May 17, 2011

Saya mahu menang

***

Assalammualaikum. Hai, hai semua....

Hari ini hari cuti sempena sambutan Hari Wesak. Jadi... apa lagi? Bangun awal-awal, siapkan apa yang patut dan selepas tu bolehlah keluar berlibur dengan sewenang-wenangnya.

Tapi, mengemaskini blog bukan persiapan yang patut dibuat. Saya je yang miang tangan nak menyertai pertandingan sebenarnya. Hahaha, boleh percaya? Pagi-pagi lagi gigih menyertai pertandingan yang entah saya layak menang atau tak.


Well,
"Sometimes we play the game though we know we will lose and sometimes we do not want to start playing the game even we already win it."

Hoh? Faham tak? Abaikannnnnnnn!




Okey, inilah pertandingan yang saya mahu sertai tu.
...
...
...
...
...


KISZYDOLLS GIVEAWAYS CONTEST!!!




Marilah sertai sama-sama.
Kalau berjaya, dapat 2 Kiszydolls Mr. Bebey. Apakah Mr Bebey tu?
Lihat di bawah!







Kacak sungguh Mr. Bebey ni semua, siap beratur macam sesi fotografi bersama URTV.
(^o^)


Lagi di studio URTV.
Hehehehe.


Hah, kagum I!
Posing baring-baring pun! Eh, yang merah jambu tu meh sini jap. Nak peluk.
(^____________^)



Mahu tahu dari mana asal semua Kiszydolls ni? Cuba tengok sini.


Ini kad perniagaan Cik Balqis


Harap-harap saya dapat. Pejam mata kejap, berdoa dalam hati sungguh-sungguh. (*___*)

Sesiapa yang lain nak sertai, silalah bertindak pantas ya. Tarikh tutup dah nak dekat, 20 Mei ini. Tapi masih sempat lagipun syaratnya mudah-mudah belaka. Apa syaratnya?

  1. Jadi 'Follower' blog Kiszydolls. Blog ini tau.
  2. Lepas tu komen pada entri Kiszydolls Giveaways.
  3. Buat satu entri terangkan tentang giveaways ini di blog masing-masing.

    dan................................................


  4. Letakkan 4 gambar seperti di atas pada entri kita tadi.

Dah selesai. Mudah dan senang lagi menyeronokkan bukan? Lagi seronok kalau dapat peluk Mr. Bebey percuma selepas sertai giveaways ini. Awwwwwww~


Okey, itu sahajalah. Pagi dah makin cerah, saya mahu sambut hari cuti ini dengan kegembiraan. Ewahhhhhh~ Macam tak pernah cuti je aku ni!


Bye, bye, bye. (^___^) Jumpa lagi.


***

May 10, 2011

Panas satu badan

***

  • Berita tidak gembira:

Sekarang cuaca panas sedang melanda. Adoi! Nak tidur malam pun susah. Saya siap mandi sebelum tidur sebab rasa berlengas satu badan walaupun hanya duduk dalam rumah sepanjang hari. Inilah waktunya saya fikir, mendung pun baik juga manfaatnya, siapa kata panas hingga ke petang selalu diharapkan? Tak tahanlah kalau panas memanjang, betul tak?

Tak syok betul. Hampir-hampir 40 darjah celcius mengikut laporan berita. Kesian tengok kekucing saya yang tak betah nak baring-baringkan badan, kepanasan juga agaknya. Kebiasaannya saya tak suka tidur dengan kipas dihala pada tubuh saya, tapi sekarang kipas siap pasang pada kelajuan paling tinggi dan dihala tepat pada badan. (T___T)

Apapun, kenalah bersabar buat sementara waktu ini, kan?



  • Berita gembira:

Cuaca panas ini akan berakhir minggu depan!

"Cuaca panas dijangka berakhir minggu depan
2011/05/09

KUALA LUMPUR: Suhu panas yang melanda Semenanjung Malaysia ketika ini hanya bersifat sementara dan dijangka berakhir dalam masa seminggu lagi, kata Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Liong.

Beliau berkata, keadaan panas ketika ini sehingga menjangkau suhu 36.2 darjah Celcius adalah disebabkan Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina, meniup angin dari arah Barat Daya ke negara ini."


Yippa! Yippa!
Tak sabar tunggu minggu depan. InsyaAllah, kalau ramalan ini tepat.



***


Okey, itu sahaja. Saya terpaksa tidur sekarang walaupun badan mula berlengas semula. "Gila kau, baru satu jam setengah yang lepas aku mandi, tahu?"
Adoi, bil air bulan ini pasti meningkat dengan cemerlang.


Selamat mengharungi cuaca panas dengan sabar dan pastikan minum air kosong banyak-banyak bagi mengelakkan masalah kesihatan.


Bye! Bye! Bye!


***

May 2, 2011

Dua cerita merepek


***



Salam sayang... Hai, hai, hai...
Pueh hati den, kau tahu?

Saya a.k.a si jakun memanjang dah berjaya pergi makan hidangan negara Arab yang sedang meningkat popularitinya di sekitar Lembah Klang. Cheeeeey-wah~


Oooooooo Yeahhhhhhh.....




Makan Al-Diafah Rice with Mendy Lamb, puaslah hati si Dewa Hati!
Selama ini, dia gilakan Nasi Beriyani Kambing, sekarang dah jumpa port untuk makan kambing puas-puas.


Hehe...


Sedang elok berbual sambil makan tengahari, Dewa Hati tunjuk satu gambar dalam poster promo Restoran Al-Diafah.

...

...

...

...

...

...

...

...

...




Kata Dewa Hati, "Cantik."
"Memang cantik. Dan saya mahu," jawab hati saya.
Hahahaha~ Terus saya buat mata terkelip-kelip gedik.





Bye!
(Y__________Y)"



***