Feb 15, 2010

Teruskan Bekerja!

***

Talk, is always be the cheapest way of doing things.


Saya sangat percaya quotation ini. Saya tak mahu saya jadi jenis orang yang galak menghebah kehebatan atau perancangan itu ini, tapi selepas empat tahun baru nampak hasilnya. Lagi-lagi kalau hasilnya tak seberapa. Aduh.

Sama juga dengan angan-angan, cita-cita atau apa pun yang kita cuba miliki. Kurangkan bercakap, banyakkan usaha untuk mendapatkannya. Lebih bagus pada saya.

Jadinya, baik jangan banyak cakap tapi teruskan sahaja dengan kerja. InsyaAllah, kalau cepat ia selesai, pasti ramai yang puas hati. Namun jika lambat hasilnya, tidaklah ramai yang mengata sebab kita tidak sibuk mencanangnya.

Moga-moga, kita sentiasa diberi ilham dan kudrat untuk terus mencapai impian.


---

No comments:

Post a Comment