Feb 13, 2011

Hal biasa-biasa

***

Salam sayang semua..... V(^_^)V

Lama saya bertapa. Bukan? Macam sudah pulang ke Ampang dan tak kembali ke Johor Bahru pula. Wah, bagus kalau begitu. Saya rindu kehidupan lama di sana....

Ahh, sudah-sudahlah merindu barang lalu..... Teruskan hidup, Cik Ainn.

Saya demam sebenarnya, agak lama. Selsema datang dulu sebelum tekak perit-perit. Kemudian batuk mula berkawan dan demam datang selang sehari kemudian. Tekak yang hampir pulih pun kembali singgah sebab kawannya, si demam ada pada saya.

Baru saya timbang berat yang sudah naik 2 kilo, sekarang confirm-confirmlah berat susut semula. Macam itulah selalunya barat badan saya ini. Haih~ Degil!



*nangis*




Mood menulis memang hilang, jangan cakaplah. Hari-hari cari ubat hilangkan demam tapi hari-hari menadah tubuh pada pendingin hawa di pejabat, jangan tanya mengapa demam susah kebah.

Hari ini badan saya sudah kian sihat. InsyaAllah. Harap betul-betul akan sihat. Weeee~



Bulan Februari tinggal separuh lagi untuk ditempuhi, saya sudah ada nekad baru. Kali ini betul-betul nekad demi, InsyaAllah, mengejar redha Allah. Saya mahu mulakan semula semua. Biar susah, biar berdikit. Tapi saya cume yakin dengan tuhan kita semua, yakni Allah.

Kelak, akan saya terangkan lanjut bila langkah sudah dimulakan. Saya yang tidak sabar biar tidak disokong insan-insan tertentu. Saya nekad.



Moga semua hal yang baik-baik terus menyinggahi hidup saya.
Amin.
(^______________________^)



***

2 comments:

  1. err.. nak buat apa sebenarnya ni?

    ReplyDelete
  2. Mahu buat diri sendiri gembira. Do something fun to earn life, macam hang. Aku jeles. :)

    ReplyDelete