Jan 30, 2011

Syok betul berangan

***

Salam buat semua.....
Tiba-tiba saya bersemangat mahu update blog!


Saya mahu menulis!


Macam mahu tulis yang best-best!



*fikir*





*fikir*
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tapi idea belum sampai, sedang bersiap-siap barangkali. Biasalah, perempuan kan? Bersiap pun makan masa satu jam atau lebih. Idea pun sama macam tuan badan, sedikit slow nak datang.



Hehehehe! Mengapakah saya begitu mereng mengupdate blog sebegini gaya?


Okey.


Kalian pernah berangan? Tak kisahlah berangan yang logik atau tidak.


Berangan tentang gaya hidup yang bakal dinikmati ketika dewasa, angan-angan bentuk rumah yang bakal dimiliki, jumlah wang simpanan pada usia menjangkau 50 tahun, fesyen yang digayakan sehari-hari, percutian di tempat-tempat idaman, jawatan yang dipegang dan yang seumpamanya. Pendapat sesetengah orang, berangan itu wajib, boleh jadikan platform untuk mencapai sesuatu dalam hidup.


Ermmmm, tapi kalau berangan nak jadi Superman yang boleh terbang selain memiliki kuasa pada matanya ataupun angan-angan berkahwin dengan Jared Leto, adakah itu boleh dikira sebagai usaha awal mencapai masa depan yang gemilang?
Tak payah memerah otak berfikir, dah tahu jawapannya bukan?!


Baiklah, begini sebenarnya.
Saya seorang manusia yang tergolong dalam jenis yang suka berangan. Macam-macam woo! Hendakkan rumah yang itu, hendakkan rumah begini pula, mahu ke negara ini, mahu melancong ke nagara itu juga, mahu memiliki aset itu, mahu menjadi pemilik aset yang ini juga dan pelbagai lagi. Gila banyak!

Baik kalian tak perlu tanya secara detail, kerana sah kalian akan balas:


"Kau ni berangan tak mahu kalah!"


atau


"Woi! Berhenti buat saya meluat sekarang!"




Kecik-kecik pun dah macam ni, tak padan sungguh!


Sampai pada usia ini pun, lagi beberapa tahun sudah tukar angka depan, saya masih berangan. Tetapi yang berubah adalah isi angan-angan saya. Kalau di zaman awal remaja dahulu, mungkin saya asyik angankan hal kebendaan semata-mata. Contohnya, saya berangan mahu berfesyen macam yang saya lihat di majalah. Tapi hari ini, tak mahu lagi. Fesyen tu dah tak keluar lagi, dik oi! Hihihi.


Julia Roberts mungkin takkan mengaku dia pilih fesyen ini sendiri.


Bila semakin mendewasa, saya mula perasan satu persatu angan-angan yang dapat saya capai dan juga yang tak berjaya langsung menghampirinya. Well, we can't have anything we want, right? Jadinya, berangan sahaja tak banyak membantu, tetapi usaha kita sebenarnya yang membawa kita ke satu-satu tahap kehidupan kita itu.

Berangan memang tak salah, tetapi usaha WAJIB ada sama.

Sebenarnya, ini semacam entri mengingatkan diri sendiri, sebab saya kuat berangan. Tetapi hari ini saya sudah nekad, mana satu yang jadi pilihan saya. Demi masa depan, InsyaAllah.

Meh, kita doa sama-sama. (^___^)


BYE!

***

2 comments:

  1. Dengan angan-angan, kita jadikan satu impian, kita usahakan untuk mencapai impian itu, kalau gagal, cuba lagi.. kalau banyak sangat penghalang boleh kata dugaan tapi mungkin ada hikmah di sebalik kegagalan tu.. cewahhh.. common sense je.. :)

    ReplyDelete
  2. Yeap, setuju dengan Lynn La Loy. Tak kisah gagal ke lulus (apakah lulus angan-angan?), janji kena usaha dahulu. :)

    ReplyDelete