Feb 16, 2010

Godaan Baju Besi

Xinnian Kuaile~! dan selamat bercuti.


Hahaha.

Saya suka Tahun Baru Cina, sangat-sangat suka. Walaupun kereta saya yang menjadi medium pergerakan utama saya mutakhir ini baru saja mengalami kemalangan, dan perlu direhatkan lama.
*Sebulan, lama oke!*


Apapun, Alhamdulillah kerana saya ataupun Si Dewa Hati tidak cedera langsung. Tapi Flossy-Bell (Ya, nama kereta saya) cedera agak parah pada bahagian tayar belakang. Kira parahlah bila tayar, ya tayar, yang melancarkan pergerakannya tidak berfungsi dengan baik. Tambahan, Abah (panggilan buat Sang Maharaja keluarga saya) meminjamkan Satrianya yang gagah dan banyak berjasa pada saya bagi mengurangkan kesusahan saya. Terima kasih, Abah. *hugs* (^_^)


Tentang Tahun Baru Cina yang selalu buat saya te
ruja, kerana saya dapat memuaskan nafsu saya (Hohoh???!!!) yang sukakan filem-filem Cina.
Terutamanya.... tentang pendekar-pendekar berbaju besi, perang, sejarah dan kung-fu tradisional.
Oh, kenapalah saya tidak suka menonton filem bangsa saya sendiri?


Tetapi....(!) saya bukan bersikap skeptik. Sesiapa yang suka tonton filem Melayu di pawagam, memang saya tak marah. Tengok filem Hindustan, Korea, Thailand ataupun filem dari negara-negara lain pun saya tak marah. Cuma, kalau saya tak diajak menonton sama, saya tak rasa kecil hati pun.


Saya boleh saja tonton semua filem tanpa peduli negara asalnya namun filem-filem keperwiraan Hong Kong boleh buat saya menjadi teramat girang. Kalau di pawagam, saya hanya dapat tonton satu filem sahaja. Jadi, disinilah peranan Tahun Baru Cina dan stesen televisyen yang memang work greatly hand in hand. Saya dapat tonton filem-filem Hong Kong yang saya minat secara marathon. *Yeeehaaaa!*


Entah filem yang mana satu ditayangkan dahulu, yang saya ingat saya telah menonton Three Kingdoms, Warlords, The Curse of the Golden Flower dan House of Flying Daggers. Memang best. Walaupun rumah sewa baru saya tak ada Astro, ini pun dah cukup banyak yah. Nafsu saya kenyang. Saya suka semua elemen dalam filem-filem ini, artistik & terlalu mendebarkan.


Selalunya filem-filem dalam genre yang saya minat (sangat-sangat) ini, pasti ada
quest yang memerlukan strategi yang super licik. Merungkai quest inilah yang paling menyeronokkan, tambah pula dengan shot yang tersangat artistik. Bagi saya, daya kreatif orang seperti Peter Chan dan Zhang Yimou memang terlalu tinggi. Atau saya yang mudah terpesona. Terlalu berseni, susahnya nak jelaskan. Apapun, saya memang big fan filem epik dari Hong Kong.


Cuma, saya masih mencari-cari kembali filem Hero atau
Yīngxióng dalam sebutan mandarin arahan Zhang Yimou. Itulah filem yang membuat saya jatuh cinta lebih mendalam pada seni tradisional Cina.


"Andy Lau, you look extremely gorgeous in those ancient armor suit."
Owww. (#^.^#)



***

No comments:

Post a Comment