Apr 10, 2011

Hadiah buat diri

***


Waaaaaaaahhhh!

Sudah tiba hari lahir saya bagi tahun 2011 ini. Cayalah, Cik Ainn! Berjaya bernafas tanpa semput-semput dan masih lagi mengekalkan kesihatan mata sehingga usia menjangkau lewat 20-an walaupun kadang-kadang gatal juga nak pakai contact lense.


Ehem.
Bye-bye zaman remaja yang dah lama berlalu pergi. *Cuba ucap 'bye-bye' itu dalam tone gembira, walaupun mata bergenang sebab hati rindu nak jadi remaja semula.*
Macam melampau emosional sebab ada unsur-unsur drama, bukan?

Sebenarnya, apa yang kau nak update, makcik Ainn oiiii? Setakat nak kasi tahu orang yang hari lahir kau dah tiba? Annoying seyh~



Fine! Fine! Fine!
Memang tak ada apa yang menarik. Saya sengaja mengada-ngada nak update blog untuk kongsi entah-apa-apa-hal walaupun sebenarnya ada kerja lain yang lebih penting.



Macarons dari Cikmin

Semalam saya sudah terima hadiah hari lahir daripada diri sendiri. Sedap macarons Cikmin ni, warna menawan hati pula tu! Yang penting, confirm halal. Terima kasih Cikmin sebab menghantarnya dekat-dekat hari jadi saya dan siap bagi percuma 2 keping lagi!

Sesiapa berminat, saya memang recommend buat tempahan dari Cikmin, sebab servis beliau sangat memuaskan hati. Bayangkan macarons tu datang ke JB dari Bentong tanpa kerosakan langsung! Suka!

Sempena penemuan manisan enak ini, saya berharap tahun ini saya dapat menambah sekilo dua berat badan. Wahahaha~



Kucing saya semakin sihat dan jelita.

Tak ada motif saya edit gambar ini ala-ala comel. Hadiah buat diri saya sendiri juga sebab jadi teman-teman saya yang paling rapat sekarang. Mereka sudah semakin dewasa dan menggebu dengan jayanya. Puas hati juga sebab bulu mereka semakin berkilat.

Semoga tahun ini, kedua-dua kucing ini terus setia jadi peneman saya tanpa bosan.
"I heart you, cats! Meooooooow~."


Itu je! Bye!
Selamat tidur, semoga esok jadi hari bermanfaat buat semua. Amin.


***

3 comments:

  1. Macarons yang comel! Tahniah Anim!
    Selamat hari lahir! ^________^

    ReplyDelete
  2. Di sini pun Husna bagi ucapan juga? Bergigih! Hihi. Terima kasih!

    Husna order je dari Cikmin tu, pada Anim dia punya macarons memang untuk selera orang Malaysia. Tak over manis. :)

    ReplyDelete
  3. salam anim...

    hiks...tetiba terjumpa blog ni...nmpk macaron cikmin lg..thanks for compliments ya...hepi belated besday... :)

    ReplyDelete