Showing posts with label KLIBF 2010. Show all posts
Showing posts with label KLIBF 2010. Show all posts

Apr 3, 2010

Saya Anak Abah

***

Selamat datang bulan April.


Saya berehat panjang. Yah, sangat panjang selepas PBAKL 2010 kelmarin-kelmarin tu. Berehat daripada menulis blog ini kerana otak tidak aktif memerah idea penulisan, kerana fizikal lemah, kaki lenguh (berkaitankah?), demam menular, kerja tertangguh berguni-guni dan semua yang disebutkan adalah alasan.
*gulp* Pemalas, senang cerita.


Tiada banyak yang mahu saya kongsikan berkenaan PBAKL 2010 rasanya, semua sudah banyak dicoret sana sini. Bagi yang terlibat, yang hadir mahupun yang membantu saya dalam menjayakan aktiviti-aktiviti PTS Fortuna di PBAKL 2010 lalu, TERIMA KASIH! ^ _ ^
Bagi yang disusahkan, yang terhiris perasaan, yang tak sempat saya terlayan, maafkan saya. Memang masih perlu diperbaiki, saya tahu. T __ T


Minggu PBAKL berlangsung, saya memang sibuk. Badan jenis mudah letih jadi saya terus tertidur sebaik sampai ke rumah.


Hari terakhir saya bertugas di PBAKL adalah hari terakhir pameran. Hari itulah abah saya telefon "Hari ini tak balik Ampang?"
*gulp*
Dengan nada perlahan saya katakan, "Hari ini masih bertugas di PWTC. Mungkin dalam minggu akan datang, dapat balik."


Tiba-tiba hati sayu. Abah mesti ada mahu kongsikan apa-apa perkara kalau sampai tahap dia telefon saya dan tanya hal balik ke Ampang. Sejak arwah bonda pergi, abah tak ada lagi teman berbual. Arwah bonda sendiri pernah katakan "Orang macam abah, kalau sudah tiada isteri, hidupnya goyah."


Saya harap abah masih tabah. Setabah hari pertama abah dapat tahu kondisi bonda dalam koma. Setabah di ICU ketika arwah bonda baru menghembus nafas terakhirnya. Setabah waktu dia menguruskan jenazah isterinya tanpa titis air mata. Setabah saat dia membacakan talkin buat bonda selesai pengebumian dengan getar suara yang ditahan-tahan.


Saya tahu semakin lama, abah makin rasakan kesunyian kerana tiada isteri disisi. Tiada juga aktiviti rutin yang biasa dilakukan bersama arwah bonda. Saya tahu, hari-harinya makin kosong.


Kalau dahulu, dia hanya berbual sekejap setiap kali saya pulang ke rumah.
Sekarang, dia lazim mengajak saya keluar makan di restoran. Dia minta saya carikan benda itu, banda ini. Dia tanyakan "Buku apa yang baru terbit?"


Dia akan suka mendengar saya bercerita tentang buku-buku kegemaran saya. Dia minta juga saya bawakan buku bagi dibacanya.
Dia punya masa kosong yang banyak kerana ketiadaan arwah bonda.


Saya masih tercari-cari cara mengurangkan kekosongan abah. Hingga hari ini, saya masih belum tahu apa yang betul-betul pasti membuatkan abah tidak lagi bosan. Mungkin saya takkan dapat pun mencari caranya. Atau mungkin caranya pun tiada.


Saya cuma berdoa supaya abah sentiasa tabah dan sabar. Amin.


Kali pertama menyambut Aidilfitri tanpa arwah bonda di kampung halaman arwah.

Mar 19, 2010

Wachaaa!

***
Malam ini malam penuh persediaan.

Esok PBAKL 2010 akan bermula, dan saya akan bertugas. Pada hari pertama! Ya, memang indah.
Hohoho.

Saya sudah cuba bersedia walaupun tak tahu untuk apa. Bukan tak pernah menjadi petugas di PBAKL. Tapi kali ini, semangatnya lain macam.
Apa kau repekkan, labu?


Walaupun PBAKL yang bakal menyibukkan editor-editor PTS bermula, tugasan di pejabat masih mencabar. Saya sedang bertungkus-lumus untuk menyiapkan dua buku pertama saya bersama PTS Fortuna.
*tepuk dahi*
Saya memang baru dalam menguruskan buku-buku remaja, tapi saya ada semangat.
Yeah! Doakan saya yah? ^ ___ ^


Oh, PBAKL 2010. PTS Fortuna ada misi penting di PBAKL kali ini.
dup dap dup dap.
Ada satu genre baru duperkenalkan secara rasmi.






Novel humor
(dan lelucon (???) - Kata Tuan Faizal Mukhtar)


Walaupun saya ingat-ingat lupa apa maksud
lelucon tapi, bantai ajelah.



Seperti yang pernah saya tulis dalam entri sebelum ini, novel Karipap-karipap cinta adalah salah satu novel di bawah genre humor.

DAN SAYA SUDAH TAMAT MEMBACANYA. Gila best!



Saya dalam perjalanan ke Johor Bahru ketika mula-mula membacanya. Tapi saya hanya sempat membaca di hentian Rawat dan Rehat kerana saya yang memandu ke sana. Paling tak tahan, saya tegelak (baca: terkekek-kekek) sambil makan bakso di R&R Pagoh kerana plot komedi Karipap-karipap Cinta memang menjadi. Mujur saya berteman, kalau tidak tentu orang kata saya minah senget.
Ya, kerana saya jenis yang gelak kuat.


Sekarang, saya sudah pun berikan buku KKC kepada beberapa orang teman seperti yang saya janjikan ketika saya membuat survey cover buku itu. Ya, saya kotakan janji. Dan saya suka. Hahahaha.
*berlagak pula*.


Sebuah lagi buku genre humor pun sudah masuk ke stor PTS, 10 JUTA PULUS karya Masdalifadzlie Mat Saaid. Saya baru mula membacanya. Ini penting, kerana buku-buku ini adalah highlight bagi PTS Fortuna pada PBAKL 2010 ini. Dan saya ingin pasarkan cukup-cukup. Tahun ini, PTS Fortuna akan merajai carta!
*gelak dengan penuh berlagak*


Apakah boleh?
Doakan saya sekali lagi yah?

Terima kasih. Dan kita jumpa di PBAKL 2010.


Bye...



***

Mar 7, 2010

Siapa Cepat Dia Dapat

***

Siapa mahu diskaun pada buku-buku terbitan PTS di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIBF 2010) nanti?


**


**


**


**


**


**


Saya ada kupon!!!! Haha!




Ini dia!



Hubungi saya untuk mendapatkan kupon diskaun 25% untuk semua buku PTS yah Kalian boleh gunakan kupon-kupon itu sepanjang KLIBF 2010 berlangsung di booth PTS. Okay? Jangan segan-segan.


***

Mar 2, 2010

Meriahnya Pesta!

***

Hoorrrey!


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIBF) datang lagi. Acara yang diadakan sekali setahun ini biasanya berlangsung 10 hari, dan tahun ini PWTC akan dibanjiri pengunjung dan peminat buku dari 19 Mac sehingga 28 Mac.


PTS Publications tidak terlepas daripada menyertainya. Booth PTS pasti riuh lagi. Hohoho! Meriah wooo! Kalau tak percaya, silalah intai-intai acara yang akan PTS anjurkan. PTS Fortuna? Pelancaran Novel Humor yang memang kelakar-kelakar ceritanya adalah antara yang akan mengambil slot. Novel-novel humor terbaru kami akan mula dipasarkan pada KLIBF 2010 ini dan jangan lupa cari bukunya yah. "Gelak golek-golek you, I gerenti..."


Ini cover salah satu novel genre humor PTS Fortuna yang akan dilancarkan nanti. Menarik kan?
"Jangan nak nafikan, oke?! Kalau tak, tak dapat berkenalan dengan model-modelnya. Hahaha!"



Harganya? Jangan risau. Booth PTS akan menawarkan diskaun 15% bagi semua judul sepanjang KLIBF 2010. ( 0 _ o ) "Iya, semua judul. Setiap hari!" Tak percaya? Tanya sesiapa yang datang membeli di booth kami tahun lepas yah. "Berbaloi you, I gerenti lagi sekali..."


Bagi sesiapa yang mahukan lebih diskaun (Oh! I tau, sebab you nak beli buku PTS banyak-banyak kan?), muat turun kupon diskaun dari Microsite PTS ini yah? Dan tolong print selepas kalian memuat turun kupon-kupon tersebut. Jangan terus simpan didalam pendrive dan bawa ke kaunter pembayaran. Cashier machine kami tiada USB port. ( + _ + ) Harap maklum.


Itu sahaja setakat ini berkenaan KLIBF 2010. Nanti-nanti saya pasti kongsikan lagi.


Jangan lepaskan peluang ini yah!! Kunjungan anda ke KLIBF 2010 saya jamin tak akan lengkap kalau tak membeli di booth PTS Publications.


---