Oct 14, 2011

Hanya pada Allah

***


Assalamualaykum dan salam bahagia...
...buat semua orang yang sedang menjalankan amanah sebagai hamba Allah di muka bumi ini.


Selagi bernafas di bumi Allah, ya, kita memegang amanah. Kita tidak memiliki hak mutlak melakukan semua perkara yang kita mahu sesuka hati.

Ini benar!
Hidup kita harusnya berpandukan suruhan dan larangan yang sudah ditetapkan oleh Pencipta kita. Masya-Allah. Memikirkan hal ini sedalam-dalamnya, saya makin beremosi. Tak memasal sungguh!



Sejak beberapa bulan lalu, saya disuakan dengan dugaan-dugaan memeritkan. Pada masa ini, saya masih dan sedang melaluinya. Mestilah sedih..... hampir setiap hari saya memikirkan hal yang sama.
Kadang jadi buntu, kadang jadi tak keruan. Ada masanya, saya tenang sekali dan dalam fikiran semuanya positif. Namun, masa-masa perit menahan rasa adalah yang paling kerap meneman.

Dugaan hidup selalunya membawa makna kehidupan yang sebenar pada diri kita, moga dugaan kali ini juga memberi manfaat besar dalam hidup saya kelak.




Dari Abdullah r.a:

"Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika baginda sakit, lalu kusentuh baginda dan berkata: "Ya Rasulullah! Demammu bertambah teruk."
Jawab baginda, "Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu.
Kataku pula, "Semoga Rasulullah mendapat pahala berganda pula."
Jawab baginda: "Semoga!"
Kemudian baginda bersabda: "Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya."




Anas berkata, Rasulullah (s.a.w) bersabda:

“Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah dan sesiapa yang bersikap keluh-kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah.”
(at-Tirmidzi dan Ibn Majah)





Moga Allah mengizinkan saya menemui jalan keluar secepatnya serta memberikan saya ketabahan hati yang tinggi dalam waktu-waktu terdekat ini. Amin ya Rabb.
Dan semoga selepasnya nanti, jalan hidup saya lebih berkat dan bahagia. Amin.


Kekucing ini adalah antara amanah buat saya.
Moga mereka berdua terus hidup baik-baik menghiburkan hati saya yang kasihan.
(Y____Y)




Barusaha dan bertabahlah diriku ini!
Kerana kekucing memerlukan kau, Ainn! (err... yakah?) (~~.)


***

Oct 2, 2011

Tabahlah, Ainn!



***
(^_^)
Salam ceria... Hai, hai, hai! Gembirakah kalian hari ini?

Gembira atau tidak, berikanlah senyuman untuk diri sendiri ya. Kalau pun SEMUA yang ada di sekeliling kita menyumbang rasa kecewa, kita ada diri kita sendiri untuk membahagiakan hati. Ingat! Jangan down sangat!
Ini semua adalah motivasi untuk diri saya sendiri. Kasihan bukan?


Masuk bulan Oktober ini, saya diselubung dugaan dan cabaran hebat. Serius! Saya tak sangka saya melalui hari-hari yang menguji sabar hati selain menuntut keputusan khas buat diri sendiri diambil. Drastik dan tegas!



Dalam ruangan uji minda mana-mana majalah, buku, komik, suratkhabar dan seumpamanya,

SAYA PALING BENCI MENYELESAIKAN MAZE!

Paling malas!

TAK SUKA!

No

Grrrr!

Jangan...... aku kata jangan.......

Grrrrrr!



Haih~ Pasal uji minda saja punnnnnn, jangan emosi boleh?!



Ya, baiklah. Kerana dalam realiti kehidupan, saya wajib menghadapinya sama ada suka atau tidak. Bukan sekadar menghadap, kena selesaikan juga walaupun emosi tidak tentu arah.
Inilah kehidupan, kita takkan pernah dapat menjangka apa yang akan muncul di sepanjang perjalanan.



Mesti menangis. Mesti! Mesti!

Sebab saya memang cengeng.




Dengan rendah hati, memang pertolongan Allah sahaja yang saya harapkan ketika ini kerana Allah sahaja mengetahui apa yang terbaik buat hidup saya. Moga dugaan ini disertakan hikmah paling manis dan menguatkan lagi iman dan takwa saya pada Maha Pencipta.
Ameen ya Rabb.


(^______^)

***