Feb 13, 2011

Hal biasa-biasa

***

Salam sayang semua..... V(^_^)V

Lama saya bertapa. Bukan? Macam sudah pulang ke Ampang dan tak kembali ke Johor Bahru pula. Wah, bagus kalau begitu. Saya rindu kehidupan lama di sana....

Ahh, sudah-sudahlah merindu barang lalu..... Teruskan hidup, Cik Ainn.

Saya demam sebenarnya, agak lama. Selsema datang dulu sebelum tekak perit-perit. Kemudian batuk mula berkawan dan demam datang selang sehari kemudian. Tekak yang hampir pulih pun kembali singgah sebab kawannya, si demam ada pada saya.

Baru saya timbang berat yang sudah naik 2 kilo, sekarang confirm-confirmlah berat susut semula. Macam itulah selalunya barat badan saya ini. Haih~ Degil!



*nangis*




Mood menulis memang hilang, jangan cakaplah. Hari-hari cari ubat hilangkan demam tapi hari-hari menadah tubuh pada pendingin hawa di pejabat, jangan tanya mengapa demam susah kebah.

Hari ini badan saya sudah kian sihat. InsyaAllah. Harap betul-betul akan sihat. Weeee~



Bulan Februari tinggal separuh lagi untuk ditempuhi, saya sudah ada nekad baru. Kali ini betul-betul nekad demi, InsyaAllah, mengejar redha Allah. Saya mahu mulakan semula semua. Biar susah, biar berdikit. Tapi saya cume yakin dengan tuhan kita semua, yakni Allah.

Kelak, akan saya terangkan lanjut bila langkah sudah dimulakan. Saya yang tidak sabar biar tidak disokong insan-insan tertentu. Saya nekad.



Moga semua hal yang baik-baik terus menyinggahi hidup saya.
Amin.
(^______________________^)



***

Feb 2, 2011

Mahu balik kampung, tapi sempat imbau kenangan dulu

***


Hai, hai, hai...
Salam hari Rabu semua. Wahahaha~ Syok beb dapat cuti panjang sampai Rabu minggu depan. Kalah kaum Cina sendiri yang cuti beraya.

Hari ini saya dah mula bercuti tapi masih ada di Bandaraya Johor Bahru. Apasal tak balik kampung halaman? Lupa daratan?! Ahah, mana mungkin. Saya sudah sediakan senarai perkara yang perlu dilakukan dan tempat yang perlu dituju sepanjang berada di Kuala Lumpur nanti. Sekarang sedang bersiap-sedia tunggu Dewa Hati datang menjemput untuk bertolak ke sana. Weeeeeeeehoooo~

Serius! Saya rindu tinggal di sana. Dahulu zaman awal remaja, saya sibuk teringin bersekolah asrama luar bandar. Tapi sebab kurang cerdik, saya tak layak pun memohon mana-mana sekolah berasrama, sekolah taman sudehhhh.

Bila tamat SPM, lagi sekali saya cakap pada keluarga saya mahu sambung belajar di luar Kuala Lumpur. Tapi tawaran masuk ke tingkatan 6 sudah pun saya terima dan saya mahu challenge diri sendiri kononnya dengan mengambil periksa STPM. Serius! Gila susah bai. Buku matapelajaran Sejarah ada empat, bukan sahaja berat dipikul, tapi berat juga nak dihafal.
(T_______T)
Alhamdulillah, saya lulus seadanya. Chewah! Subjek Ekonomi yang paling saya tak terer - kerana semua keluk saya anggap sama je maksudnya - pun saya lulus okeyyyyy!
(^_______^) Bangga dengan diri sendiri walhal tak cemerlang mana pun.

Tamat STPM, saya tekad mahu belajar jauh dari Ampang.

Yeay! Saya berjaya akhirnya, memasuki UiTM di....


SHAH ALAM.
(Kasihan ini wanita, serupa katak bawah tempurung)

First time tak tinggal dengan keluarga, satu minggu homesick bai. Wahahaha~ Selamba tak pergi kelas kerana dok bersedih dok jauh (konon) dari keluarga. Dalam banyak-banyak subjek, saya benci melukis kerana pensyarah saya tak sukakan orang Kuala Lumpur. Menjengkelkan bukan?Hanya dua orang pelajar dari Kuala Lumpur dalam kelas itu, saya antara yang tertindas. Jahat! Sudahlah homesick memanjang, psikologi juga dicabar. Hampir tamat semester pertama, saya pergi jumpa Ketua Program Perancangan Bandar & Wilayah di FSPU UiTM (lupa namanya, tuan ini baik dan gentleman gitu. Ngeh~).

"Saya mahu berhenti belajar kursus ini, sebab saya nak tukar kursus."


Hooooyeah!!! Berjaya keluar dari kemelut sosial dan akademik yang dibenci. Muahahahaha.

Dari situ, bermulalah perjalanan hidup saya yang membawa saya ke sini pada hari ini. Ironinya. Selepas tamat belajar pun, saya pulang ke tempat asal dan bekerja di sekitar Kuala Lumpur. Dewa Hati juga. Saya sudah tidak lagi memikir soal mahu keluar dari bandar asal saya. Mahu tetap di situ. Bosan kan?

Tiba satu masa dimana Dewa Hati mendapat tawaran bekerja sekaligus pulang ke Johor Bahru. Uwaaaaaaa.

Saya dapat mengagak inilah masanya kami akan memilih hala tuju hidup yang hampir final. Sama ada dia kembali ke tempat saya atau saya yang ikut berpindah ke Johor.

How I wish it wasn't that hard to decide. Yelah, by the time I stop wishing to move away, that was the time I asked to move. Well, hidup kan perlukan pengorbanan. Haih~

Sekarang, saya sudah rasmi tinggal di bandar ini, dengan suasana kerja baru dan kehidupan baru. Dan, saya tak lagi rasa rugi kerana tak dapat masuk sekolah berasrama dulu, sebab tinggal di tempat sendiri jauuuuuuuuuh lebih syok.

d(^___________________^)b


Rindu kampung halaman...........................


Okey, saya nak sambung bersiap-siap. Selamat menyambut Tahun Baru Cina kawan-kawan, selamat bercuti juga.
Ada 2 keping gambar yang saya nak kongsi di bawah, tengoklah kalau masih sudi. (^_^)
Weheheheh~




Ini KU-NYET. Kucing saya yang dah berperangai macam monyet.
Suka memanjat tingkap dan ada pengalaman terjun ke bawah dari tingkat 4.
Bravo, Gypsy!



Wah, I dapat angpow you. Bos I yang berbangsa Jepun bagi.
Terasa muda, sebab dapat duit angpow. Ngeh~
"Gongxi, gongxi." kata beliau.
(^______^)

***