Nov 14, 2010

Memang Tengah Emo!!!


***

Haih~


Hidup ini memang rumit. Semakin beranjak usia, saya sedar semakin banyak hal yang perlu saya ambil tahu. Jadi, otak makin banyak fikir.


Hidup saya bukan indah belaka, sama seperti orang lain. Satu perkara yang saya percaya, setiap manusia melalui kesukaran dan ujian hidup dalam cara tersendiri. Allah itu maha adil. Bukan suka-suka memberi dugaan pada orang tertentu sahaja.


Kalau kita asyik membanding kesusahan hidup kita dengan keindahan hidup rakan kita, fikirkan kembali. Tiada insan yang terlepas daripada masalah. Tiada insan yang tidak diduga Allah. Jangan mudah menilai hidup insan lain, kerana kita bukannya diri dia yang menghadapi semua perkara dalam hidupnya.


Saya punya cara saya sendiri. Tidak suka ditanya itu, tidak suka disuruh ini. Perkara-perkara yang saya punya hak untuk membuat pilihan, saya mahu pilih sendiri. Saya punya alasan sendiri juga.


Seperti manusia biasa, saya punya akal dan emosi. Soalan yang diaju mereka, saya fikirkan logiknya ditanya pada saya soalan itu. Emosi saya bertukar amarah bila jawapan yang saya berikan sendiri menjadi sumber mereka-mereka buat perkara yang saya tidak gemar.


Manusia, tetap manusia.

Saya kecewa kali ini. Tapi saya bukan tidak pernah menghadapinya. Ini dugaan, saya percaya.


Saya berharap diri saya dapat melalui semua ini dengan tabah dan sentiasa diberi petunjuk melakukan perkara yang menghampiri kebaikan. Amin.


"Harus optimis," kata saya pada diri saya.


***

No comments:

Post a Comment