Nov 25, 2010

Bila Hati Rindu


***

Assalammualaikum.

Ini entri yang normal. Saya tidak lagi dalam keadaan emo (baca: marah) seperti dalam entri sebelum ini. Kisah hati yang dicubit-cubit, ditoreh-toreh dan membuat akal hilang wibawa berfikir mahu saya lupakan.


Ahhh, persetan semua itu!!! Dunia ini memang banyak cabaran.


Saya sudah menghabiskan bulan pertama tinggal di luar tempat asal saya. Sungguh menakjubkan. Serius! Ini kali pertama berhijrah jauh-jauh beb. Memanglah I jakun you.
Well, hakikatnya pernah terbit sekali dua atau lebih keinginan saya untuk pulang ke bandar asal. Mahu tinggal dekat dengan keluarga dan kembali memudahkan hidup tanpa perlu menghafal jalan itu ini.


Tapi, nekad saya beberapa bulan lalu, buat saya berfikir semula.... dan perlu meneruskan perjuangan di sini. Biarlah rindu membuak-buak, nanti akan ada masanya saya pulang ke sana semula. InsyaAllah.


Jadi, tajuk entri ini bukan cerita rindu ini sahaja. Saya rindukan orang-orang bermakna yang saya tinggalkan di sana.


Yang pertama...

1. Rakan editor: Zaki Zainol, Taufiq Bakar, Syafiq Zulakifli dan Ney Nazwani.

Banyak yang saya kongsi bersama mereka ini. Antara rakan-rakan yang kerap saya jadikan rujukan. Mereka ini para ilmuan, masing-masing dengan kepakaran sendiri, jadi mudah mahu berkongsi cerita atau memohon pendapat.

Sekarang Zaki terus menjadi editor, pasti lebih hebat dari dahulu. Syafiq sudah mengembang sayap di bidang penyiaran. Taufiq terus bertugas dalam bidang bahasa dan Ney semakin rancak menulis, mengumpul wang dan menghasilkan design-design hebat pada cover buku PTS.

Saya jadi teringin ke kawasan Wangsa Maju sebab mahu bertemu mereka. Uwaaaaa~

Semoga umur saya panjang dan diberi kesempatan oleh Allah bertemu mereka lagi.


2. Mentor: Puan Ainon Mohd.

Saya beruntung diberi peluang mengenali Puan Ainon (pakar & pejuang Bahasa Melayu), beliau tidak pernah kekeringan kata, sama ada ketika bertemu muka, di telefon atau di blog. Dan kata-kata beliau tidak pernah kosong. Semua kata-katanya adalah nasihat dan perkongsian bermakna. Juga, cukup memberi semangat.

Kalau sudah lama tak jumpa, hmmmmmm, semangat pun macam tak pernah ada. Inilah antara kerugian bila saya tinggal jauh dari bandar Kuala Lumpur.


3. Bee Fuad

Inilah orang yang rajin melayan bosan saya. Budak hype yang comel. Saya baru kenal dia setahun, tapi saya suka berbual dengan dia. Mungkin kerana kami berkongsi kekasih......... (Wowowowo~ Jangan salah...... Kami berkawan baik sahaja, kami bukan bakal madu) ehemmmm, berkongsi kekasih yang punya minat sama. Boleh faham tak?

Emm, begini... Dewa Hati saya suka berfutsal, sama macam buah hati Bee. Jadi, kami selalu sama-sama duduk di tepi gelanggang setiap kali meneman Dewa Hati masing-masing. Jadi, banyak perkongsian pintar dalam perbualan sementara menunggu mereka habis berfutsal.

Ohhhh~ Rindu saya sudah besar alam.


Hari ini saya rasa rindu itu tidak seronok. Tambah lagi pada saat-saat saya perlukan pandangan orang tentang perkara yang sedang saya buat. Macam sekarang ni. Hish~
Apapun, mujur ada YM dan telefon, boleh saya merujuk secara jarak jauh.


Pun begitu...
Saya akan pulang ke Ampang 3 Disember ini untuk...

...
...
...
...
...
Mari meriahkan 5 Disember 2010 ini dengan acara Baca@LRT.
Acara penutup kempen menggalakkan budaya membaca bagi tahun 2010.
Best! Jom~!


***

No comments:

Post a Comment