Jan 30, 2011

Syok betul berangan

***

Salam buat semua.....
Tiba-tiba saya bersemangat mahu update blog!


Saya mahu menulis!


Macam mahu tulis yang best-best!



*fikir*





*fikir*
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tapi idea belum sampai, sedang bersiap-siap barangkali. Biasalah, perempuan kan? Bersiap pun makan masa satu jam atau lebih. Idea pun sama macam tuan badan, sedikit slow nak datang.



Hehehehe! Mengapakah saya begitu mereng mengupdate blog sebegini gaya?


Okey.


Kalian pernah berangan? Tak kisahlah berangan yang logik atau tidak.


Berangan tentang gaya hidup yang bakal dinikmati ketika dewasa, angan-angan bentuk rumah yang bakal dimiliki, jumlah wang simpanan pada usia menjangkau 50 tahun, fesyen yang digayakan sehari-hari, percutian di tempat-tempat idaman, jawatan yang dipegang dan yang seumpamanya. Pendapat sesetengah orang, berangan itu wajib, boleh jadikan platform untuk mencapai sesuatu dalam hidup.


Ermmmm, tapi kalau berangan nak jadi Superman yang boleh terbang selain memiliki kuasa pada matanya ataupun angan-angan berkahwin dengan Jared Leto, adakah itu boleh dikira sebagai usaha awal mencapai masa depan yang gemilang?
Tak payah memerah otak berfikir, dah tahu jawapannya bukan?!


Baiklah, begini sebenarnya.
Saya seorang manusia yang tergolong dalam jenis yang suka berangan. Macam-macam woo! Hendakkan rumah yang itu, hendakkan rumah begini pula, mahu ke negara ini, mahu melancong ke nagara itu juga, mahu memiliki aset itu, mahu menjadi pemilik aset yang ini juga dan pelbagai lagi. Gila banyak!

Baik kalian tak perlu tanya secara detail, kerana sah kalian akan balas:


"Kau ni berangan tak mahu kalah!"


atau


"Woi! Berhenti buat saya meluat sekarang!"




Kecik-kecik pun dah macam ni, tak padan sungguh!


Sampai pada usia ini pun, lagi beberapa tahun sudah tukar angka depan, saya masih berangan. Tetapi yang berubah adalah isi angan-angan saya. Kalau di zaman awal remaja dahulu, mungkin saya asyik angankan hal kebendaan semata-mata. Contohnya, saya berangan mahu berfesyen macam yang saya lihat di majalah. Tapi hari ini, tak mahu lagi. Fesyen tu dah tak keluar lagi, dik oi! Hihihi.


Julia Roberts mungkin takkan mengaku dia pilih fesyen ini sendiri.


Bila semakin mendewasa, saya mula perasan satu persatu angan-angan yang dapat saya capai dan juga yang tak berjaya langsung menghampirinya. Well, we can't have anything we want, right? Jadinya, berangan sahaja tak banyak membantu, tetapi usaha kita sebenarnya yang membawa kita ke satu-satu tahap kehidupan kita itu.

Berangan memang tak salah, tetapi usaha WAJIB ada sama.

Sebenarnya, ini semacam entri mengingatkan diri sendiri, sebab saya kuat berangan. Tetapi hari ini saya sudah nekad, mana satu yang jadi pilihan saya. Demi masa depan, InsyaAllah.

Meh, kita doa sama-sama. (^___^)


BYE!

***

Jan 24, 2011

Gua segan yo....

***

Salam ceria buat semua pembaca blog saya yang sadis ini.
(^___^)


Selamba saya tersengih-sengih, walaupun blog sadis!
Positif betul kononnya!
Hahahahaha.



Baiklah semua, saya tahu blog saya bukan hebat! Tak perlulah nak kecam sangat, saya pun nak berangan jugak, bagi chance boleh???! Emo!


Saya mula mengenali dunia blog sejak tahun 2004 lalu. Tapi saya tidak begitu arif menggunakannya, cuma tahu kewujudannya apabila kakak sulung saya memiliki blognya sendiri ketika beliau sedang menyambung pengajian peringkat sarjana di United Kingdom. Kami jarang berhubung melalui telefon. Tapi perkembangan beliau di sana dapat saya ikuti melalui blognya.

Selepas beberapa bulan mengikuti blog kakak saya, saya mula menjinakkan diri menulis blog sendiri. Tapi saya tidak mengerti apa yang perlu ditulis, kebanyakan entri ketika usia masih mentah sangat naif dan kelakar jika dibaca semula hari ini.






Blog pertama yang pernah saya miliki telah saya tutup seluruhnya pada tahun 2007 kerana mendapat idea untuk membuka blog baru. Namun, blog kedua juga lama-kelamaan hanya menjadi tempat saya menghambur tulisan berbaur peribadi dan tidak enak dikongsi. Ahhhh, saya seorang insan yang bagus bukan? Sendiri tulis untuk dikongsi, sendiri nilai KETIDAKBAGUSAN penulisan sendiri! Sila gelarkan ia sifat PERASAN yang sentiasa ada dalam diri, Cik Ainn!

Jadi, bolehlah umum sedia maklum bahawa blog ini adalah blog ketiga saya. Dan tiada apa pun yang untuk dibanggakan. Saya membuka blog ini bertujuan mahu berkongsi hal-hal bermanfaat yang sebenarnya tak banyak mana pun.


  • Jika ada yang sudi membaca dan menyukai blog saya, Alhamdulillah kerana semua yang baik itu adalah dari Allah datangnya, bukan saya.


  • Jika ada yang pernah menjengah dan tidak gemarkan blog saya ini, tidak ada sebarang kata dari saya. Itu adalah hak mutlak kalian.


  • Jika ada yang masih mencari-cari isi cerita di sini supaya kalian punya alasan berkunjung lagi, saya tidak berani berjanji. Saya tidak pandai, bahkan mungkin tidak tahu menulis entri yang catchy. Maaf yah, yang seadanya sahajalah yang saya mampu berikan.


  • Jika ada yang lain-lain dengan pelbagai lagi komen pada blog perasan saya ini, tidak perlu segan berkongsi. Mana tahu saya boleh improvise gitu..... Ewahhh.


***


Oh, semalam seorang rakan pejabat baru saya meminta saya URL blog ini. Betapa segannya saya. Beliau seorang penulis puisi bebas yang sangat art dan memohon mahu menjenguk blog saya????!

Aduhai.... Saya sudah memalukan diri sendiri dengan penuh bangga dan bergaya dengan memberi alamat URL bukan? Membaca puisinya, saya terasa kecil benar penulisan saya di sini. Rasa macam tak tercapai akal membaca setiap penulisan beliau! Gila malu!

Kalaulah saya punya jalan membuang rasa malu yang berlapis-lapis depan muka ini, alangkah bagusnya. Mahu tidak, hari-hari saya bertemunya di pejabat. Dan, dia sudah melihat the other side of me melalui blog ini.
Malu weih~ Macam nak hantuk kepala pada pintu grill depan rumah je rasanya!!!


Begitupun, saya berharap akan datanglah idea-idea cerita canggih dan kilau-kemilau sinarnya untuk saya kongsi di blog ini. Agar rasa malu ini boleh hilang kelak.



♪ Mari ke mari
Hey idea padaku... ♪
♫ Mari dekat dampingiku.... ♫
♪ Ke mariiiiiiii.... ♫
(Boleh dinyanyikan dengan rentak lagu bertajuk Siti Haida nyanyian Jeffrydin)
(^_________~)



Sementara saya menanti idea yang canggih-manggih, kalian pergilah cari aktiviti lain yang berfaedah ya. Saya semacam sengaja memohon dicaci kerana buat update dengan entri jahanam sebegini!

Cik Ainn, jangan nak berlagak terpinga-pinga kalau tiba-tiba muka terasa pijar!



(^_________^)v
Selamat malam. Semoga selamat semuanya!



***

Jan 23, 2011

Selagi Belum Rasa

***

Salam semua.

Sudah makan semua?



Hari sudah lewat malam, mestilah kalian sudah makan bukan? Ini merepek namanya, Cik Ainn!

Hari ini hari Ahad. Boleh dikatakan dari pagi saya duduk melayan internet, sekejap-sekejap buka Facebook (Lazimlah, masyarakat zaman ini kan? Tak ada FB? Mungkin kalian masih dibawah umur, kerana itu belum layak membuka akaunnya. Hehe, gurau yah!), sekejap-sekejap periksa blog (Ini perasan, macam blog kau sangat glamor! Jangan berangan lebih-lebih, Cik Ainn!), sekejap-sekejap buka Twitter (walaupun akaun Twitter saya menyedihkan kerana tak berapa pintar menggunakannya. Sadis ini wanita!), sekejap-sekejap buka blog jualan (Ini tabiat saya yang paling patut dikasihani, bukan? Shopping pun malas? Sila menangis dengan bahu terhenjut-henjut.) dan............... sudah lewat malam, barulah datang mood mahu menulis di blog.

Kasihan blog ini..... Punya tuan yang sedikit hampir mahu jadi pemalas dan tetap juga tidak sedar diri, tetap mahu ada blog sendiri.

Hah sudah, saya memang gemar merepek bukan-bukan di sini. Lupakan perenggan-perenggan merepek di atas, saya mahu kongsi cerita lebih bermanfaat.


***


Kisah Ibu


Saya seorang anak kepada seorang ibu yang punya 5 orang anak. Saya seperti anak-anak biasa, rapat dengan ibu seadanya. Ibu ataupun Emak ataupun Mama ataupun Bonda saya dijemput Ilahi pada usia saya mencecah 25 tahun. Saya sudah dewasa ketika itu, saya tahu!

Namun saya masih dihambat rasa terkilan sehingga hari ini, kerana hal yang lazim berlaku pada anak-anak yang hilang orang tua, saya tidak sempat menabur bakti seperti yang sepatutnya. Saya baru mula menapak dalam alam pekerjaan pada masa itu, sedang gigih mencari aset, mengadaptasi alam pekerjaan dan menstabilkan akaun.

Saya cuma dapat pulang ke rumah dan menghabis masa berbual, berkongsi cerita dengan bonda. Tidak berkesempatan saya membawanya bersiar keluar bandar, pulang ke kampung halamannya di Muar, makan angin di Johor Bahru untuk bertemu keluarga Dewa Hati ataupun membawa melancong ke kawasan percutian. Tidak pernah sekali pun.

Semua cuma ada dalam rancangan, "Tahun depan.....", "Bila ada kereta nanti....", "Hari raya kali ini...." dan macam-macam lagi kata hati. Semua tak terlaksana kerana Allah sudah menunggu beliau pada masa yang dijanjikan. Kereta saya cuma sampai di tangan saya selepas 7 hari bonda tinggalkan dunia ini. Boleh tahu bukan apa rasanya? Abah juga menangis kerana dia juga teringin melihat arwah bonda merasai kereta baru saya.

Ini baru satu hal. Betapa waktu yang tepat Allah tentukan buat bonda saya menemuiNya sebenarnya menimbulkan sejuta rasa terkilan pada seluruh keluarga kami. Jika mahu dicerita hal terkilan setiap yang dialami setiap ahli keluarga, maka memang banyak. Juga, tanpa sebarang notis, saya akan mengalirkan air mata sambil menaip.

Jadi saya hanya mahu kongsi satu rasa terkilan di atas tentang kehilangan yang saya sendiri pernah alami.

Kata seorang rakan saya di sini, saya tabah pada hari pengebumian. Betul, saya tidak banyak mengalirkan air mata kecuali ketika jenazah sudah siap dikafankan. Bukan saya tidak punya rasa, tapi saya sedar bukan saya seorang sedang diselubung rasa sedih.



Kakak saya yang setiap hari menghabis masa bersama lebih terasa.


Adik bongsu yang menjaga arwah bonda dalam kebanyakan masa ketika arwah sakit lebih sedih.


Abah yang hidup ditemani arwah sejak lebih 30 tahun lebih perit menahan rasa.



Saya mahu mereka tabah, saya tidak menangis kerana saya tidak mahu mereka terus menangisi pemergian arwah bonda. Saya berusaha menenangkan mereka supaya mereka beringat yang arwah memerlukan doa-doa kami.

Dan saya juga bukan tabah sendiri, saya diberi kata-kata semangat oleh sahabat-sahabat yang tidak putus menghatar mesej pesanan ringkas, pelbagai ingatan yang mereka kongsikan. Dewa Hati tidak putus mengingatkan saya membaca surah Al-Fatihah tiap-tiap kali kali saya suarakan, "Sedihnya hati....," pada hari itu.

Hari ini lebih kurang 17 bulan selepas arwah tiada, saya sudah mula lali dengan kehidupan baru. Saya tiada seorang insan yang paling boleh berkongsi hampir semua masalah atau apapun cerita. Dia sudah jauh, bahkan lebih memerlukan saya dan adik-beradik lain mendoakan kesejahteraannya di kejauhan. Kadang hingga saya terfikir, adakah mungkin saya dapat menyentuhnya kembali. Hari saya kehilangannya di dunia ini adalah hari yang saya menyedari air mata bukan harus mengalir ikut sesuka rasa. Saya menyimpan air mata buat insan kedua yang saya cinta selepas bonda, ABAH.






"Pergi haji dengan suami, dapat rasa saat-saat romantik kembali."
Inilah antara kata-kata arwah Bonda pada kami adik-beradik masa baru pulang dari ibadah haji pada 2001. Namun, Abah terpaksa mengimbas semua kenangan bersama Bonda saya ketika beliau kembali ke tanah suci menunaikan umrah tahun lalu. *sob sob*







Kelak mungkin akan tiba waktu saya akan hilang Abah pula. Saya sedang bersedia, bukan menanti saat itu tiba, tetapi berfikir waras tentang kemungkinan yang bakal berlaku.


Allah itu ada, sentiasa.


Maka Allah akan melaksanakan janjiNya pada hamba-hambaNya, kita semua.

Tepat pada masanya, tetap rahsia waktunya, benar seperti yang ditakdirkanNya dan tiada usaha bakal dapat mengelak tanpa izinNya - semua akan dijemput Allah ke alam barzakh sebelum dihimpun menghadapNya di akhirat. Sebagai manusia yang punya asas agama, saya meyakini Allah walaupun saya tahu saya tidak pernah sempurna menjalankan suruhanNya.

.

.

.

.


Maaf jika entri saya di sini, kali ini, lebih berat (malahan lebih panjang) daripada biasa.

Saya melalui pengalaman penuh dugaan itu dengan hati yang terhiris dalam. Hati saya terlalu rapuh, setiap kali dilanda kepiluan akibat hal hidup saya sendiri, saya mudah benar melempar ingatan pada Bonda yang mana terus membuat saya murah air mata. Saya bangkit dengan sukar, sokongan semua orang yang berkaitan, saya ambil dan genggam dengan erat. Pesanan kenalan-kenalan dalam tempoh saya berkabung, saya jadikan penguat hati.


Dengan izin Yang Esa sahaja, saya sudah bertahan sehingga hari ini. InsyaAllah, moga ia terus kekal sehingga hari ketabahan saya diuji lagi.



***


  • Baru-baru ini, kenalan saya di pejabat kehilangan ayahanda tercintanya. Seperti kebiasaan manusia, kenalan saya dihambat rasa sedih diduga dengan kehilangan ini. Saya pernah merasai hal yang sama (lebih kurang okey, ibu atau ayah yang hilang, tetap sama, tak begitu?), saya mengharapkan beliau juga dianugerah Allah ketabahan yang tinggi menghadapinya. InsyaAllah.

  • Baru-baru ini juga seorang kenalan saya diduga dalam usahanya mencari rezeki. Mengenali kenalan ini, saya menganggapnya seorang yang jujur dan berterus-terang, dia adalah antara insan yang menjadi rujukan hal agama pada saya. Beliau juga antara penguat semangat yang berkongsi ikhtiar ketika bonda saya sedang dalam koma. Mungkin ketelusan beliau membuat orang mudah memasang prasangka. Beliau merehatkan diri dari dunia maya, tak mahu mudah dilihat perkembangan tugasnya selain mahu menenangkan hati sendiri. InsyaAllah, saya percaya jika niat dan jalan usahanya bersih, Allah sentiasa memberi petunjuk padanya. Saya cuma berdaya memberi semangat, selain mengharap usahanya membuah hasil yang setimpal dengan kerjaannya.

  • Baru-baru ini, seseorang yang saya hanya kenali hampir sejak setahun lalu berkongsi dugaan yang sedang dihadapinya. Beliau sedang mengahadapi ragam manusia yang sangat pelbagai. Nasihat saya cuma satu, 'jangan beci pada orangnya, benci sikapnya. Dan jika mereka di pihak salah, berharaplah supaya mereka berubah. Jika tidak, doalah agar diri sendiri diberi petunjuk.' Pesanan ini dilaung Puan Ainon Mohd dalam salah satu bengkelnya, saya ambil, simpan kemas-kemas, moga ada manfaat buat diri. Kenalan saya ini tidak hanya berkongsi cabaran yang sedang beliau hadapi, bahkan sempat berkongsi satu penyataan menarik untuk motivasi, iaitu 'Selalu kita diuji Allah dan kita persoal mengapa diuji sehebat itu. Sedangkan, kita harus bersyukur kerana Allah mengingati kita ini hambanya dan memberi ujian supaya kita lebih kuat.' InsyaAllah, saya juga akan simpan pesanan ini seumur hidup saya. Sangat bermakna.

  • Pada masa ini, saya berharap seorang insan yang saya kenali juga, agar beliau sudi meluang masa untuk memikir tentang pengorbanan, kata-kata dan semua hal berkaitan ibunya. Saya cuma mengagak, ibunya sedang dirundung sedih dengan nasib anaknya. Juga mungkin ibunya sedang mengharap anaknya itu dapat mengecap hidup yang senang walaupun hatinya sudah disakiti. Anaknya mungkin terlupa lagi kali ini, kerana leka dengan perjalanan hidup yang tak pasti. Yang saya mampu lakukan buat insan ini, cuma simpan harapan agar dalam masa terdekat beliau INGAT kembali dan diberi kesedaran untuk berfikir lebih jauh sementara ibunya masih bernafas di dunia. Mudah-mudahan.


***


Sekadar perkongsian umum, saya juga mahu melihat ibu-ibu dan ayah-ayah di dunia ini diberi layanan wajar oleh setiap anak-anak mereka. Saya pernah merasa terkilan yang teramat kerana tidak punya kesempatan, tidak menggunakan peluang, tidak bersungguh memberi keutamaan pada arwah Bonda saya. Walau bagaimana hubungan kalian dengan kedua orang tua, pastikan layanan diberi seperti yang disyariatkan agama. Maaf, saya bukan orang arif soal agama.

Buat yang sudi, pengalaman saya boleh dijadikan sebab supaya kalian mengutamakan ibu kalian daripada diri sendiri. Manusia..... (ya, ya, termasuklah saya), lazim terlupa menghargai sesuatu itu selagi ia ada di depan mata kita, maka selepas Allah mengambilnya kembali, barulah kita sedar yang kita sudah terlepas peluang-peluang yang pernah diberi.

Mari sama-sama saling mengingatkan atau berdoa pada Allah supaya kita sentiasa tidak lupa yang redha Allah memang tersedia jika kedua ibu bapa kita meredhai kita. InsyaAllah.



Dengan itu saya akhiri entri ini. (Maka bersoraklah pembaca yang tak berapa nak ramai kerana wanita pemilik blog ini sudah habis menceceh. Hahahaha~)




Selamat menyambut hari Isnin yang bakal menggoyah rasa, semangat dan jiwa bagi orang-orang yang bekerja. Mari mulakan minggu baru dengan tenaga yang hebat, semangat yang kental dan hati yang tenang. Hohohoho~ Sudah macam lawak parodi Dr. Fadzilah Kamtumi yang digayakan Johan Raja Lawak. Maaf, dihujung-hujung cerita serius, saya miang membuat jenaka seperti meminta tumbukan tepat di muka pula.


Maaf, maaf, maaf.



Semoga kalian di luar sana sentiasa diberi ketenangan dan perlindungan daripada Allah s.w.t.
Amin!
(^________^)

Toodles peeps!!!


***

Jan 16, 2011

Binatang saya. Lagi!

***

Salam.

Wah! Sudah genap setahun saya menjaga Guci dan Gypsy. Betapa pantas masa berlalu bukan? Mereka pun sudah dewasa dan membesar dengan ciri-ciri kucing betina yang digilai. Ewaaaaah!



Ini Gypsy.

Sudah pandai bergaya bukan-bukan depan kamera. Membesar dengan gebu, gemuk dan garang. Tak boleh tahan, pegang sikit pun dia mula menderam. Jangan mimpi dapat memeluk dia dengan aman walaupun semua orang yang pernah bertemunya merasakan Gypsy ini sangat comel dan geram mahu memegangnya. Tak boleh. Dia garang! Satu-satunya masa yang dia akan datang bermanja dengan saya adalah waktu saya sudah bersedia untuk tidur, dia akan menyelinap dalam selimut dan bersandar-sandar pada badan. Itulah satu-satunya masa dia tak menderam ketika dekat dengan manusia.



Ini Guci.


Muka Guci kelihatan garang dan kurang comel berbanding Gypsy bukan? Kata orang, don't judge the book by its cover. Inilah dia, kucing yang mengada-ngada, kuat membebel dan pandai merayu. Kalau si Guci ini, pantang dipeluk dia akan tambah mengada-ngada, menggeliat bukan main. Kalau masa bermain pun, Guci tidak begitu aktif, kejar tali ala-ala lembut gitu!


Well, memang banyak pengalaman menjaga kucing ni. Sewaktu mula-mula saya adopt mereka dari Ney Nazwani, saya cuma tahu dua atau tiga jenama makanan kucing. Keperluan asasi yang penting bagi mereka. Ingatkan, bagi makan cukup dan mereka kenyang, maka hal selesai.

SALAH!!!
(>_____<)


Saya silap disitu. Makanan pun tak boleh main taram bagi. Terutamanya buat Gypsy. Mungkin perutnya lebih sensitif, sesetengah makanan buat najisnya berbau kuat, muntah dan bulu gugur. Bagaimanapun, kedua-dua kucing saya akan bosan jika diberikan satu jenis makanan bagi tempoh lebih sebulan. Jadi, saya harus membuat pertimbangan yang serius disitu. Dahlah tak bekerja, korang demand pulak kan?! Memang, kadang-kadang penat saya dibuatnya memikir hal mereka, tapi inikan amanah, tak wajar pula rasanya nak ambil ringan je hal begini.


Baik, di sini saya kongsi beberapa jenis makanan yang pernah saya berikan pada mereka. Saya juga mahu kongsi kesan, faedah dan pendapat peribadi saya terhadap makanan-makanan itu.


  • Royal Canin - Kitten 36. Saya berikan makanan ini ketika mereka berumur 5 bulan sehingga 11 bulan. Jenama ini agak mahal, lebih kurang RM65 untuk dua kilo (Kalau saya tak silaplah). Kesannya agak baik, tidak pernah mendatangkan masalah pada kucing-kucing saya. Namun ada masanya, saya terpaksa mencampurkan makanan ini dengan jenama lain apabila kucing saya mula bosan. Tak boleh nak beli lagi pun yang ini, mereka bukan kitten sekarang, dah patut jadi mak kitten. Hehehehehe~

  • Science Plan - Optimal Care (Adult). Ini sedikit murah berbanding jenama Royal Canin untuk kucing dewasa. Ala, murah pun tiga empat ringgit je. Saya mula memberi mereka makanan kucing dewasa pada masa saya sudah pun berpindah ke bandar Johor Bahru. Tak banyak pilihan! Tapi makanan ini kurang digemari kekucing saya walaupun kibbles tak berapa besar. Harga yang tepat, saya tak ingat pulak dah! Oh, Science Plan ini pun kesannya okey pada kekucing, tak ada masalah langsung kecuali macam diberitahu tadi, kekucing demanding saya tak gemar. Makan pun sikit sangat. Bila dah terlalu lapar, barulah bersungguh sikit nak makan.



  • Cat's Eye. Ini boleh tahan murah berbanding Royal Canin, RM31.50 untuk 1.5 kilogram. Kibbles bentuk ikan, tapi besar sikit. Bau kibbles Cat's Eye ni pun sedap. Sekali tuan Guci & Gypsy lapar, biskut ni kena bedal. Hahaha~ Sila tak perlu percaya pembohongan ini. Ini antara makanan kucing pilihan saya selain jenama Royal Canin. Murah dan sangat bagus. Kibbles tak berdebu (Entah apa pasal, saya semacam suka tengok kibbles yang cantik-cantik, sengal namanya!). Tapi ia hanya dijual dalam bentuk re-pack, kurang gemar pula disitu.

  • Royal Canin - Hair and Skin 33. Oleh kerana kekucing saya ada masalah keguguran bulu yang memang tak pernah pulih sejak mereka kecil, saya pun bertukar kepada jenama ini kembali. Ini adalah makanan dewasa jenama ini yang pertama saya beli. Mahai aih~ Rasa nak cepuk kekucing kerana tak jaga bulu masing-masing, dah terpaksa pecah tabung ayam beli makanan ini. (T___________T) Bagi 2 kilogram, harganya RM75.10 kau!!! Haaa, amik, seposen pun nak jugak letak! Gembira bukan membela kucing? Boleh melunaskan segala hobi membeli-belah bagi kaum wanita. Tapi bukan beli barang untuk sendiri pakai. Kerana mahal sebegini, tak usah ditanya kualitinya, bulu memang jadi licin dan cantik menggebu. Memang saya suka bab kualiti tu, tapi kalau sebulan mereka makan lebih kurang 3 kilogram, agak sadis untuk duit poket.

  • Iams - Healthy Naturals. Selepas Dewa Hati menceceh tentang hal harga Royal Canin, saya akur membeli Iams ni. Kebetulan hari itu Jusco ada jualan murah, bolehlah saya bagi kekucing cuba makanan baru. Harganya RM27++ untuk 820 gram. Hasil memakan ini adalah najis Gypsy jadi berbau agak kuat dan Guci tidak begitu gemarkannya. Kibbles comel dan sagat kecil, si pemalas seperti Guci semacam tak kunyah bila makan. Makanan ini juga cuma bertahan untuk dua minggu memandangkan saya hanya membeli pek kecil.

  • Purina Supercoat - Adult. Harga agak murah, RM32.90 untuk 1.5 kilogram. Kerana masih diingat tentang harga Royal Canin yang merobek poket, saya lagi sekali akur memilih makanan yang lebih berpatutan harganya buat kekucing kesayangan. Paling menyedihkan, kesannya agak teruk. (Y_______Y) Dua hari berturut-turut Gypsy diserang cirit-birit, Guci je yang masih bertahan. Mereka cukup gemar jenama ini, waktu makan laju habiskan portion masing-masing. Tapi mungkin ada kandungan dalam ramuan yang Gypsy tak tahan. Kasihan melihat Gypsy, saya meminta Dewa hati membelikan makanan lain buat kekucing.

  • Royal Canin - Indoor Beauty. Biarlah mahal, asalkan kekucing sihat. Harganya sama dengan Royal Canin - Hair and Skin. Saya terpaksa korbankan impian membeli shower gel Body Shop gayanya. Demi kekucing bukan? Harap mereka akan membalas jasa saya apabila dewasa kelak? (+_______+)

Oh, kekucing saya tidak hanya memakan makanan kering. Dalam seminggu, saya berikan mereka makanan basah dalam tin sebanyak dua kali.

Ya. Jenama Fancy Feast, padat dan menyelerakan.
Saya tak rasa tau! Tapi saya tahu mesti sedap sebab Guci pandai merayu meminta-minta makanan ini selalu. Hihi~


Saya berharap ada cadangan makanan kucing yang lebih murah berbanding Royal Canin dan sangat berkesan. Gua nak kahwin ni, bila nak cukup duit kalau berjuta-juta habis kat kekucing? Kedai haiwan peliharaan yang lazim saya pergi di sini, kurang pilihan jenama Iams dan lain-lain. Terpaksa membeli mana yang ada. Tahun baru cina ini saya akan pulang ke Kuala Lumpur, mungkin pada masa itu saya terpaksa borong makanan kucing sekali. Haha~


Sudah lewat malam, saya mahu tidur ditemani kekucing. Kasihan mereka dikutuk tuan sendiri.
*Haih~*
Toodles peeps!


***