Oct 14, 2011

Hanya pada Allah

***


Assalamualaykum dan salam bahagia...
...buat semua orang yang sedang menjalankan amanah sebagai hamba Allah di muka bumi ini.


Selagi bernafas di bumi Allah, ya, kita memegang amanah. Kita tidak memiliki hak mutlak melakukan semua perkara yang kita mahu sesuka hati.

Ini benar!
Hidup kita harusnya berpandukan suruhan dan larangan yang sudah ditetapkan oleh Pencipta kita. Masya-Allah. Memikirkan hal ini sedalam-dalamnya, saya makin beremosi. Tak memasal sungguh!



Sejak beberapa bulan lalu, saya disuakan dengan dugaan-dugaan memeritkan. Pada masa ini, saya masih dan sedang melaluinya. Mestilah sedih..... hampir setiap hari saya memikirkan hal yang sama.
Kadang jadi buntu, kadang jadi tak keruan. Ada masanya, saya tenang sekali dan dalam fikiran semuanya positif. Namun, masa-masa perit menahan rasa adalah yang paling kerap meneman.

Dugaan hidup selalunya membawa makna kehidupan yang sebenar pada diri kita, moga dugaan kali ini juga memberi manfaat besar dalam hidup saya kelak.




Dari Abdullah r.a:

"Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika baginda sakit, lalu kusentuh baginda dan berkata: "Ya Rasulullah! Demammu bertambah teruk."
Jawab baginda, "Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu.
Kataku pula, "Semoga Rasulullah mendapat pahala berganda pula."
Jawab baginda: "Semoga!"
Kemudian baginda bersabda: "Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya."




Anas berkata, Rasulullah (s.a.w) bersabda:

“Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah dan sesiapa yang bersikap keluh-kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah.”
(at-Tirmidzi dan Ibn Majah)





Moga Allah mengizinkan saya menemui jalan keluar secepatnya serta memberikan saya ketabahan hati yang tinggi dalam waktu-waktu terdekat ini. Amin ya Rabb.
Dan semoga selepasnya nanti, jalan hidup saya lebih berkat dan bahagia. Amin.


Kekucing ini adalah antara amanah buat saya.
Moga mereka berdua terus hidup baik-baik menghiburkan hati saya yang kasihan.
(Y____Y)




Barusaha dan bertabahlah diriku ini!
Kerana kekucing memerlukan kau, Ainn! (err... yakah?) (~~.)


***

No comments:

Post a Comment