Apr 24, 2011

Masa yang kunanti-nanti...

***

Wohhhhhhhh!

"Tora datang lagi!"

Mari bersorak riang sebab ini bukan cerita tentang Tora, sejenis cikedis ala-ala bebola biskut salut coklat lemau tapi mahal sebab ada permainan menggiurkan pada zaman kanak-kanak saya dahulu. Entah apa-apalah junk food kanak-kanak macam ni. (Padahal, saya pun antara yang pernah terpengaruh.)

Well, saya nak cakap hal buku sebenarnya sebab...






PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR datang lagi!!!


Ini masanya untuk orang ramai pergi borong buku sebanyak yang mampu. Pergi, jangan tak pergi. Masa inilah banyak syarikat penerbitan yang buka gerai jualan. Serius! PBAKL adalah sangat seronok untuk dikunjungi.


---


Ada apa dengan syarikat penerbit yang buka gerai?
Eh hei hei, inilah istimewanya PBAKL. Kita boleh beli buku-buku, majalah-majalah, komik-komik, novel-novel, katalog-katalog (apakahhhhh?) atau pendek kata, semua bahan penerbitan secara terus daripada penerbit. Dan lazimnya, lebih murah dari harga di pasaran. Bukankah rugi kalau lepaskan peluang macam ni?


Apa yang seronok sangat, saya tak minat baca bukulah.
Bukan buku sahaja yang dijual tau di sana tu. Ada juga komik dan majalah, banyak! Cenderahati seperti beg, penanda buku, kemeja T, buku nota, rantai kunci dan segala bagai barang-barang juga banyak dijual sepanjang PBAKL. Rajin-rajin jenguk gerai penerbit buku, kadang-kadang mereka ada rekaan cenderahati tersendiri. Selain itu, kalian boleh jumpa selebriti tau. Bukan selebriti menyanyi-nyanyi, selebriti bukulah! Tengok jadual aktiviti penerbit-penerbit buku, mesti ada acara bersama penulis-penulis atau tokoh-tokoh buku, macam Tuan Bahruddin Bekri, Puan Ain Maisarah, Tuan Azizi Ali, Tuan Ramlee Awang Murshid, Puan Sheila Rusly dan ramai lagi. Psssst, semalam pun Tun Dr. Mahathir ada di PBAKL 2011 tau.


Tengoklah, saya malas nak bersesak-sesak.
Ini tak dapat saya tolong, cik adik. Maaflah, memang keadaan di sana selalu sesak. Lagi-lagi pada hujung minggu. Pencinta buku dan pelajar-pelajar memang jadikan PBAKL destinasi wajib mereka setiap tahun. Nak buat camno?


---


Apa yang dipaparkan di atas adalah dialog rekaan. Saya memandai je meneka yang orang tak ada niat mahu melawat pesta buku setahun sekali ini. Mana mungkin!!! Saya yang dari Johor Bahru pun akan ke sana semata-mata (ewah!) demi memborong buku dan bertemu penulis yang saya kagumi iaitu Pak Wisnu Sasongko yang terbang dari Indonesia ke sini. Buku untuk beliau tandatangan, dah siap beli bulan lepas. Hehehe. Gegeh aih~

Dulu-dulu zaman saya masih bersekolah menengah, memang sungguh-sungguh betul saya ke PBAKL selepas waktu sekolah. Kalau bukan dengan kakak kedua saya, rakan-rakan pun ada yang jenis suka pergi pada hari biasa. Mengelakkan sesak kalau pergi hujung minggu. Kalau tak naik LRT ke sana, berpeluh sakanlah saya kerana berjalan kaki ke PWTC dari Batu Road, tempat turun bas tambang. Waktu itu, saya cuma tahu baca buku, tak reti nak tengok aktiviti-aktiviti bersama penulis buku atau pelukis komik. Ronda-ronda cari buku, makan di The Mall, balik. Itu sahaja. Zaman saya di universiti pun sama, naik KTM Komuter dari Shah Alam kau tau! Penat weih~
Ronda-ronda dalam dewan pameran pun penat, apatah lagi perjalanan balik dengan menjinjing hasil pembelian. Mengahnya!

Dua tahun lalu, cara saya mengunjungi pesta buku ini sudah berubah. Saya sudah jaga booth. Weeehuuu~
Mula-mula memang excited. Seronok jaga buku sambil promosi kepada pelanggan-pelanggan. Selepas beberapa jam pada hari pertama bertugas, "Aduhaiiiii~ Penat sungguh lututku!"
Hahahaha, pengalaman pertama kan? Masuk tahun kedua, mental sudah bersedia awal-awal. Bertugas dengan syok sebab boleh tengok pelbagai ragam pembeli. Semuanya menyejukkan mata, sana sini orang membaca buku. Tak baca pun mereka membelek-belek. Lagi best kalau tengok gelagat kanak-kanak belek buku. Ada yang memilih sambil tengok harga buku, ada yang angkut sebanyak yang boleh, ada yang tertanya-tanya kawan buku apa yang menarik. Antara pengalaman menarik di PBAKL tahun lepas, dua orang kanak-kanak lelaki mengeluarkan sejumlah wang syiling untuk membayar harga buku di booth PTS. "Bangga weih kalau aku jadi mak dia orang."


---


Nah, tengok gambar.


Kredit gambar Blog Tuan Syafiq




Mencangkung pun, tetap membaca dengan tekun. (^_^)
Semoga berjaya apabila besar nanti. Amin.
Kredit gambar PTS


---


Bagaimana pula dengan pemandangan di PBAKL tahun ini?
Tahun ini saya tak bertugas lagi! Hihi...
Saya jadi pengunjung biasa. Jadinya, pemandangan saya pasti berbeza dari pemandangan dua tahun sudah.

Semangat tetap semangat woi~
Awal-awal saya minta cuti selepas merancang untuk melawat tapak pesta buku. Siap pesan pada Dewa Hati, minta anak saudaranya dipontengkan sekolah selama dua hari. *wink*
Saya mahu bawa pelajar tahun lima ini ke PBAKL supaya minat membaca dapat dipupuk dalam dirinya. Macam saya.
Ewah, sempat masuk bakul sekejap! Hehehehe.

Kawan-kawan,
28 April 2011 ini, kita jumpa di PWTC ya! InsyaAllah. Boleh kita dengar bicara Pak Wisnu yang mengagumkan itu lagi. OOOOOOO YEAH~



Sampai jumpa lagi!
Bye! Bye! Bye!


---

No comments:

Post a Comment