Sep 26, 2010

Kisah Bulu Kucing

***

Assalammualaikum,

Saya tinggalkan blog ini secara sedar selepas entri ala-ala mahu berhijrah sebelum ini. Sila, sila cari alasan ya Cik Ainn. Sibuklah, talian internet tidak stabil lah.... Ahh, semua itu alasan prebet.


Baik, tiada alasan.


Tidak ada apa aktiviti aneh untuk dikongsi sebenarnya. Saya masih hanya memberi perhatian pada kekucing yang sedang mendewasa. Semoga mereka sihat dan cergas selalu.


Saya kongsikan gambar terbaru mereka. Ini dia...




Saya menjaga mereka biasa-biasa sahaja, cara kampung. Tetapi mereka sudah menjadi kucing indoor kerana saya tinggal di apartment. Mahu lepaskan keluar, mereka kerap tersesat. Jadi, kebanyakan masa mereka memang hanya di rumah sahaja.


Chissss! sekarang saya sedar kekucing saya sudah memberi pengaruh besar dalam hidup saya. Kenapa? Kenapa mereka jadi begitu penting dalam hidup saya?


Awal-awal dulu, saya sangkakan kalau kucing dijaga cara kampung, bagi makan dan sediakan tandas sudah memadai. Saya silap!!!


Saya berikan makanan jenama Friskies atau Whiskas ketika mula-mula menjaga mereka. Selepas beberapa bulan, saya perasan bulu mereka ada dimana-mana. Eh, ini rumah siapa? Penat aku jadi maid kamu berdua, tahu? Mahu tidak, saya perlu kerap (sangat kerap) menyapu! Penat dan malas.


Saya meng-google punca penyakit bulu gugur mereka. Hasilnya, makanan perlu ditukar. Premium food katanya. Chisss! Saya pun cuba yang ini.


Okay, cukup dua bulan saya belikan makanan jenama di atas, saya rasa angka di akaun bank saya susut mendadak. Oh, Guci dan Gypsy memang demanding. Lagipun, bulu masih gugur seperti biasa. Ini sudah lebih, sudahlah merobek-robek poket, tenaga untuk menyapu juga masih diperlukan selalu. Kurang asam!


Dan saya jumpa ini.


Dua kali lebih murah daripada jenama Royal Canin. Tapi kibbles dia dua kali lebih besar dan buat si Guci membebel setiap kali tiba waktu makan.


Tak kisahlah apa pun, saya cuma mahu mereka sihat dan bulu tidak gugur lagi. Yah, puas hati saya dapat mengata kucing-kucing saya di sini. Bagi sesiapa yang menjaga kucing seperti saya, marilah kongsikan tip penjagaan ya. Jangan kedekut ilmu.
(^____^)V


Wassalam.


***

2 comments:

  1. ada bagi ikan goreng atau makanan bergoreng ke? bulu kucing akan gugur, gugur dan terus gugur jika stress. lepas tu kemurungan lepas tu... haaa..... apa kata pergi sunat sekarang supaya beliau x fikir hal jodoh lagi.

    ReplyDelete
  2. Oh, iyalah. Mungkin mereka stress, aku kena cepat bawa pergi sunat.
    InsyaAllah, Sabtu ini aku bawa satu dulu.
    Terima kasih, Wani. (:

    ReplyDelete