Jan 16, 2011

Binatang saya. Lagi!

***

Salam.

Wah! Sudah genap setahun saya menjaga Guci dan Gypsy. Betapa pantas masa berlalu bukan? Mereka pun sudah dewasa dan membesar dengan ciri-ciri kucing betina yang digilai. Ewaaaaah!



Ini Gypsy.

Sudah pandai bergaya bukan-bukan depan kamera. Membesar dengan gebu, gemuk dan garang. Tak boleh tahan, pegang sikit pun dia mula menderam. Jangan mimpi dapat memeluk dia dengan aman walaupun semua orang yang pernah bertemunya merasakan Gypsy ini sangat comel dan geram mahu memegangnya. Tak boleh. Dia garang! Satu-satunya masa yang dia akan datang bermanja dengan saya adalah waktu saya sudah bersedia untuk tidur, dia akan menyelinap dalam selimut dan bersandar-sandar pada badan. Itulah satu-satunya masa dia tak menderam ketika dekat dengan manusia.



Ini Guci.


Muka Guci kelihatan garang dan kurang comel berbanding Gypsy bukan? Kata orang, don't judge the book by its cover. Inilah dia, kucing yang mengada-ngada, kuat membebel dan pandai merayu. Kalau si Guci ini, pantang dipeluk dia akan tambah mengada-ngada, menggeliat bukan main. Kalau masa bermain pun, Guci tidak begitu aktif, kejar tali ala-ala lembut gitu!


Well, memang banyak pengalaman menjaga kucing ni. Sewaktu mula-mula saya adopt mereka dari Ney Nazwani, saya cuma tahu dua atau tiga jenama makanan kucing. Keperluan asasi yang penting bagi mereka. Ingatkan, bagi makan cukup dan mereka kenyang, maka hal selesai.

SALAH!!!
(>_____<)


Saya silap disitu. Makanan pun tak boleh main taram bagi. Terutamanya buat Gypsy. Mungkin perutnya lebih sensitif, sesetengah makanan buat najisnya berbau kuat, muntah dan bulu gugur. Bagaimanapun, kedua-dua kucing saya akan bosan jika diberikan satu jenis makanan bagi tempoh lebih sebulan. Jadi, saya harus membuat pertimbangan yang serius disitu. Dahlah tak bekerja, korang demand pulak kan?! Memang, kadang-kadang penat saya dibuatnya memikir hal mereka, tapi inikan amanah, tak wajar pula rasanya nak ambil ringan je hal begini.


Baik, di sini saya kongsi beberapa jenis makanan yang pernah saya berikan pada mereka. Saya juga mahu kongsi kesan, faedah dan pendapat peribadi saya terhadap makanan-makanan itu.


  • Royal Canin - Kitten 36. Saya berikan makanan ini ketika mereka berumur 5 bulan sehingga 11 bulan. Jenama ini agak mahal, lebih kurang RM65 untuk dua kilo (Kalau saya tak silaplah). Kesannya agak baik, tidak pernah mendatangkan masalah pada kucing-kucing saya. Namun ada masanya, saya terpaksa mencampurkan makanan ini dengan jenama lain apabila kucing saya mula bosan. Tak boleh nak beli lagi pun yang ini, mereka bukan kitten sekarang, dah patut jadi mak kitten. Hehehehehe~

  • Science Plan - Optimal Care (Adult). Ini sedikit murah berbanding jenama Royal Canin untuk kucing dewasa. Ala, murah pun tiga empat ringgit je. Saya mula memberi mereka makanan kucing dewasa pada masa saya sudah pun berpindah ke bandar Johor Bahru. Tak banyak pilihan! Tapi makanan ini kurang digemari kekucing saya walaupun kibbles tak berapa besar. Harga yang tepat, saya tak ingat pulak dah! Oh, Science Plan ini pun kesannya okey pada kekucing, tak ada masalah langsung kecuali macam diberitahu tadi, kekucing demanding saya tak gemar. Makan pun sikit sangat. Bila dah terlalu lapar, barulah bersungguh sikit nak makan.



  • Cat's Eye. Ini boleh tahan murah berbanding Royal Canin, RM31.50 untuk 1.5 kilogram. Kibbles bentuk ikan, tapi besar sikit. Bau kibbles Cat's Eye ni pun sedap. Sekali tuan Guci & Gypsy lapar, biskut ni kena bedal. Hahaha~ Sila tak perlu percaya pembohongan ini. Ini antara makanan kucing pilihan saya selain jenama Royal Canin. Murah dan sangat bagus. Kibbles tak berdebu (Entah apa pasal, saya semacam suka tengok kibbles yang cantik-cantik, sengal namanya!). Tapi ia hanya dijual dalam bentuk re-pack, kurang gemar pula disitu.

  • Royal Canin - Hair and Skin 33. Oleh kerana kekucing saya ada masalah keguguran bulu yang memang tak pernah pulih sejak mereka kecil, saya pun bertukar kepada jenama ini kembali. Ini adalah makanan dewasa jenama ini yang pertama saya beli. Mahai aih~ Rasa nak cepuk kekucing kerana tak jaga bulu masing-masing, dah terpaksa pecah tabung ayam beli makanan ini. (T___________T) Bagi 2 kilogram, harganya RM75.10 kau!!! Haaa, amik, seposen pun nak jugak letak! Gembira bukan membela kucing? Boleh melunaskan segala hobi membeli-belah bagi kaum wanita. Tapi bukan beli barang untuk sendiri pakai. Kerana mahal sebegini, tak usah ditanya kualitinya, bulu memang jadi licin dan cantik menggebu. Memang saya suka bab kualiti tu, tapi kalau sebulan mereka makan lebih kurang 3 kilogram, agak sadis untuk duit poket.

  • Iams - Healthy Naturals. Selepas Dewa Hati menceceh tentang hal harga Royal Canin, saya akur membeli Iams ni. Kebetulan hari itu Jusco ada jualan murah, bolehlah saya bagi kekucing cuba makanan baru. Harganya RM27++ untuk 820 gram. Hasil memakan ini adalah najis Gypsy jadi berbau agak kuat dan Guci tidak begitu gemarkannya. Kibbles comel dan sagat kecil, si pemalas seperti Guci semacam tak kunyah bila makan. Makanan ini juga cuma bertahan untuk dua minggu memandangkan saya hanya membeli pek kecil.

  • Purina Supercoat - Adult. Harga agak murah, RM32.90 untuk 1.5 kilogram. Kerana masih diingat tentang harga Royal Canin yang merobek poket, saya lagi sekali akur memilih makanan yang lebih berpatutan harganya buat kekucing kesayangan. Paling menyedihkan, kesannya agak teruk. (Y_______Y) Dua hari berturut-turut Gypsy diserang cirit-birit, Guci je yang masih bertahan. Mereka cukup gemar jenama ini, waktu makan laju habiskan portion masing-masing. Tapi mungkin ada kandungan dalam ramuan yang Gypsy tak tahan. Kasihan melihat Gypsy, saya meminta Dewa hati membelikan makanan lain buat kekucing.

  • Royal Canin - Indoor Beauty. Biarlah mahal, asalkan kekucing sihat. Harganya sama dengan Royal Canin - Hair and Skin. Saya terpaksa korbankan impian membeli shower gel Body Shop gayanya. Demi kekucing bukan? Harap mereka akan membalas jasa saya apabila dewasa kelak? (+_______+)

Oh, kekucing saya tidak hanya memakan makanan kering. Dalam seminggu, saya berikan mereka makanan basah dalam tin sebanyak dua kali.

Ya. Jenama Fancy Feast, padat dan menyelerakan.
Saya tak rasa tau! Tapi saya tahu mesti sedap sebab Guci pandai merayu meminta-minta makanan ini selalu. Hihi~


Saya berharap ada cadangan makanan kucing yang lebih murah berbanding Royal Canin dan sangat berkesan. Gua nak kahwin ni, bila nak cukup duit kalau berjuta-juta habis kat kekucing? Kedai haiwan peliharaan yang lazim saya pergi di sini, kurang pilihan jenama Iams dan lain-lain. Terpaksa membeli mana yang ada. Tahun baru cina ini saya akan pulang ke Kuala Lumpur, mungkin pada masa itu saya terpaksa borong makanan kucing sekali. Haha~


Sudah lewat malam, saya mahu tidur ditemani kekucing. Kasihan mereka dikutuk tuan sendiri.
*Haih~*
Toodles peeps!


***

7 comments:

  1. Utk bulu so far royal cannin one of the best. Utk gemuk n berisi rasanya pro plan..so far elakkan makanan commercial. .sbb byk garam n by end product.apa kata lepas ni cuba brand taste of the wild,blackwood..seeloknya bg premium cat food..selebihnya terpulang.wallahuaqlam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas komen dan cadangan. Setuju dengan elakkan makanan commercial tu, memang bahaya untuk kesihatan kucing.

      Selepas post ini, saya memang pernah cuba Blackwood beberapa kali, kesannya elok tapi kucing saya lebih serasi dengan Royal Canin. :)

      Delete
  2. assalamualaikum...
    royal canin memang best...harga pun best... sblum ni sy pun guna royal canin gak.. tp poket robek gak la kalo nk guna skrng coz kucing dh makin bertambah... dh mencecah 15 ekor tk termasuk yg dalam perut lagi tu.. hahahah... cuba awk tukar kepada blackwood or sportsman pride.. tp sy guna yg kitten.. so far ok, bulu pun cm makin cantik. lagi pun ni harga makanan premium yg paling murah. and satu lagi kena tngok gak gandungan protein dlm setiap makanan kucing coz 2 yg paling penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaykumsalam Aufa,

      Wah! 15 ekor? Mulianya hati awak jaga kucing sebanyak tu. Sekarang Aufa tinggal di mana? Skrg saya beli Royal Canin di Damansara Utama, harga agak murah kalau beli pek 10kg.

      Betul tu, Sportsman Pride murah dan bagus. Cuma skrg saya selesa feed mereka dgn Royal Canin & Holistic Select.

      Delete
  3. nak tau Tuscan Natural kategori apa ye?super premium or holistic?

    ReplyDelete