Mar 25, 2011

Usaha membuang tabiat buruk.

***

Salam semua.
Saya sihat hari ini dan kerja di pejabat juga sudah berkurang dengan hebatnya!!!
\\(^____^)//


Terloncat saya keseronokan kerana kerja yang berjaya meningkatkan tahap stress saya sudah diselesaikan dan masa untuk saya fokus pada rancangan masa depan sudah boleh dimulakan.
Jeng... jeng... jeng.


Rancangan masa depan saya pastinya ada datang bersama kekayaan yang ingin dikumpul.


*Image dari Google
Bukankah ini membawa keriangan?
"Ya, ya... Kedengaran begitu mata duitan bukan."


Tak payahlah kecam saya sangat, cuma sebab saya mata duitan. Saya nak usaha sendiri pun, tak menyusahkan orang lain, InsyaAllah.








Tapi...................................................................
(T______________T)








Saya dilanda kerisauan............................................
(>_______________<)







Apakah rancangan saya boleh terlaksana?
Modal diperlukan, tetapi............................




Saya masih boros membeli-belah!!!


Tidak boleh dimaafkan! Sesudah membeli beberapa helai baju awal bulan yang lalu, saya beli lagi 4 helai baju dalam tengah-tengah bulan ini. Kemudian, saya juga ada order sehelai maxi skirt dari sebuah blogshop. Selang beberapa jam, saya membuat satu lagi order di blogshop lain. Hari ini pula, saya membeli lagi sepasang baju kurung ketika sedang berehat makan tengahari.

*Image dari Google


Memang semua pembelian yang saya sebutkan di atas merupakan pembelian pakaian murah dan berbaloi. Namun, kalau sudah puratanya ialah setiap minggu membeli baju baru, ini sudah semacam wabak!!!

Wajarlah saya menyesali sikap buruk saya ini kerana................ ia hanya melambatkan permulaan rancangan masa depan saya yang sibuk diuar-uar sejak 3 dekad lepas. "Kau memang tak boleh blah, makcik. Asyik merancang je, tapi malas mahu mulakan. Boleh blah, lah!!!"


Ya... Rancangan terpaksa ditangguh hingga ke tarikh yang bakal diumumkan kelak. Buat masa ini, sila berusaha membuang tabiat suka membeli-belah yang melampau dan tidak patut. Bagi sesiapa yang ada sikap lebih kurang dengan saya, suka membazir atau menghampirinya, jom saya kongsi sedikit tip-tip buat panduan kita bersama:

  • Hanya keluar berbelanja apabila kita benar-benar perlu membeli sesuatu. Buat senarai barang yang mahu dibeli dan bawa bersama. Oh, kalau bawa sahaja tidak memberi kesan, bermakna kita perlu mematuhi senarai itu. Ini semacam disiplin untuk diri sendiri.
    (Kalau tak ikut peraturan, sebat diri sendiri!!!)

  • Bagi yang menggunakan kad kredit macam saya, mohon ditinggalkan kad kredit di rumah. Wahahaha! Macam penyeksaan batin oleh diri sendiri bukan???!! Ini namanya cabaran, keluarkan wang tunai untuk membeli barangan yang benar-benar dimahukan dan perlu.

  • "Oh, comelnya selimut Pokemon ini, saya perlu dapatkan. Bolehlah saya tidur dalam hangat dan selesa walaupun selimut Dora the Explorer sedang dibasuh."
    Andai babak sebegini berlangsung, kita perlu beredar dari situ. Pergilah ke tandas ke, minum-minum sekejap ataupun pergi berjalan ke kedai-kedai lain dahulu. Kalau kita masih teringat-ingat akan selimut tadi, barulah kita berpatah balik untuk membelinya.
    Ingat! Impulse purchase bukan mustahil untuk berlaku. Taktik di atas sesuai dibuat bagi mengurangkan impulse purchase.

  • Jangan pergi membeli sesuka hati kerana ada promosi atau diskaun. Bershoppinglah kerana kita memerlukan sesuatu atau benar-benar menyukai barang itu.

  • Apabila dapat sejumlah wang macam gaji bulanan atau apa-apa bayaran, siap-siap kira semua tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Macam bayar ansuran kereta, kad kredit, duit isi minyak dan lain-lain. Dah selesai? Jangan lupa tolak duit simpanan tau! Kemudian, wang lebihan bolehlah buat membeli-belah. (^_^)

  • Jangan mambeli sesuatu barang yang mempunyai fungsi sama seperti barangan lain yang kita sudah miliki. Contohnya, kita sudah memiliki 3 batang berus gigi dan ternampak pula sebatang berus gigi yang comel SANGAT dengan berusnya warna pelangi ala-ala aiskrim Paddle Pop ketika membeli beras di Giant. Tak perlu beli ya, si cantik. Fungsinya sama dengan 3 batang berus gigi di rumah.

  • Utamakan pembelian yang melibatkan hal mengganti barang lama yang sudah usang atau rosak.

  • Kalau nak lebih menarik, belajarlah menjahit, memasak, membaiki dan lain-lain. Boleh hasilkan barang buatan sendiri yang pasti jauuuuuuuuuuh lebih jimat. Masa terluang yang kita guna untuk bershopping pun sudah terisi dengan aktiviti berfaedah. Best!

Itu sahaja tip-tip yang dapat saya kongsi dan akan cuba patuhi. Tip yang terakhir itu sangat menggiurkan, saya mesti pilih! Dan akan kumpul duit supaya dapat membeli ketuhar pembakar yang canggih dan boleh merealisasikan impian saya memasak pelbagai jenis pastri.
Cheeeeey-wahhh! "Berangan sudah melangit! Haih~~~."

Sekarang apa tunggu lagi, mulakanlah usaha kita membuang tabiat buruk membeli-belah melampau kita! (Hakikatnya, saya seorang je yang perlu buang perangai itu kot. Cuma mahu sedapkan hati, seolah-olah ini adalah masalah normal.)

Selamat berjaya ya. Doakan juga saya berjaya dalam usaha ini supaya rancangan masa depan saya tidak lagi tergendala.

Weee-huuuu......


***

3 comments:

  1. I like original writing like this.
    *tepuk tepuk tepuk..

    teringin nak blog shoppong juga tp malas nya nak g cari blogshop best! ;(

    ReplyDelete
  2. *shoppong katanya!!!!

    wakaka..

    *shopping!

    ReplyDelete
  3. Kena hadkan 'shoppong'! Lagipun blogshop sekarang sudah kurang meriah. :)

    ReplyDelete