Apr 25, 2010

Terapi

***

Saya dalam keadaan tidak terkawal. Otak saya tiba-tiba rasa macam disumbat-sumbat, pernah rasa tak? Macam terlalu banyak perkara menyerbu. DANG~!


Ya, memang nak pecah rasanya.


Jadi, ubat terbaik di hujung minggu ini adalah tidur.
Dasarrrrrr........~
Saya lebih patut mengaku dari awal yang saya sedang berhujung minggu dan bermalasan.


Esok minggu baru akan bermula.
Yeay~
Disamping hal-hal kerja yang wajib diselesaikan, saya harus menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Kelab Membeli-belah-hingga-titisan-terakhir.
Semua lokasi misi-misi sudah dikenal pasti dengan kajian yang mendalam selama seminggu.


Antara tempat yang ada dalam senarai pasti-dijengah-walau-apa-terjadi,

1. Rasta, TTDI.

2. e@Curve, Mutiara Damansara.

3. I ♥ Bazaar, Subang Parade.

4. Old blossom Box, Shah Alam <----
this should lead my list. wowowo~


Oh, dah habis senarai? Sikit je kot senarai tempat jengahan.
Memang, memang sikit je. Saya tidak begitu gemar berjalan ronda keling, turun naik escalator, keluar masuk kedai. Walau hakikatnya, teman saya berjalan adalah yang sebenarnya memang tak pernah suka buat hal yang saya sebut. Haih~


Kerana saya tidak dapat melakukan aktiviti kegemaran saya seperti orang lain, saya cari jalan keluar juga. Saya tidak boleh hidup tanpa shopping.
Woi, apa ni? Shopping je kau ingat!



Ya, saya punya penyakit kronik anak-anak muda zaman sekarang -
Shopping online.


Penyakit ini sudah sampai tahap kronik sehinggakan hampir setiap masa saya mula layari internet, pasti ada blogshop saya kunjungi. Memang tak bagus, tapi saya bukan ajak sesiapa meniru perangai tidak sihat ini. Ini sekadar perkongsian yang jujur. Chaisss~



Tapi, bila saya sudah jalankan aktiviti yang ala-ala tidak sihat ini hampir setahun lamanya, saya mula sedar - tak ada apa yang salah. Kaum wanita memang suka membeli belah, jangan dinafikan. Aktiviti
window shopping pun memang lazim sangat dalam kalangan kaum Hawa.


Jadi, aktiviti
blogshopping saya tak ubah seperti window shopping.
Ala, macam tak tahu kan window shopping tu apa?



Saya hanya akan buat tempahan apabila satu-satu barang itu memang terlalu memikat hati dan murah berbanding pasaran konvensional.


Yang membezakan saya dengan orang yang tidak pasti dengan aktiviti saya ialah, saya pemalas nak berjalan kaki. Haih~

Sampai masa untuk saya ke blogshop, jumpa lagi.


BYE!


***

Apr 10, 2010

Cinta Kedua

***
Wah! Kucing-kucing saya sudah pandai berkomunikasi.
Yah, betul!!

Percayalah!
Tuzki Bunny Emoticon



Selama ini saya ingatkan, kucing saya hanya buat bising kerana lapar.
Rupanya mereka sudah tahu minta macam-macam.


Sekarang, kalau toilet mereka perlu dibersihkan, mereka mahu bermanja, mahu kejut saya bangun tidur atau mahu diusap, pelbagai aksi ditunjukkan. Cerewet bukan?
"Macam auntie-auntie." kata Dewa Hati saya.


Waktu saya mula-mula ambil, mereka baru 2 bulan lihat dunia. Sekarang mereka dah pun bersekolah menengah.
Aikkk?

Mereka terlalu cepat mendewasa. Wowowowo!


Saya jarang bersama kekucing ini. Tiap-tiap hari bekerja. Dua hari sekali, pergi
dating. Hujung minggu, melawat kawasan. (~~.) Shopping kot? Balik sahaja ke rumah, "What?!!! Are you this big??!" o_O


Adakah salah saya jarang berada di rumah bersama mereka? Saya tak tahu mereka sudah membesar terlalu drastik. Dulu mahu panjat kerusi pun terkial-kial, sekarang mereka dah panjat tingkap.
"Apa mereka terfikir untuk membunuh diri kerana tuan mengabaikan tumbesaran mereka??!!!!."
Jangan!!!!!! Jatuh dari tingkat 11 bukan seronok macam bungee jump.



Baiklah, saya menyesal.
Malam ini, kita pergi main bowling yah, kekucing. ^___^


Dan, hari ini saya mengabaikan mereka lagi kerana sibuk di depan laptop. Sebelum mereka membuka pintu bilik, masuk dan menggigit jari-jari saya, baik kiranya saya berhenti sekarang.



Jumpa lagi dalam bebelan akan datang!


Guci & Gypsy yang suka makan Roti Kacang Merah.


***

Apr 9, 2010

Macam-macam Hal

***
Hari ini hari terakhir saya berusia 18 tahun.
Ewah.
Perasan muda.
Tuzki Bunny Emoticon


Hehe, hari ini saya akhiri usia saya sekarang. Esok, umur baru. Kata kekasih, "New age should be a better self". Iyalah, selama ini tak
better sangat kot.


Apapun, setiap tahun hari lahir saya datang dahulu sebelum ahli keluarga yang lain. Dan selalunya hari lahir saya tidak disambut secara ekslusif. Kerana saya akan sambut dengan adik-beradik perempuan yang lain sekaligus.
Boring.
Dah sambut pun kira baik tahu?


Ini sebab abah dan arwah mak saya buat susunan yang hebat bagi tarikh kelahiran anak-anak perempuan mereka. Tiga orang semuanya, bulan April semuanya. Best, sebab semua saling ingat hari lahir setiap yang lain. Tak syok, sambutan tak ekslusif untuk diri sendiri.
Lagi-lagi mengeluh je.


Hakikatnya, saya rasa teruja sebab bukan senang nak dapat tiga beradik yang lahir selang empat atau lima tahun tapi tarikh kelahiran masing-masing hampir-hampir. Arwah mak kata "Tak plan pun!"


Kerana hari lahir yang dekat-dekat, kami adik-beradik suka bertanya pada arwah macam-macam. Arwah mak pun rajin bercerita hal-hal kelahiran kami. Memang macam-macam hal.


Saya memang kecil dan
tiny dari waktu lahir lagi, kata arwah. Dalam perut dulu, saya tak duduk diam. Berpusing macam-macam arah, bergerak ke sana sini, dijangkakan lahir songsang dan macam-macam hal lagi. Aktif bukan???


Akhirnya, saya tahu kembali ke pangkal jalan bila tiba waktu untuk keluar dari perut arwah mak. Saya dilahirkan secara normal. Tapi......................... tali pusat terbelit sakan di leher. Kata arwah mak lagi "Doktor tarik berkali-kali. Keluar-keluar je, muka budak dah biru."
Padahnya terlalu aktif. Nasib masih bayi, kalau sudah tahu berfikir mesti orang akan kata "Padan muka!"


Arwah mak juga ceritakan detik-detik kelahiran saya yang mana, kereta abah boleh rosak pula pagi tu. Sementara tunggu ambulans, abah belikan arwah mak karipap untuk sarapan. Sambil duduk-duduk di patio tunggu ambulans tu, mak kunyah karipap tak macam orang nak bersalin pun.


Hari ini, saya mengenang balik semua tu. Semua cerita arwah mak tentang saya waktu lahir dan sepanjang tempoh dibesarkan jadi lebih bermakna sekarang. Ini tahun pertama saya akan menyambut hari lahir tanpa arwah mak. Saya rindu nak salam tangan dan cium pipi mak macam yang selalu saya buat ketika dia masih ada.


Bonda, terima kasih kerana melahirkan saya. Dan membantu saya mengharungi hidup dalam tempoh yang lama.


Al-Fatihah buat satu-satunya bonda saya yang membolehkan saya melihat dunia dan semoga kita bertemu di akhirat.


p/s: Sekarang saya sudah faham kenapa karipap mak jadi rindu-rinduan saya.
Tapi tadi dalam cerita mak tak makan karipap yang dibuat sendiri. Apakah?


***

Apr 3, 2010

Saya Anak Abah

***

Selamat datang bulan April.


Saya berehat panjang. Yah, sangat panjang selepas PBAKL 2010 kelmarin-kelmarin tu. Berehat daripada menulis blog ini kerana otak tidak aktif memerah idea penulisan, kerana fizikal lemah, kaki lenguh (berkaitankah?), demam menular, kerja tertangguh berguni-guni dan semua yang disebutkan adalah alasan.
*gulp* Pemalas, senang cerita.


Tiada banyak yang mahu saya kongsikan berkenaan PBAKL 2010 rasanya, semua sudah banyak dicoret sana sini. Bagi yang terlibat, yang hadir mahupun yang membantu saya dalam menjayakan aktiviti-aktiviti PTS Fortuna di PBAKL 2010 lalu, TERIMA KASIH! ^ _ ^
Bagi yang disusahkan, yang terhiris perasaan, yang tak sempat saya terlayan, maafkan saya. Memang masih perlu diperbaiki, saya tahu. T __ T


Minggu PBAKL berlangsung, saya memang sibuk. Badan jenis mudah letih jadi saya terus tertidur sebaik sampai ke rumah.


Hari terakhir saya bertugas di PBAKL adalah hari terakhir pameran. Hari itulah abah saya telefon "Hari ini tak balik Ampang?"
*gulp*
Dengan nada perlahan saya katakan, "Hari ini masih bertugas di PWTC. Mungkin dalam minggu akan datang, dapat balik."


Tiba-tiba hati sayu. Abah mesti ada mahu kongsikan apa-apa perkara kalau sampai tahap dia telefon saya dan tanya hal balik ke Ampang. Sejak arwah bonda pergi, abah tak ada lagi teman berbual. Arwah bonda sendiri pernah katakan "Orang macam abah, kalau sudah tiada isteri, hidupnya goyah."


Saya harap abah masih tabah. Setabah hari pertama abah dapat tahu kondisi bonda dalam koma. Setabah di ICU ketika arwah bonda baru menghembus nafas terakhirnya. Setabah waktu dia menguruskan jenazah isterinya tanpa titis air mata. Setabah saat dia membacakan talkin buat bonda selesai pengebumian dengan getar suara yang ditahan-tahan.


Saya tahu semakin lama, abah makin rasakan kesunyian kerana tiada isteri disisi. Tiada juga aktiviti rutin yang biasa dilakukan bersama arwah bonda. Saya tahu, hari-harinya makin kosong.


Kalau dahulu, dia hanya berbual sekejap setiap kali saya pulang ke rumah.
Sekarang, dia lazim mengajak saya keluar makan di restoran. Dia minta saya carikan benda itu, banda ini. Dia tanyakan "Buku apa yang baru terbit?"


Dia akan suka mendengar saya bercerita tentang buku-buku kegemaran saya. Dia minta juga saya bawakan buku bagi dibacanya.
Dia punya masa kosong yang banyak kerana ketiadaan arwah bonda.


Saya masih tercari-cari cara mengurangkan kekosongan abah. Hingga hari ini, saya masih belum tahu apa yang betul-betul pasti membuatkan abah tidak lagi bosan. Mungkin saya takkan dapat pun mencari caranya. Atau mungkin caranya pun tiada.


Saya cuma berdoa supaya abah sentiasa tabah dan sabar. Amin.


Kali pertama menyambut Aidilfitri tanpa arwah bonda di kampung halaman arwah.