Apr 3, 2010

Saya Anak Abah

***

Selamat datang bulan April.


Saya berehat panjang. Yah, sangat panjang selepas PBAKL 2010 kelmarin-kelmarin tu. Berehat daripada menulis blog ini kerana otak tidak aktif memerah idea penulisan, kerana fizikal lemah, kaki lenguh (berkaitankah?), demam menular, kerja tertangguh berguni-guni dan semua yang disebutkan adalah alasan.
*gulp* Pemalas, senang cerita.


Tiada banyak yang mahu saya kongsikan berkenaan PBAKL 2010 rasanya, semua sudah banyak dicoret sana sini. Bagi yang terlibat, yang hadir mahupun yang membantu saya dalam menjayakan aktiviti-aktiviti PTS Fortuna di PBAKL 2010 lalu, TERIMA KASIH! ^ _ ^
Bagi yang disusahkan, yang terhiris perasaan, yang tak sempat saya terlayan, maafkan saya. Memang masih perlu diperbaiki, saya tahu. T __ T


Minggu PBAKL berlangsung, saya memang sibuk. Badan jenis mudah letih jadi saya terus tertidur sebaik sampai ke rumah.


Hari terakhir saya bertugas di PBAKL adalah hari terakhir pameran. Hari itulah abah saya telefon "Hari ini tak balik Ampang?"
*gulp*
Dengan nada perlahan saya katakan, "Hari ini masih bertugas di PWTC. Mungkin dalam minggu akan datang, dapat balik."


Tiba-tiba hati sayu. Abah mesti ada mahu kongsikan apa-apa perkara kalau sampai tahap dia telefon saya dan tanya hal balik ke Ampang. Sejak arwah bonda pergi, abah tak ada lagi teman berbual. Arwah bonda sendiri pernah katakan "Orang macam abah, kalau sudah tiada isteri, hidupnya goyah."


Saya harap abah masih tabah. Setabah hari pertama abah dapat tahu kondisi bonda dalam koma. Setabah di ICU ketika arwah bonda baru menghembus nafas terakhirnya. Setabah waktu dia menguruskan jenazah isterinya tanpa titis air mata. Setabah saat dia membacakan talkin buat bonda selesai pengebumian dengan getar suara yang ditahan-tahan.


Saya tahu semakin lama, abah makin rasakan kesunyian kerana tiada isteri disisi. Tiada juga aktiviti rutin yang biasa dilakukan bersama arwah bonda. Saya tahu, hari-harinya makin kosong.


Kalau dahulu, dia hanya berbual sekejap setiap kali saya pulang ke rumah.
Sekarang, dia lazim mengajak saya keluar makan di restoran. Dia minta saya carikan benda itu, banda ini. Dia tanyakan "Buku apa yang baru terbit?"


Dia akan suka mendengar saya bercerita tentang buku-buku kegemaran saya. Dia minta juga saya bawakan buku bagi dibacanya.
Dia punya masa kosong yang banyak kerana ketiadaan arwah bonda.


Saya masih tercari-cari cara mengurangkan kekosongan abah. Hingga hari ini, saya masih belum tahu apa yang betul-betul pasti membuatkan abah tidak lagi bosan. Mungkin saya takkan dapat pun mencari caranya. Atau mungkin caranya pun tiada.


Saya cuma berdoa supaya abah sentiasa tabah dan sabar. Amin.


Kali pertama menyambut Aidilfitri tanpa arwah bonda di kampung halaman arwah.

2 comments:

  1. Anim,
    Semoga keluarga Anim tabah menghadapi hidup.

    Salam sayang. (^_^)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih.

    Salam sayang kembali. ^_^

    ReplyDelete