima kasih, rakan pejabat yang budiman!


Selepas kejadian-kejadian utama sepanjang bulan Syawal di atas, aktiviti kebiasaan dalam sambutan Aidilfitri memang banyak juga. Over gigihlah kan nak bagitau semua, ingat ni laporan raya individu ke? (~~,)


Okey, diri saya sendiri kena lupuskan mood raya dengan cepat! Kerja pejabat yang setinggi Gunung Tahan sikit masa lagi nak merempuh tubuh sehalus lidi ini.... Woooooowooowooo~

Kejamnya!

///(*___*)\\\

*cengkam rambut, telinga, kepala dan tengkorak sekaligus!*




Dah, tak payah nak raya je Cik Ainn. Kurang dua bulan lagi, umat Islam menyambut hari raya Aidiladha pula. Ha, kan? Cepatnya masa berlalu.
Para jemaah haji tahun ini mesti sedang sibuk mempersiapkan diri bagi mengerjakan rukun Islam kelima itu. Termasuklah seorang rakan saya yang dapat menyertai kumpulan wartawan membuat liputan di sana. Bertuahnya badan!!!

Oh.... Mudah-mudahan akan datang rezeki saya pula selepas ini untuk mengerjakan ibadat di Tanah Suci. Amin, amin, amin...



Bye semua.
Semoga Allah sentiasa memberikan keceriaan dan ketenangan hati buat kita semua. Amin....


***

Sep 15, 2011

Jika gagal. (Y_Y)


***

Assalammu 'alaykum.

Semalam baru menulis, hari ini menulis lagi. Anehnya! Mesti ada sesuatu kan?
Hehehe. Asalkan berkelakuan tak macam kebiasaan, kita mesti dikatakan 'pasti ada sesuatu', bukan?

Ya, mungkin ada betulnya.

Saya sedang kerisauan, takut dan celaru.
Diri saya, badan saya, fikiran saya tidak begitu tenang. Sejak beberapa hari lepas sebenarnya. Penyebabnya yang tepat saya tak tahu tapi ini berkemungkinan besar berpunca dari kerisauan saya dengan bebanan tugas di pejabat.
No 1 No No 1
Tinggal beberapa hari lagi tugas berat macam berbelas-belas guni beras mula menghurung dan seterusnya mengurung saya dalam kesibukan teramat sangat. ← Kena potong sebab tidak gramatis. Hanya satu kata penguat boleh digunakan dalam satu ayat. Editor sangatlah kononnya!

Ok, serius. Tugas baru ini sukar! Saya yakin ia berat dilaksanakan. Tetapi saya bukan mencari jalan keluar, tapi ini masa saya yang mahu menyahut cabaran dengan bersemangat, melalui onak liku ranjau disepanjangnya dengan tenang dan dapat menyudahkan dengan cemerlang. Tetapi........ Mampu ke saya, wanita kurus dan cengeng ini?
No 1 No No 1
Tak yakin...

... sampai saya men'google' kata-kata semangat untuk diri sendiri.
Dan saya pilih kata pendorong ini : Setiap kali kita mencuba melakukan, setiap kali itu kita menghampiri kejayaan sekalipun ada cubaan-cubaan kita yang gagal.
Yes 1Yippa!!


Situasi 1
Konon-kononnya, bayangkan saya mengelak dari melakukannya. Di masa mendatang, tugas sama saya terima lagi, sudah tentu-tentu saya terbeban melaksanakannya kerana itulah kali pertama melakukannya.
Mungkin juga ada potensi saya menolak atau mengelak dari membuat tugas itu.

Situasi 2
Tetapi sekarang ini saya sudah berjanji menerima tugas itu dan katakanlah pula saya gagal menjalankannya. Kemudian, di masa depan kena melaksanakan tugas sama, pasti kegagalan tugas sekarang saya dapat jadikan panduan melaksanakannya. Bukan?

Situasi 3
Sudah tiada lagi situasi-situasi rekaan.


Kering idea sebab keserabutan fikiran. (T_______T)
Cukuplah saya kongsi dua contoh berkenaan kejayaan/kegagalan ya...


Padahal setakat bagi contoh ringkas macam tuang air dalam cawan je, tak payah bagi contohlah. Haaa, kau asyik cakap tugas mencabar sangatlah, uji kemampuanlah, berat dipikullah, entah apa-apa bagai. Tugas apa sebenarnya? Kau kena memanjat Menara KL untuk mengecat ke? Berenang merentas Selat Melaka? Menulis novel tetralogi 11 ribu muka surat ke? Cuba bagitau aku, nak...


Ewah! Contoh tugas kau sebut boleh tahan mencabar ek. Dan sedikit sebanyak telah mencabar kesabaran aku. (>.<) huh!


Baiklah.
Tugas itu adalah menghasilkan buku panduan setebal 20-30 muka surat bagi pengguna set Home Theater. Pernah dengar? Ya, itulah tugas saya sempena kemasukan projek baru bermula bulan ini......

Yelah. Kecamlah kalau anda nak kecam sangat! Memang sebab buku nipis inilah saya tak keruan, macam loser eh? Fine!


Memang betul pun buku panduan pengguna atau biasa dipanggil manual instruction nipis dan isinya tidaklah panjang buku-buku yang pernah saya uruskan dan edit ketika bertugas di PTS Publications dahulu.



Inilah rupa buku-buku yang saya edit sekarang.
Tak ada design-design cover, tak ada suntingan kreatif.
Semuanya teknikal semata-mata. (T__T)


Bagi menghasilkan satu-satu buku panduan pengguna sebegini biasanya melalui proses R&D serta editing biasanya memakan masa 60-90 hari, dan prosesnya amat kompleks. Tahun lalu saya diberi peluang menguruskan buku panduan pengguna bagi set home theater gred rendah (low-end models) sebagai permulaan.

Bulan ini, projek sama untuk produk keluaran tahun 2012 bermula. Tetapi kali ini saya perlu develop buku panduan model-model utama pula tau! Susah, tau tak?

Scared
Saya dah nervous melampau sekarang!
Stres! Stres! Stres!
...

Bye sahajalah dulu ya......... tak boleh nak berfikir lagi! Duh


Semoga yang membaca entri ini dapat bergembira di hujung minggu nanti dan janganlah lupakan saya yang sedang beremosi hal kerja di hari cuti. (Y__Y)

Wassalam..


***

Sep 14, 2011

Kekucing: Guci Loya-loya!

***


Assalammualaikum...

Ini adalah entri tentang kucing. Bagi yang tak sukakan kucing, geli pada kucing, takutkan kucing dan tidak mahu ambil berat hal kucing, entri ini tidak sesuai dibaca ya.
Awal-awal entri, dah pun serius lain macam. Apa pasal?


Okey, ada tahu perkembangan terbaru kekucing saya?
Manalah nak tahu ek, kucing-kucingku bukan ada akaun Twitter atau FB untuk laporkan perkembangan terkini. Sengal ubi. (-__-)


Seperti diketahui beberapa belas orang, saya membela dua ekor kucing betina baka domestik. Atau biasa kita panggil kucing kampung. Bagi nampak lebih kelas, sebutlah 'kucing domestik' ek?Dah hampir berusia dua tahun pun. Ohoi, cepatnya dewasa!
Ada sedikit info kesihatan kucing yang BAHARU saya ambil tahu & nak kongsi-kongsi. :)


Meh tatap gambar kucing-kucing saya yang membesar dengan anggun dan menawan atas usaha tuan mereka yang berwajah manis dan sangat baik hati. Hahah, pun sempat puji diri sendiri!

Kiri: Gypsy / Kanan: Guci



Tiga minggu lepas (kalau tak silaplah), Guci, kucing saya yang lemah-lembut dan manja mengalami muntah-muntah. Banyak oi! Masa itu saya baru pulang dari pejabat. Huhuhu, pulang bekerja disambut dengan tugas bersihkan lantai rumah. Penat pun penatlah, tapi rasa kasihan dan risaukan kesihatan Guci lagi tebal. (T_____T)
Tambah risaukan saya, tiga ke empat minggu sebelumnya Gypsy ada muntah-muntah juga.


Sesiapa yang teka haiwan belaan saya mengandung adalah salah. Hehehehe. Mereka muntah-muntah kerana sakit kerana memang nampak seksa betul mereka nak mengeluarkan muntah. Kesiaaaaann....


Sumber

Hack! Hack! Hack!

(Bunyi kucing memuntahkan isi perut)


Saya dah serupa wanita beranak dua, risau memikirkan apa yang tak kena. Sedih hati mengingat kalau-kalau Guci & Gypsy tengah tanggung rasa sakit di mana-mana bahagian tubuh mereka. Memang haiwan tak ada perasaan tapi kita tak punya hak menafikan kebajikan mereka, kan? Kerana dibelenggu risau, saya bertungkus-lumus mendapatkan khidmat Google - penjaga kucing yang amat berdedikasi dan berinisiatif! Over kan. Padahal sejak bela Guci & Gypsy ni, aku cipta sendiri satu prinsip - klinik veterinar swasta adalah last resort bagi merawat kucing-kucing saya. Pandai-pandai je saya reka prinsip membela kucing.

Berbalik pada masalah kesihatan Guci & Gypsy.
Malam itu saya berjaya mencari maklumat. Mestilah! Internet tu apa yang tak ada, kan?! Siap 'makanan' yang dimuntahkan Guci saya teliti sebab nak padankan dengan gambar di internet.
Tak payah nak EWWWWW sangat, entri ni bukan untuk bacaan sesiapa yang cepat geli, loya, nak muntah dan sebagainya.
Okey, teruskan meng'Google' lagi......



Hasil 'penyelidikan' pantas, ringkas, lengkap dan tanpa tauliah, saya dapat mengenalpasti masalah yang Guci & Gypsy hadapi.


Ia adalah masalah....

HAIRBALL



Yeay! Bangga sikit dapat cari jawapan sendiri. Boleh jadi jawapan 'kajian' saya tak tepat, tapi...... saya bangga jugak. Saya yakin jawapan tu betul.
Bersungguh betul, semangat la konon. Kasihanlah ini perempuan...!



Apakah hairball?


Notis di atas jelas menggambarkan saya seorang yang memahami dan bertolak-ansur. Saya tak mahu ada keyboard laptop atau desktop, skrin tablet atau smartphone disimbahi muntah ketika kalian melihat gambar hairball di blog ini.

Baiklah, ke topik utama....

Hairball ialah bebola bulu (sumber terjemahan - Packaging Frieskies). Hahahaha!
Hairball bermula daripada bulu-bulu yang ditelan oleh kucing kita dan ia dimuntahkan selepas sistem tubuh kucing kita tidak dapat mencernakannya. Hairball dikatakan sebagai kesan sampingan sifat pembersih kucing.

Bagaimana hairball terbentuk?

Sememangnya tabiat kucing kerap menjilat bulu-bulunya bagi membersihkan diri namun mereka turut menelan bulu-bulu yang hampir gugur atau longgar. Apabila semakin banyak bulu-bulu terkumpul dalam perut, ia mampu menyekat usus atau saluran penghadaman kucing. Pada tahap inilah Guci muntahkan hairball yang tak bulat macam ball/bola. Ia berbentuk silinder, tak berbau dan warnanya seakan-akan warna bulu kucing kita.

Adakah hairball bahaya kepada semua kucing?

Adalah normal bagi semua jenis kucing mengeluarkan hairball paling kerap 3 kali sebulan. Bagaimanapun ia menjadi BAHAYA apabila hairball mengganggu sistem penghadaman. Tiga kategori kucing yang berisiko menghadapi masalah hairball dibawah.
  • Bagi kucing-kucing yang bebas di luar jarang mengalami masalah hairball. Kucing seperti Guci & Gypsy yang saya besarkan secara indoor sejak lahir memang berisiko menghadapi masalah hairball. Ini disebabkan kucing outdoor kurang menelan bulu-bulu mereka yang telah gugur di kawasan terbuka tetapi kucing indoor terdedah pada risiko menelan bulu yang bertebaran di dalam rumah itu sendiri.
    (T_______T)
    Kasihaaaaaannn...

    Lebihkan kasihan pada tuannya masa baru-baru membela Guci & Gypsy, kali pertama nampak packaging makanan kucing tercatat perkataan "Hairball", saya sangka itu nama timangan untuk kucing yang berbulu lebat dan berbadan bulat. Serius tau! Sebab saya tengok gambar kucing pada satu packaging tu. Dua tiga kali ke kedai yang sama, h
    ati saya pernah terdetik, "Kucing Hairball ni mesti special teramat. Semua jenama ada keluarkan makanan khas untuk baka dia." Kesian, kan?
    (T________T)

  • Baka kucing yang berbulu panjang, tebal dan gebu antara yang berisiko menghadapi masalah hairball. Bulu mereka perlu kerap diberus supaya mereka tidak menelan bulu-bulu yang telah gugur atau longgar.
    Macam kucing baka Maine Coon, bulu subur melampau dan agak kenyang juga kot kalau dia telan bulu sendiri sambil bersihkan badan. Hahaha.
  • Kucing yang banyak menghabiskan masa berdandan sendiri (HAH! Tuan pergi kerja, kucing berdandan di rumah. Kelas!). Mereka juga ada risiko mendapat masalah hairball, mesti bagi perhatian ya.
    Contohnya, kucing indoor yang tidak aktif atau kerap tinggal sendirian. Kucing begini mungkin menghabiskan masa dengan berehat dan tidur, dalam keadaan beginilah kucing rajin menjilat-jilat tubuh mereka berulang kali.
    Melimpah-ruah air liur kau, tak kering ke membersihkan bulu berbulan-bulan. (~~,)

Cara mencegah dan merawat kucing kita daripada hairball.

Sekarang, serius perlu uruskan masalah hairball. Senarai di bawah ini saya dapatkan daripada beberapa artikel pencegahan dan rawatan hairball.

  • Sikatlah bulu dengan kerap dan berus gigi kucing kesayangan kita yang manja dan suka memberus gigi.
    Menyikat bulu memang tak mustahil, hari-hari pun masih sanggup. (^_^)
    Tapi, memberus gigi haiwan comel itu adalah tugas mencabar tau. Kalau semua kucing dalam Malaysia serupa dengan perangai Guci & Gypsy, berundur sebelum menyesal lagi bagus.
    Guci & Gypsy tu ada potensi memberi saya cakaran lurus 3 kuku dahi ke rahang kot. Kucingku derhaka!!!

    Sesiapa sudi kongsi tip berus gigi kucing, sudi-sudikanlah ya! :)

  • Dapatkan ubat rawatan hairball.
    Ubat rawatan hairball tak pernah lagi saya jumpa, sebab belum pernah cari. Hehe. Tapi memang petshop yang besar atau yang ada banyak chain store ada menjual ubat-ubatan dan makanan kesihatan kucing.
  • Berikan makanan formula mengawal hairball.
    Seperti yang saya karutkan di atas, hampir semua jenama makanan kucing ada makanan berformula bagi khas untuk mengawal hairball. Dari jenama premium hingga ke jenama komersil, semua ada.

    Saya kongsi sikit cerita, masalah hairball Guci saya rawat dengan memberikan makanan formula hairball dan masalah muntah-muntah tak berulang lagi. Alhamdulillah.


    Berikan kucing kita makanan premium dengan formula hairball regulation sekaligus supaya masalah hairball dapat dicegah awal. Jenama Royal Canin ini memang mahal, jenama premium lain macam IAMS, Science Plan, Blackwood dan lain lagi biasanya menawarkan banyak manfaat berbanding jenama komersil. d(^_^)b


  • Pastikan rumah kerap dibersihkan.
    Ini penting bagi kucing-kucing yang tinggal indoor sepenuh masa. Lantai perlu kerap disapu dan dimop kerana kucing memang selalu baring-baring di lantai dan bulu-bulu mereka mesti tergugur di sana sini. Mungkin ini bukan faktor utama masalah hairball terjadi, tetapi ini pun usaha mencegah juga. :)



Okeylah, ini sahaja setakat ini, semoga informasi ini membantu. Kalau ada bahagian yang kurang atau tersilap, maaf ya. ^__^
Selamat berhari Rabu. Semoga kerja di pejabat yang sudah mula menonjolkan diri dapat saya laksanakan sebaiknya. Amin Ya Rabb.



* *

p/s: Ada satu penyakit di kalangan manusia yang serupa dengan masalah hairball kucing tau. Rapunzel syndrome nama dia. (o.O)




***