Aug 2, 2011

Entri Ramadhan 1432H


***

Salam Ramadhan semua....
Maaf, lambat sikit nak bagi ucapan, tak apa kan? Lambat 4 hari sahaja pun.

Saya berjaya pulang ke Ampang minggu lepas. Weehoooo~
Dua hari sebelum Ramadhan tiba di sana selepas mengharungi lebuhraya PLUS. Awal-awal dahulu, taklah hairan sangat nak memandu 4 hingga 5 jam, sebab ada semangat berkobar-kobar. Sekarang, gila malas dan bayangan kepenatan memandu berjam-jam menghantui otak walaupun belum bertolak.

Setiap kali pulang ke Ampang, saya sebenarnya pasti ada agenda lain juga. Yelah, alang-alang menyeluk pekasam, bukan? Ataupun, sambil menyelam minum air atau apa-apa peribahasa lain yang berkaitanlah.
Dan.........



....saya telah bertemu selebriti TV yang semakin dikenali! Orang popular di stesen TV baru.
Chewah kau!
Marilah tonton kekacakan beliau sebelum mengisi borang penjodohan sukarela. Hahahaha~




Syafiq Zulakifli, pengacara rancangan Assalammualaikum di TV Alhijrah.
Ampun ya, Syafiq. Saya bukan sengaja nak jadi ejen pencari jodoh, tapi manalah tahu kan? Boleh dapat melalui entri ini....
Hehehehe. (^____^)V

Sebenarnya, Tuan Syafiq ini rakan sejawatan saya semasa di PTS dahulu. Latarbelakang bidang beliau memang berbeza dengan saya, tapi saya senang berkawan dengan dia. Maklumlah, orang punya latar agama yang baik, senang nak rujuk apa-apa. Lebih kurang setahun tak berjumpa, malam itu saya berjaya culik beliau sejam dua.
Hmmmm, dulu masa bekerja sebumbung dia masih single. Sekarang saya tak pasti, kiranya kalau nak isi borang penjodohan pun tak tahu berapa peratusan peluang yang ada. Hehe.

Kemudian, saya ada aktiviti hebat untuk para wanita ketika berada di Lembah Klang. Yakni SHOPPING. Hah, tak sudah-sudah aku kan? Kat JB cari tempat shopping, kat KL pun nak shopping juga.
Tapi ini best, sebab saya pergi pusat memborong di Plaza GM Klang. Hahahaha~
Hambik kau, tak puas habiskan duit beli satu-satu, aku cari tempat beli barang secara pukal. Jadinya, wang yang dihabiskan pun berpukal-pukal juga!

Seterusnya, saya pulang ke rumah Abah untuk aktiviti wajib kepulangan kali ini. Kami sekeluarga berkumpul melaksanakan tahlil buat arwah mak dan ahli keluarga lain yang sudah tiada. Keluarga saya selalunya akan bertahlil secara kecil-kecilan, adik-beradik dan saudara terdekat sahaja yang berkumpul.

Bila sampai bab makan-makan, kami satu famili keluar ke restoran pilihan. Oh, sekaligus menyambut ulangtahun hari kelahiran Abah dan adik saya. Satu malam siap semua sambutan wajib untuk ahli keluarga, aktif bukan?


Makanan menimbun macam kenduri, padahal tujuh orang je punnnnnnnn.
(Y______Y)
First time merasa air teh yang ada mint. Sedap pun!


Hari Ahad, sehari lagi sebelum kita mula berpuasa. Saya dan Dewa Hati keluar untuk menjelajah kota Kuala Lumpur. Niat hati nak habiskan duit lagikah? Gila kau!
Tekak saya teringin sangat nak menyumbat minuman Arisee di Restoran Wadi Hadramawt. Apalagi, bergandingan bahu kami berdua menuju ke Jalan Ampang untuk mengenyangkan perut masing-masing.

Ini dia Arisee. Lazat dan pekat!


Dan...
Hari pertama umat Islam berpuasa sudah tiba dengan cemerlang!

Saya masih di Ampang kerana negeri Johor adalah antara negeri yang bercuti pada 1 Ramadhan setiap tahun. Kerana jakun dapat cuti umum peringkat negeri, hati saya gembira oi!

Bersahur dengan jayanya walaupun perut belum biasa makan awal di awal-awal pagi. Jadi, saya bersahur nasi asal mengisi perut sahaja. Tetapi kurma cap Safia Yusuf Taiyob sedap benar rupanya, saya mengunyah kurma ini berketul-ketul. Hehehe.
Minggu lepas beli dua kotak kurma ini daripada rakan sepejabat, harganya murah sikit dari harga di kedai Uncle Johnny bawah blok apartment saya ni. Kedua-dua kotak saya bawa pulang ke Ampang sebab Abah saya memang suka kurma, rupanya di rumah sudah ada dua kotak lagi kurma cap sama. (Y______Y)

Petang tu, kami bertolak pulang ke Johor. Wowowo. Memang tak syok. Apatah lagi selepas melihat seekor anak kucing milik adik saya mati ketika kami sedang menyapu ubat pada telinga berkurapnya.
Tragis! (T____T)

Lebih sayu sebab saya berbuka di tepi lebuhraya. Kami berhenti di hentian sebelah Pedas-Linggi sebab tak sempat sampai R&R. Tapi saya sempat hubungi Abah beberapa minit sebelum berbuka Mee Kari masakan kakak sulung saya.
Sadis pula. (T_____T)

-------
Kerana kurang rajin bersosial, saya terlambat beberapa perkara penting. Antaranya, meminta maaf daripada semua orang sebelum Ramadhan. Namun, di sini saya tetap mahu memohon maaf daripada semua orang yang pernah saya goreskan hatinya sengaja mahupun tidak. Semoga kita sama-sama dapat merebut berkat amalan bulan paling mulia ini. Amin.
-------

Tiba-tiba ada rasa ingin menepek gambar terbaharu dengan penampilan baharu saya.
Okey, ada sentimen mula perasan yang saya memiliki wajah comel. DANG!




Alhamdulillah. Moga hidup saya lebih sempurna, InsyaAllah.

(^______^)
Salam Ramadhan semua.


***

No comments:

Post a Comment