Nov 27, 2010

Disember, Membaca & Singapura

***


Assalammualaikum dan selamat berhujung minggu.


Macam biasa, saya bukan pandai bercerita. Menulis di sini untuk suka-suka. Kadang-kadang sengaja ditaip supaya sesetengah hal itu tidak hilang dalam ingatan saya, si pelupa.


Betul, saya kerap terlupa. Terlupa yang saya pernah melalui kejadian itu, terlupa pernah pergi ke suatu tempat ini, terlupa meletak barang di mana dan macam-macam keterlupaan lain. "Itu tandanya usia kau sudah lanjutlah, makcik."


Ehh... saya belum tua okey. Rupa macam remaja lagi tau. <---- Sedapkan hati sendiri, walhal bila usia sekarang didarab dua, layak dipanggil nenek. Ehemmmm.... Okey, kita guna perkataan matang. Lebih lega hati membaca perkataan 'matang' daripada 'tua' bukan?


Saya hampir pasti, cara saya membawa diri kelihatan tidak matang. Almaklum, saya kurus dan kecil, seringkali bila umur saya diberitahu, orang membulat mata atau merenung saya atas ke bawah berulang-ulang. Kadangkala, boleh anggap hal ini sebagai penghargaan tapi kadang-kadang juga boleh membuat saya terasa hati.


Takpe, takpe... Ini semua adalah selingan-selingan drama hidup saya yang panjang dan penuh dengan dugaan besar lain. "Itu semua agas," kata Dewa Hati.


Tahu apa itu agas? Saya pun tidak berani memberi penjelasan lengkap. Tapi 70% kepercayaan saya, agas itu serangga. Ala-ala langau. Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, agas; serangga yang seakan-akan nyamuk tetapi lebih kecil (biasanya ada di tepi-tepi laut, sungai dan juga kawasan semak).


Ini hasil googling

Lutzomyia Longipalpis Sandfly nama saintifik kamu ye?


Ahhhh.... Pedulikan! Agas bukanlah item perbincangan entri ini.


Jadi, Disember akan muncul tidak lama lagi. Muharram juga. Apa yang ada pada hujung-hujung tahun begini? Cuti sekolah memang mengasyikkan bagi pelajar-pelajar sekolah, tapi saya... (T_____T) Kejam betul dunia, orang dewasa tak punya masa bercuti panjang macam zaman sekolah lagi.


Tapi saya tetap mahu mengakhiri tahun ini dengan penuh bermakna. Bagi orang yang baru pulang dari mengerjakan haji, hujung tahun ini diakhiri dengan penuh bermakna bukan? Saya juga berangan dapat menunaikan ibadah itu sebelum kaki menggigil untuk berjalan. InsyaAllah. Mari kumpul wang...


Bagi saya yang hanya berada di tanah air tercinta, hujung tahun ini saya pun merancang untuk mengakhirinya dengan manis. Saya akan menyertai (InsyaAllah) Baca@LRT pada 5 Disember 2010 ini. Sudah berkali-kali saya dijemput team ini menyertai mereka, tapi saya tidak pernah ada kesempatan. Tapi dalam acara penutup kali ini, saya mahu turut serta. Yeay!!!

Miang betul, bila sudah duduk jauh dari Kuala Lumpur, baru nak join.



Inilah wajah peserta-peserta gerakan Baca@LRT pada acara yang lalu.
Sungguh menggiurkan bagi para ulat buku.



Jadi, buku apa yang saya mahu baca pada acara itu nanti ya? Novel yang sedang saya baca sekarang sudah hampir separuh, mungkin pada 5 Disember nanti, buku itu sudah habis dibaca. Saya kena beli buku baru nampaknya. Boleh sesiapa beri cadangan tajuk buku yang menarik?


Oh ya!!! Dan Disember ini juga akan mencatat sejarah peribadi. InsyaAllah. Kerana buat julung kalinya akan keluar dari tanah Malaysia dan ke negara orang. Hahahaha... Sengal. Heh, Singapore pun luar negara kan? Maklum sahaja, saya bukan orang kaya yang mampu terbang ke sana ke mari setiap tahun. Usia sudah lanjut, baru ada kesempatan pergi melawat negara orang.


USS, I'll be there for you...


Kakak sulung dan abang ipar saya yang kaki melancong ala-ala orang kaya itu mahu ke Singapore. Mungkin kerana saya sudah di sini, mereka tidak khuatir sesat di bandar Johor Bahru. Dan, saya pun tak mahu lepaskan peluang, berusaha menyelit dalam rombongan mereka.


Lagipun, apabila berjauhan dengan keluarga, rasa seronok datang lain macam bila dapat berkumpul bersama. Ini pula dapat bercuti bersama mereka, melonjak-lonjak hati I ya. Nanti saya akan kongsi lagi pengalaman menyertai dua acara menarik itu ya? Eleh, macam ada orang nak tahu.


Okey, bebelan tidak matang oleh orang yang mengaku matang sudah mahu berakhir. Semoga apa yang saya rancangkan ini menjadi nyata dengan izin Allah. Amin.


***

2 comments:

  1. cerita pada aku lebih lanjut pasal singapore.

    ReplyDelete
  2. Baik. Tapi aku ke USS je, bukan jalan-jalan kat bandar Singapore.
    Hang sudah ke Indonesia berkali-kali. Aku tetap jeles.

    ReplyDelete