Sep 20, 2011

Hujung bulan


***


Salam Syawal...
Eceh, padahal bulan Syawal dah nak ucap bye-bye.
Siapa lagi masih menyambut hari raya Aidilfitri? Siapa?

Saya jangka, kunjungan dan ucapan terakhir saya pada Syawal kali ini adalah pada 2 hari lepas - 18 September 2012. Rumah terbuka terakhir yang saya hadiri di Johor Bahru. Fuhh... Punyalah raya! Sampai dah hampir hujung-hujung Syawal pun masih tak habis raya.

Saya punya aktiviti sepanjang raya ini pun boleh tahan banyak. Nak tengok? Hahaha...
Cerita raya dalam entri hujung-hujung Syawal? Kenapa dengan engkau?


Pedulilah kan? Saya teruskan juga sebab saya dah tahu masak nasi beriyani sejak hari raya yang lalu. Keh keh keh! Berlagaklah saya kerana dah pandai masak masakan orang hebat-hebat. Chewah!




Hah! Tak percaya?
Memang saya masak....

dengan kerjasama adik-beradik yang lain pada malam raya.


(T________________________T)





Okey, okey, kali ini saya tak menipu.....





Jeng... jeng... jeng...



Ini memang hasil kerja saya. Serius tau!
(Y_______Y)
Jangan nak kecam sangat ya. Saya bukan wanita yang tak tahu buat apa-apa langsung.......



Sambutan hari raya keluarga saya memang padat. Padat dengan menu dan padat dengan aktiviti beraya ke pelbagai destinasi. Oleh sebab saya sudah ketiadaan bonda, juadah raya haruslah kami adik-beradik sediakan sendiri. Memang takkan sesedap masakan arwah bonda, tapi boleh juga dimakan. Kira okeylah kan? Kemudian, kami satu keluarga beraya di kampung asal arwah bonda di Muar pula.

Saya pulang ke JB tiga hari sebelum cuti berakhir dan sambung berjalan dengan rakan-rakan dan Dewa Hati pula di sini. Bukan setakat mengunjung sana sini untuk beraya dan pergi rumah terbuka je, ada majlis walimah sekali.




Majlis walimah rakan kepada rakan saya di Pontian.


Rakan sejawat ketika di PTS dahulu, Tuan Syafiq yang mengajak saya ke Pontian. Jauh perjalanan luas pemandangan kononnya, saya pun gembiralah nak ikut. Baru dua kali saya sampai ke daerah Pontian tu tau, dua-dua kali pun sebab nak pergi kenduri pernikahan. Sepanjang perjalanan balik, saya dan Tuan Syafiq asyik tertoleh kiri kanan sebab terpegun tengok rumah-rumah kampung yang lebih gah daripada rumah teres di bandar-bandar. Rekabentuk rumah lama ke, moden ke, mesti halaman rumah yang luas. Suka!
Terus hati saya berangan sekejap nak tinggal di kawasan kampung begitu. Hahaha, mampu berangan-angan sajalah layaknya!

Esoknya, pejabat saya dah beroperasi semula dan seluruh warga pejabat yang tak berapa ramai tu gigih merancang nak adakan pot luck raya di pejabat. Kerana masih bujang, saya diamanahkan membawa hidangan yang mudah untuk disediakan yakni NASI IMPIT SEGERA. Weeeehoooo! Nak buat ketupat dik oii, jenuh nak merebus sorang-sorang.
(T____T) Bye....



Yang penting, kutipan duit raya sangat memberangsangkan!
Terima kasih, rakan pejabat yang budiman!


Selepas kejadian-kejadian utama sepanjang bulan Syawal di atas, aktiviti kebiasaan dalam sambutan Aidilfitri memang banyak juga. Over gigihlah kan nak bagitau semua, ingat ni laporan raya individu ke? (~~,)


Okey, diri saya sendiri kena lupuskan mood raya dengan cepat! Kerja pejabat yang setinggi Gunung Tahan sikit masa lagi nak merempuh tubuh sehalus lidi ini.... Woooooowooowooo~

Kejamnya!

///(*___*)\\\

*cengkam rambut, telinga, kepala dan tengkorak sekaligus!*




Dah, tak payah nak raya je Cik Ainn. Kurang dua bulan lagi, umat Islam menyambut hari raya Aidiladha pula. Ha, kan? Cepatnya masa berlalu.
Para jemaah haji tahun ini mesti sedang sibuk mempersiapkan diri bagi mengerjakan rukun Islam kelima itu. Termasuklah seorang rakan saya yang dapat menyertai kumpulan wartawan membuat liputan di sana. Bertuahnya badan!!!

Oh.... Mudah-mudahan akan datang rezeki saya pula selepas ini untuk mengerjakan ibadat di Tanah Suci. Amin, amin, amin...



Bye semua.
Semoga Allah sentiasa memberikan keceriaan dan ketenangan hati buat kita semua. Amin....


***

No comments:

Post a Comment