Aug 21, 2011

Entri Raya - Oi! Sabar boleh tak?

***


Assalammu 'alaykum, para pembaca. :)

PERASAN! Tak payah nak 'pembaca' sangat! Siannnn ko....


(~__~)

Hiap! Mengapa begitu lahar sekali kutukan itu? Bulan-bulan Ramadhan ni jangan sukacita sangat berjahat mulut eh.

Apapun yang berlaku, saya sedang mengecapi kegembiraan sekarang. Kalau pun tak ada orang ambil kisah, saya tetap bergembira sekarang.




Sebabnya ialah.....






emm.....






saya dapat.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

TIKET PULANG KE KAMPUNG, UOLLS!

Oooooo Yeah!





PHEEWITTTTT!
Joget-joget sikit!!!
SmileySmiley


Seronoknya, wei!!

First time okeh!
Julung-julung kalinya, saya berpeluang fenfeeling jadi perantau di Aidilfitri.

MAU TAK JAKUN?!

Cool Smiley




"Eh, ke mana perginya kereta kaler perak CikAin yang penuh calar-balar tu? Kan lebih senang balik kampung drive sendiri."
Hmmm... penjelasan hal ini sebenarnya agak panjang.
(Dah boleh sangat lupakan persoalan di atas disebabkan kemunculan perkataan 'agak' pada ayat respon tu. 'Agak' dalam konteks ini membawa maksud PANJANG DAN MEMBOSANKAN.)


Eyh, tak mahu lah excited sangat hal raya. Walhal di alam nyata yang sebenar-benarnya pun, saya bukan raya-type person (o_O) ???DANG!!!
Heheheh. Maaf. Ya, ya, saya memandai-mandai suai padan perkataan sehingga terhasil kerosakan terma sebegini.
Sekiranyalah ada yang tahu wujudnya perkataan yang tepat atau lebih sesuai digunakan, bolehlah beritahu saya ya.


p/s: Entri ni ala-ala excited dengan tema raya sebenarnya adalah disebabkan saya dapat cuti seminggu. Fine!




Demi menjiwai watak sebagai anak perantau yang nak balik kampung beraya, sanggup naik flight okeh?!

Hahahaha haha.

__________________________________________________________






Till then.
Semoga terus bersemangat menjalani Ramadhan ya, pembaca. :)

Sian ko! 'Pembaca' sangat kannnnn?

(~~.)

Aug 14, 2011

Ini kira nafsu bulan puasa

***


Hujan turun di tengah hari 14 Ramadhan ni.


Entah mana datang idea, saya teringin nak pergi Universal Studios Singapore (USS) lagi. Tahun lepas dah pergi dengan rombongan adik-beradik dan Dewa Hati, sakan berjalan sampai USS dah tutup. Lenguh kaki akibat berjalan tak sedar diri pun masih teringat-ingat.

Siap Dewa Hati cakap dia tak mahu pergi lagi sebab memang kat sana panasnya bukan main!!! Pagi-pagi mulakan penjelajahan taman tema tu memang syok, udara masih nyaman dan mesra dengan kulit kita. Bila matahari mula meninggi, HAMBIK KAU! Macam sedekah muka untuk dilecurkan. T___T


Ada satu faktor yang buat saya teringin nak pergi lagi.

Sebab...





....

ia sudah dibuka!


Ada elemen seram.
Tapi nampak memuaskan hati.





Siapa nak pergi sana dan mahu naik ride ini, tolong ajak saya. Y______Y


***

Aug 6, 2011

Satu jiwa, satu warna

***

Salam semua...... (^_^)
Lagi berapa hari kita kena berpuasa? Tak masal terus tanya soalan macam tu untuk memulakan entri. (~_~')

Cuma nak kongsi, mengikut kiraan kalendar Islam ataupun penentuan hisab, Ramadhan kali ini akan berlangsung 29 hari sahaja. Memang jarang-jarang negara kita sambut Ramadhan 29 hari. Seingat ingatan saya yang 70% saja boleh percaya kerana keterlupaan mengisi 30% lagi kapasiti ingatan, sudah lebih 20 tahun kita berpuasa 30 hari di bulan Ramadhan pada tahun-tahun sudah. Tunjuk hebatkah? Banyak benar angka dicatat dalam perenggan ini. Walhal sejak sekolah menengah, subjek yang membabitkan penggunaan angka buat aku pitam.

Okey, saya mahu cerita-ceriti fasal raya. Amboi sungguh, bukan? Tapi demam raya dah pun mula, kan? Contoh demam raya, cenggini: <-- gaya orang JB cakap

Sebulan sebelum puasa, baju raya dah siap hantar tempah, sample kuih raya dah siap diedarkan, tempoh bercuti di kampung dah siap rancang. Bukan orang lain ni, saya pun sama. Selamba tempah baju lebih sebulan lepas. Kakak sulung saya pun dah set warna baju raya kami sekeluarga.
Itu dia satu lagi trend sambut raya masa kini!

BAJU RAYA WARNA SEDONDON!!


Ya betul!!! Keluarga saya pun termasuklah pengikut trend ini!!! Huhuhu.
In semua gara-gara idea asal oleh kakak sulung saya dalam beberapa tahun lalu diterima dan terus jadi kelaziman famili saya. Ala-ala beraya dengan slogan 'SATU KELUARGA, SATU JIWA, SATU WARNA' gitu....
Hakikatnya, saya ada sedikit ketidakselesaan dengan kelaziman ini. Sikit sahaja pun. Tak sampai tahap memberontak hendak pakai baju warna lain. Padahnya nanti, pegang watak anak pungut pada hari raya nan meriah. Nak?

Bayangkan, enam orang jalan beraya dengan masing-masing berbaju warna hijau cair contohnya, saya penuh yakin berbaju warna shocking pink. Sudahlah susuk badan teramat berbeza dibanding dengan adik-beradik lain, dah cukup asing, lagi mau tunjuk rebel. Nak lebih mengada, baju shocking pink tadi saya buat fesyen kaftan dengan manik bersinar-sinar penuh daripada leher ke pinggang. Sedangkan dua orang kakak saya tawaduk dan bersederhana dengan baju kurung.
(Y______________________Y)


Itu seeking for attention namanya!!!!!!
"Pathetic~~."

Sambung lagi...
Ketidakselesaan berpakaian sedondon saya bermula Aidilfitri tahun 2009, Aidilfitri pertama tanpa arwah Mak dan menyebabkan aktiviti di pagi hari raya pertama sudah sedikit berubah. Selesai solat sunat Aidilfitri, kami satu keluarga menziarahi kubur arwah Mak. Waktu kami menziarah ini sememangnya adalah waktu puncak, berpuluh-puluh atau mungkin juga beratus-ratus keluarga lain pun menziarahi kubur. Jakunlah sikit sebab tak pernah ke tanah perkuburan pagi hari raya pertama.
Hmmmm.... di sinilah permulaan rasa tak seronok sekeluarga sedondon. Sana sini saya nampak setiap keluarga dengan warna seragam masing-masing. Dalam puluh-puluh atau ratus-ratus keluarga itu, berpotensi sangat lima atau enam (anggaran minima saya letakkan demi jaga hati sendiri) keluarga lain sedondon dengan saya. Jika purata satu keluarga 5 orang ahli, sudah ada 25 orang yang sedondon dengan saya, tak termasuk enam orang ahli keluarga sendiri.
WARGHH!!! NAMPAK TAK?! NAMPAK TAK?! TAK BEST, TAHU!!
(Y___________Y)

How on earth this particular thing cross my mind at this particular time, the first Eid I visited arwah's grave?

Selesai menziarah kubur, kami ke rumah Pak Lang saya untuk beraya. Langsung saya memanjatkan harapan agar tidak ada keluarga lain yang berpakaian sedondon dengan kami datang beraya juga pada waktu yang sama. Tak syok tau! "Overreact, I know."
----------

Aidilfitri tahun lepas saya meziarahi kubur arwah Mak dengan mengenakan Abaya hitam pemberian Abah. (^___^)V

Karang nanti di masa depan, jangan pula terkejut kalau saya berubah. Mana tahu jadi ibu yang beli kain 3- 4 kayu, buat baju raya sedondon dengan anak-anak. Silap-silap buat untuk seminggu raya lagi. (O.O) Hahahahahambik kau!!!


Ada ke orang hairan dengan semua yang kau tuliskan, Ainn oi?! (~~,)


***

Aug 2, 2011

Entri Ramadhan 1432H


***

Salam Ramadhan semua....
Maaf, lambat sikit nak bagi ucapan, tak apa kan? Lambat 4 hari sahaja pun.

Saya berjaya pulang ke Ampang minggu lepas. Weehoooo~
Dua hari sebelum Ramadhan tiba di sana selepas mengharungi lebuhraya PLUS. Awal-awal dahulu, taklah hairan sangat nak memandu 4 hingga 5 jam, sebab ada semangat berkobar-kobar. Sekarang, gila malas dan bayangan kepenatan memandu berjam-jam menghantui otak walaupun belum bertolak.

Setiap kali pulang ke Ampang, saya sebenarnya pasti ada agenda lain juga. Yelah, alang-alang menyeluk pekasam, bukan? Ataupun, sambil menyelam minum air atau apa-apa peribahasa lain yang berkaitanlah.
Dan.........



....saya telah bertemu selebriti TV yang semakin dikenali! Orang popular di stesen TV baru.
Chewah kau!
Marilah tonton kekacakan beliau sebelum mengisi borang penjodohan sukarela. Hahahaha~




Syafiq Zulakifli, pengacara rancangan Assalammualaikum di TV Alhijrah.
Ampun ya, Syafiq. Saya bukan sengaja nak jadi ejen pencari jodoh, tapi manalah tahu kan? Boleh dapat melalui entri ini....
Hehehehe. (^____^)V

Sebenarnya, Tuan Syafiq ini rakan sejawatan saya semasa di PTS dahulu. Latarbelakang bidang beliau memang berbeza dengan saya, tapi saya senang berkawan dengan dia. Maklumlah, orang punya latar agama yang baik, senang nak rujuk apa-apa. Lebih kurang setahun tak berjumpa, malam itu saya berjaya culik beliau sejam dua.
Hmmmm, dulu masa bekerja sebumbung dia masih single. Sekarang saya tak pasti, kiranya kalau nak isi borang penjodohan pun tak tahu berapa peratusan peluang yang ada. Hehe.

Kemudian, saya ada aktiviti hebat untuk para wanita ketika berada di Lembah Klang. Yakni SHOPPING. Hah, tak sudah-sudah aku kan? Kat JB cari tempat shopping, kat KL pun nak shopping juga.
Tapi ini best, sebab saya pergi pusat memborong di Plaza GM Klang. Hahahaha~
Hambik kau, tak puas habiskan duit beli satu-satu, aku cari tempat beli barang secara pukal. Jadinya, wang yang dihabiskan pun berpukal-pukal juga!

Seterusnya, saya pulang ke rumah Abah untuk aktiviti wajib kepulangan kali ini. Kami sekeluarga berkumpul melaksanakan tahlil buat arwah mak dan ahli keluarga lain yang sudah tiada. Keluarga saya selalunya akan bertahlil secara kecil-kecilan, adik-beradik dan saudara terdekat sahaja yang berkumpul.

Bila sampai bab makan-makan, kami satu famili keluar ke restoran pilihan. Oh, sekaligus menyambut ulangtahun hari kelahiran Abah dan adik saya. Satu malam siap semua sambutan wajib untuk ahli keluarga, aktif bukan?


Makanan menimbun macam kenduri, padahal tujuh orang je punnnnnnnn.
(Y______Y)
First time merasa air teh yang ada mint. Sedap pun!


Hari Ahad, sehari lagi sebelum kita mula berpuasa. Saya dan Dewa Hati keluar untuk menjelajah kota Kuala Lumpur. Niat hati nak habiskan duit lagikah? Gila kau!
Tekak saya teringin sangat nak menyumbat minuman Arisee di Restoran Wadi Hadramawt. Apalagi, bergandingan bahu kami berdua menuju ke Jalan Ampang untuk mengenyangkan perut masing-masing.

Ini dia Arisee. Lazat dan pekat!


Dan...
Hari pertama umat Islam berpuasa sudah tiba dengan cemerlang!

Saya masih di Ampang kerana negeri Johor adalah antara negeri yang bercuti pada 1 Ramadhan setiap tahun. Kerana jakun dapat cuti umum peringkat negeri, hati saya gembira oi!

Bersahur dengan jayanya walaupun perut belum biasa makan awal di awal-awal pagi. Jadi, saya bersahur nasi asal mengisi perut sahaja. Tetapi kurma cap Safia Yusuf Taiyob sedap benar rupanya, saya mengunyah kurma ini berketul-ketul. Hehehe.
Minggu lepas beli dua kotak kurma ini daripada rakan sepejabat, harganya murah sikit dari harga di kedai Uncle Johnny bawah blok apartment saya ni. Kedua-dua kotak saya bawa pulang ke Ampang sebab Abah saya memang suka kurma, rupanya di rumah sudah ada dua kotak lagi kurma cap sama. (Y______Y)

Petang tu, kami bertolak pulang ke Johor. Wowowo. Memang tak syok. Apatah lagi selepas melihat seekor anak kucing milik adik saya mati ketika kami sedang menyapu ubat pada telinga berkurapnya.
Tragis! (T____T)

Lebih sayu sebab saya berbuka di tepi lebuhraya. Kami berhenti di hentian sebelah Pedas-Linggi sebab tak sempat sampai R&R. Tapi saya sempat hubungi Abah beberapa minit sebelum berbuka Mee Kari masakan kakak sulung saya.
Sadis pula. (T_____T)

-------
Kerana kurang rajin bersosial, saya terlambat beberapa perkara penting. Antaranya, meminta maaf daripada semua orang sebelum Ramadhan. Namun, di sini saya tetap mahu memohon maaf daripada semua orang yang pernah saya goreskan hatinya sengaja mahupun tidak. Semoga kita sama-sama dapat merebut berkat amalan bulan paling mulia ini. Amin.
-------

Tiba-tiba ada rasa ingin menepek gambar terbaharu dengan penampilan baharu saya.
Okey, ada sentimen mula perasan yang saya memiliki wajah comel. DANG!




Alhamdulillah. Moga hidup saya lebih sempurna, InsyaAllah.

(^______^)
Salam Ramadhan semua.


***